Monday, April 27, 2009

CeRMiN ReTaK, KaCa BeRDeRai...

baru2 ni berlaku insiden yg x pernah ak jangka. smuanya terjadi dlm 1 ketika yg ak katakan sebagai 'takdir'. yeap, mgkin itu je la ayat yg paling tepat utk mengatakan ttgnya. oraite, perkara pertama yg berlaku time ak tgh lepak2 dlm bilik- main internet, tgk tv, makan snek, baring2 mcm biasa- or at least, bc buku ke- then tiba2 ak terdgr bunyi yg kuat kat bilik air. sbb ak dok dlm bilik master, yakni 1 bilik skali dgn bilik air so bunyi tu mmg jelas kuat bergema dlm bilik ak. then bunyi kaca berderai dgn bunyi air menambah kesangsian ak. aiks? xkan la homers yg dok kat tingkat atas tu terjatuh ke bawah kot, gila hapa ingat incredible hulk ke? haish! minda nakal ak yg kaya dgn imaginasi... takkan xda angin xda ribut leh jadi puting-beliung lak dlm bilik air ak tu(?)

bila ak pergi check, rupa2nya cermin bilik air yg bagak nk mampos tu jatuh, then kena sink dan paip air. sbb tu la paip pecah since cermin tu mmg berat and ak x pasti la kontraktor yg wat bilik air tu terlampau 'bijak' sangat hnya mengenakan gam saja pada dinding utk menampung cermin yg berat tu. dh sah2 la akan jatuh bila2 masa ja- dan ia berlaku masa ak tgh rehat dlm bilik. bygkan kalau masa ak tgh mandi... kompem ak akan cedera gak. emm last2 jadi kerja ak la plak utk membersihakan the mess, dgn kaca yg bersepah sampai ke luar bilikm air yg membasahi ruang bilik... aduihh... byk kerja ni. nasib baik la ak leh fix the probs on my own, guna ilmu kejuruteraan sket n wat perpaipan sendiri- ahaks! x sia2 ak blajar kejuruteraan dolu2 tu =)

kdang2 ak terpikir, why benda tu terjadi. since ak slalu disogokkan dgn pndapat org bahawa andai kaca terhempas ke lantai maknanya ada la benda buruk yg bakal berlaku dlm idup seseorg tu. 1 pndapat yg xda bukti saintifik... tp slalunya benda yg x saintifik la yg kerap berlaku dlm idup manusia. bukan nk percaya- smuanya tetap takdir Tuhan Yang Maha Esa. wajib percaya pada benda2 ghaib kan?

ok. sepanjang masa selepas kejadian tu mmg xda benda buruk yg berlaku, at least sebelum datangnya benda yg betul2 'besar' yg bakal berlaku. yeap, melainkan kerja ak bertambah utk fix the mess huhu. tp jangkaan ak smmgnya betul, bila at last benda yg menyusahkan ak akhirnya terjadi jugak... kwang3...

actually, benda tu xda la besar sgt. hal kecik je. haha hal kecik yg berkaitan antara persahabatan dan percintaan- kecik ker? sendiri mau ingatla, bila suddenly kena deal dgn benda2 unexpected ni. adoii... susahnya rupanya jadik sahabat, sbb bila couple sahabat tu tiba2 feeling lak kat ak, what can i do? jenuhla ak nk hadap smua tu kan.

ak ni bknla jenis yg ska caras kekasih org, nak mampos wat mcm tu. apatah lagi kekasih member baik ak sendiri. yg jadik masalahnya kekasih member ak tu pun antara member ak gak. so x salah kot kalau ak baik dgn smua org. pandangan ak je la, sbb ak mmg x pandai lgsung nk wat jahat2 ni, haha kalau ak wat jahat tentu ak kantoi. mmg xkan jadik punya la plan jahat2 tu wakakaka...

tp itulah... bila jd keadaan mcm ni mmbuatkan ak bingung. terus-terang ak ckp, ak ska berkawan dgn smua org, x kira mcm mana perangainya- its about tolerate, terima org tu seadanya. sbb bkn smua org perfect kan. so y not, tolak-ansur dlm berkawan2 kan. oraite, berbalik pada citer ak pasal member ak nih; ak acapkali gak kuar dgn diorg- i means in 3. ak, member ak dan kekasih member ak. kitaorg lek2 ja, biasa la kwn2. cuma bila satu mlm tu, jadi 1 insiden when kekasih member ak nih meluahkan isi hatinya... adoii... yg mmbuatkan idup ak tiba2 jadi tunggang-langgang.

ak akui member ak mmg x pandai sgt nk treat kekasih dia. it is true. tp ak leh nk komen apa2 sbb itu cara dia berkasih-syg. berbeza dgn ak yg open-minded, layan je la smua org dgn cara ak- being nice, i guess. tp xla sampai ada agenda lain. thats not me. tup2 kekasih member ak tu feeling lak tahap gaban, ak leh wat apa kan. bygkanla, time member ak g restroom, leh plak dia main2 dgn peha ak, cubit2 ak- flirt dgn ak. ak pk dia bergurau, n xtau la plak dia mmg feeling abes. slamat la iman ak kuat haha.

member ak plak x tahu langsung. so mcm ak plak yg jadi org ke3 dlm hubungan diorg. adoii... tp bkn salah ak pun. ntahla, ak pn xtau leh jd mcm tu. nak kata kekasih member ak ni jahat, xleh la plak since dia pun mmber ak. dan ak hormati dia as a fren. bg ak, bila masuk bab soal hati ini, xda sapa2 salah atau jahat. its about feeling yg u cannot describe. itu hak dia utk jatuh cinta- xda sapa2 leh kata apa2 kan...

sampai skrg dia masih menghubungi ak, minta ak bg 1 pluang. tp honestly ak xleh. ak xkan khianati kawan ak sendiri. tapi ak plak xleh nk hukum kekasih member ak tu, since dia pun kwn ak. huhu skrg ak keliru sgt2. dua2 kawan, so mcm mana?


"hati serapuh kaca... sekali retak, pasti kan terlerai jua..."


ak hnya mampu menolak dgn cara baik- still jugak bingung dgn situasi smcm ni. walaupun ak terpaksa lukakan hati kekasih member ak tu, tapi sekurang2nya biar hati retak-jgn sampaikan ia jatuh, berkecai dan berselerak mcm insiden ak kat umah. hati manusia...umpama kaca,kalau dh retak, pecah dan berderai- xkan mudah nk cantum balik. kalau dapat pun, tangan yg mencantumkannya pasti gak terluka... dan kaca tu pun xkan menjadi sempurna semula.

kalau hati berkecai bagaikan kaca, pasti bertambah2 kerja ak untuk 'membersihkannya'. adoii...

Thursday, April 16, 2009

SeLaMaT uLaNGTaHuN To MY BLoVeD MoTHeR =)

today (16th april 2009) is my mom's anniversary. to my bloved queen of my heart, congratulations... dan sorry sgt2 sbb xdpt nk celebrate this honoured day with u huhu. tp dgrnya, family ak kat penang dh plan smthing (perhaps dinner in some place) utk mak ak. bila ak tnya family xnak reveal plak, adoii... jeles teramats sgt. tp its ok asalkan mak ak happy =) lagipun yg celebrate cuma my dad ngan my bloved little bro. huhu 2 org je? emm kalau la ak ada time balik penang, at least bertambah la sorg lagi ahli yg akan celebrate sama. seems to be sad, buhuhu... nk tggu akak ak yg sorg tu, dia dh ada family sendiri, so excuses accepted. emm... itulah enviroment dlm family yg kecil but happy. dan ak doakan family ak yg x ramai ni akan berkekalan bahagia and happy sentiasa.

to my mom, setelah mcm2 yg dilalui, ak harap dia lbh tabah menghadapi dugaan. ak lak yg seolah jadik hero dlm perjuangan family ak, tp yg sedihnya; ak x ada di medan perjuangan itu. yerla, masih jugak bertapa kat kampus puncak perdana. x salahkan sapa2, mungkin keadaan yang bersebab, maka i should say... redha jer la.

to my mom, janji yg pasti ak akan jaga dia hingga ke akhirnya... biarpun ak tidak ada apa2, cuma segala2nya untuk dia, my bloved mom.


to my mom, i love u forever.
kata2 cinta yg org lain xkan dapat! =) honestly.

Monday, April 13, 2009

DaH BaCa... aKu TaK NaK Kau La!

"Aku Tak Nak Kau La! oleh Sugiyama Miwako... Layann...!"


ahaks! ni la buku terlatest yg ak bc. emm...bukan la nak promote buku2 yg smcm ni, atau sekurang2nya ak x dibayar pun oleh gempakstarz kalau ak promote pun. cuma bila dh dpt sesuatu yg bermanfaat dan bagus utk pengajaran dlm kehidupan, why not kalau ak kongsi kebaikan yg ak dapat dr produk ni. sbb bg ak, smthing that valueable in life is priceless; kalau duit yg dijadikan isu, andai ia x dpt nk bawa kebahagiaan dlm idup, no point jugak kan?

oraite. this book is not bad at all. kira ok la kalau nk layan. walaupun asasnya x sama budaya dgn fahaman kita, tapi yg pasti naratifnya sgt2 dekat dgn kehidupan juga. masih ttg love, masih juga ttg pilihan dlm love tu, but melalui senario yg berbeza. so, layann je la.

sinopsis: ttg sorg pompuan yg kecewa sbb cintanya x berbalas, so tekad nak duduk dlm asrama lelaki kat sek dia. *(gila hapa dok satu dorm dgn lelaki... nak mampos kalau kat msia mcm tu haha... yeke? emm... harap2 jugak la... wakaka... adoii). niat pompuan tu nak cari bf, last2 jumpa musuh lak tambahan dgn lelaki2 yg sgt2 tipikal. so, mcm mn dia nk cr bf kat situ? last2 kena jadik ketua asrama lak- dan dia la satu2 pompuan kat asrama tu. haha nak jawapan, baca je la sendirik k.

kata ak: kalau nk kata ttg realistik, mmg la x logik sorg budak pompuan dok kat asrama lelaki. satu dorm dengan mantan ketua asrama lak tu. tapi yg pasti, it is how u choose in life. segila mana pun life tu, tetap jugak kena terus hidup. and, nak cari cinta mcm nak cari mutiara, kena selam dalam laut bersama jerung2, then kena usaha cari tiram baru la dapat mutiara tu. get it? senang cakap, nk cari bf sejati kena la usaha dlm cabaran k.

yg best: enuff said bout option dlm cinta. cuma ak lbh ska mini story dlm buku ni yg ada citer sorg bdk pompuan yg fall in love dgn senior, tp senior tu x cintakan dia. last2 senior tu suruh junior dia tolong jadik bodyguard utk pompuan tu. and then, faham2 sendiri la ye apa yg bakal berlaku selepas tu. sgt2 klise gak, tp ak ska babak bila diconfess sama ada bodyguard tu bf pompuan tu, then dgn rendah diri... "im just her bodyguard..."

last but not least, awas dengan kata2 anda terhadap musuh2 anda, takut2 termakan kata2 sendiri bila musuh tu menjadi teman paling rapat dlm idup. ~cheers!

DaH BaCa... HaTi YaNG KaCau

setelah dh lm ak x membaca novel2 grafik ni, terasa mcm x lengkap lak idup. walaupun bz dgn keja2, tp bila laydown sambil2 menerjah buku2 semcm ni, rasa tenang sgt2... mcm dunia ni antara ak dgn buku2 tu- sememangnya leasure time paling best dlm idup ak. so, xyah nk jadi ulat buku semata2 utk membaca, just sbg pengisi masa lapang dh cukup utk mengasah imaginasi fikiran supaya tidak menjadi tumpul.


"Hati Yang Kacau oleh Nanajima Kana"


sinopsis: citer ni mengisahkan ttg watak sorg pompuan yg confuse utk memilih bf sama ada seorg kawan rapat sejak kecil ataupun sorg playboy paling popular kat sek dia.

kata ak: citer ni sgt2 kool sbb konflik nk pilih kekasih yg mcm mn paling sesuai dlm idup. x kisah la bagi pihak pompuan atau lelaki, kedua2nya pasti menghadap masalah yg sama; bila both parties mmg memikat hati. haha confuse? yes yes yes... tp secara personalnya, ak ska watak lelaki kawan baik pompuan tu yg sgt2 kool. mcm xda perasaan, tp at the same time mmg cinta tahap gaban kat pompuan tu. but the style, mmg kool habess... different dgn playboy yg sentiasa dibenci, last2 kantoi jatuh cinta jugak. adoii... masing2 mcm ada kena mengena jer... haha

yg best: citer ni mmg kena dgn realiti idup as a student and teenagers. dan yg paling close to my heart, how citer ni potray important issue in such a nice and easy way. betull... kalau org leh kata cinta & pilihan tu paling sukar... tp bila dh baca buku ni, u'll never see the love as hard, but in a beauty and delicate way. believe me, kita akan kata love tu susah bila kita asyik mengatakannya susah... cuba sekali2 kata love tu mudah, then mudah la jadinya... its up to ppl to decide whether dia sendiri nk benda tu susah ataupun senang. sendiri fikir ye...

nk tahu lebih lanjut, lawati www.gempakstarz.com oraite.

Saturday, April 11, 2009

'aWaN MeNDuNG MeNaNTi PeLaNGi' TeTaP Me"RiBuT"

ak hnya ketawa bila bersembang bersama sutradara muda, azri abu hassan ttg film pendek arahannya 'awan mendung menanti pelangi'. ak asyik mengatakan spoof atau sekuel kepada filem pendek itu, berjudul 'awan mendung menanti ribut'. haha ak hanya bergurau, but the title still catchy dan plot2 naratif yg bermain di fikiran ak, film pendek tersebut semestinya lagi chaos dan lebih kelam-kabut daripada sebelumnya. konflik kekeluargaan yang makin kacau... haha sekadar imaginasi. dan ak masih mengharap utk film itu menjadi sebuah filem cereka.

kebetulan pula smlm sebelum tayangan filem '3 budak melayu', ditayangkan lak film ammp tu. dan seperti yg ak jangka ianya mendapat sambutan paling hangat mlm tu. nampaknya x salah ammp masih mampu meributkan panggung wayang pancha delima. haha dan ak juga tumpang berbangga as ak mmg die-hard-fan film tu. tgk byk kali pun x jemu sebab naratifnya sentiasa fresh!

terfikir jugak, ak meminati film2 80an dan begitu juga en.norman. adakah ini 1 kebetulan? =)

ak dh perkatakan film ammp dlm blog yg lepas (blog friendster), dan ak memperkatakannya lagi dlm blog ini. emm... sememangnya tetap meribut. haha.


"still menunggu awan mendung menanti puting beliung... haha"


info lebih lanjut ttg ammp serta film2 yg berkenaan, lawatilah blog kopitiamkurangmanis.


DaH ToNToN... 3 BuDaK MeLaYu


"citer bersahaja... sgt indie & sgt layann..."


sjujurnya ak xlah begitu teruja utk mnonton citer 3 budak melayu ni, as for me, title dia pun mcm membayangkan intipati citer yg ak rasa akan memboringkan. seems, bile krew2 diorg sendiri yg kata citer tu boring, makanya... ak xpect boring je la. tapi, wait a minute! akan ak citerkan lepas ni why 3bm sebenarnya xla begitu boring pun... see! i told ya, this film is not bad at all!

nak kata ak nk review citer ni, not really. sbb istilah 'review' tu pun mcm dah heavy sgt, and ak bukanlah bijak-pandai mcm yg lain2 utk review, dgn kata lain: review utk menghukum. err, hello! do u think that review can change anything, unless it will potray what ur thinking and at the same time mirror urself as an idiot- if ur review seems to be stupid? biarlah kalau org lain berlumba2 nk review itu-ini, menunjukkan kepandaian masing2 dalam menghukum citer itu busuk atau wangi, as they think they are too perfect to give a shot... ok ok! enuff bout that. let say biar ak katakan ak bkn review film 3bm, tapi lebih kepada kata2 ak terhadap filem itu... kata2 dari org biasa yg x tahu apa2- tapi tetap menyokong kerja2 anda, sang pengkarya.

ak ketepikan insiden2 yg berlaku sebelum tayangan tu- sbb2 kelewatan, bagi ak boleh dimaafkan. sbb ak dh hadapi sendiri insiden tu semasa handle dialog puncak perdana yang pertama. bila dlm situasi tu, barulah akan sedar betapa susahnya nk ontime, dan tiada sapa2 pun minta doa majlis itu akan menjadi tidak lancar atas sbb2 kelewatan, kan? so, maafkan saja segala2 masalah tu- walaupun ak hampir2 blah jugak, haha kerana bisikan di sisi gelap ak utk get mad about that, but i still consider- tetap menyokong event member2 baik ak =)

well, ak nk citer ttg sinopsis sket:
citer 3bm mengisahkan watak2 3 budak melayu yg nk bikin filem tapi xda duit. so, diorg guna mcm2 cara utk dapatkan duit- untuk membeli camera dan membikin filem secara indie. tapi cabaran dalam perjalanan tu x semudah yg disangka dan cabaran2 itulah yg membuatkan citer ni sgt2 menarik!

yg layann:
+ ak ska spoof2 yg diorg wat. really! x xpect pun ada benda2 tu, and i think thats a new experimentation for film, and thats a success! i like it very much. congrats utk idea2 fresh and superb dude!

+ ak ska lakonan sham. haha mmg into the character. asal ada saja muka dia dlm frame. mmg cool abess... and good act too. ouh, very good act, really!

+ lawak yg bersahaja. walaupun xla begitu obvious, but lawak2 yg lek2 tu la yg membuatkan citer ni fresh.

yg x berapa nk layann:
- ak x faham why citer ni mcm mengutuk individu2 tertentu secara obvious. hampir dlm smua plot and naratif. what a heck! seolah2 filem ni dibuat utk medium kutuk2 saja... syg siot! nmpak sngat mcm guna taktik murahan- and kutuk2 tu mmg menunjukkan minded sesetengah org yg very the bawah jambatan. sorry to say, buat filem utk seni dan bukannya utk personal issue, as i think those are really lame!

- lawak2 dlm tandas. why??? adakah filem ni mmg sebusuk itu? come on la, citer2 dlm seluar x payah la nk masuk film. ni x abes2 citer seluar dalam, naik menyampah lak ak. mcm xda idea lain... mcm menunjukkan idea2 yg dirty. awas beb! jangan jadikan 3bm as citer dlm toilet lak, bila dh berulat, then terus flush... eeewww! yuck!

- ada la part2 yg sengaja dipanjang2kan hingga menuju ke lurah keboringan. perlu ke nk ada ceramah dlm filem. mcm video pelajaran plak- come with fresh act if u want to teach ppl. bukannya sah2 bagi lect dlm film... huh!

ok ok. lain2 ak rasa ok saja. ada lebih dan kurang tu kira biasa la. cuma bila dh begitu obvious, then film ni jadi sedikit cacat. as ak fikir, it shouldnt be like that, sbb ianya berjalan atas track yg dh cukup cantik. cuma sesetengah part saja yg membuatkan citer ni sedikit busuk... syg siot.

overall: good job! 3*** and half stars dude!

emm... teringat kata2 pengarah citer tu- sengaja melakukan kesalahan, supaya org lain boleh belajar. betul sgt2. makes mistake to learn; as u wont repeat it in the future. cool!

kalau nk tahu pasal filem 3bm dgn lbh lanjut, layari je blog diorg di http://www.cerita3budakmelayu.blogspot.com/


Friday, April 10, 2009

aPa CeRR... PM Ke-6?


sambil2 wat assign, sambil2 lepak menonton news... tiada apa yg baru. smuanya ttg cerita pm malaysia yg ke-6. bagaimana beliau mentadbir dan corak kepimpinan, masih terlalu awal utk diperkatakan. biarlah dulu beliau melakukan kerjanya, andai ada apa2 yg tidak kena barulah mulut masing2 bersuara- menjawab soalan seseorg ttg pandangan ak berkenaan Dato' Seri Najib Tun Razak, our 6th Prime Minister.

cuma ak agak terkilan, bila wartawan bertanya kepada ahli2 kabinet aka politic(s)ia(l)n yg baru ttg perlantikan itu- yang disuarakan adalah ttg kestabilan parti politik; bagaimana optimisnya mereka untuk politik BN dan UMNO kembali pulih semula, pembentukan jentera parti yg baru... bla...bla...bla...

tapi malangnya, xda seorang pun yang mengatakan ttg RAKYAT- masalah2 ekonomi rakyat, masalah2 sosial rakyat... apakah politik sahaja yg ada di mata mereka2 yang diberi kuasa- supaya terus berkuasa dan mandat memerintah (dan membantu rakyat)...?

ak terkilan dan kecewa. andai tiada seorang pun yg terendah apabila ada golongan miskin tanpa makanan, sedangkan perut2 org besar makin sentiasa membesar- mungkin sekarang mereka asyik berfikir, bila pula pilihanraya akan tiba?

i should say-SH*T!!!

MeNGiNTai LaNGiT PuNCaK PeRDaNa



kejap tadi ak amik time utk kuar makan malam lepas kesibukan menyiapkan assign; sempat ak melihat ke langit. bulan penuh, cerah sangat menyinari langit yg gelap. kebetulan br lepas hujan, maka bulan tu jelas kelihatan... 1 ketenangan bagi ak, mungkin. setelah perkara2 yang membingitkan makin selesai, ak rs lebih ruang dan cahaya sebagaimana bulan itu di tengah2 kegelapan mlm.

sambil menuruni puncak, ak terpandang sayup2 wajah klcc dan kl tower. yup, itulah bertuahnya hidup di puncak, boleh melihat view yg jarang2 dpt lihat di tgh2 kota. emm... teringat lak, dulu ak selalu menghabiskan masa melihat view itu dr tingkat 3 dekat dgn studio pancha delima. masa screening film en norman. last2 sejak kebelakangan ni, ak dh jarang sgt2 mengikutinya. mungkin sbb sibuk (alasan klise lagi...huhu), atau mungkin ada hal lain... entahla. ak sndiri x pasti. emm... ak hanya menggunakan alasan 'merawat luka yg terpendam' bila en norman tanya ttg ak. haha maaf en norman. x sangka beliau sgt2 mengambil berat ak, di kala ak wat2 x endah je. bukan sengaja nk kecewakan dia, tp ak juga punya alasan sendiri. last2 kena plak ayat perli dr dia... adoii, pedih siot. tp ak wat2 bersahaja... bukan malas nak layan, mungkin dh terlampau terasa, ak hanya mampu senyum-sengih... lagipun dia ketua program, ada berani nk melawan?

mungkin ya juga ak sedang merawat luka. luka parah selepas menonton filem 'surat utk bidadari' time kelas falsafah. bagi ak, citer tu sgt2 sadis dan menghantui seluruh hidup ak. serius! ak x pernah rasa perit sgt menonton, bukan kerana elemen2 darah tu. (fyi, i love blood ok). even citer 'saw' & 'sweeney todd' pun lek2 je ak tgk...tp filem surat utk bidadari ni... uhh... entahlah... x secantik namanya, bagi ak filem ni akan membunuh ak. kalaupun ak menontonnya sekali lagi, kompem ak akan masuk wad gila. secara peribadi je la, tp ak tgk member2 ak yg lain lek2 je. mungkin naratifnya sgt 'kena' dgn idup ak sehingga ak x sanggup lagi nk terima... entahla... ak x tahu. apa yg pasti, ak xkan tonton lagi filem tu, kalau ak nk idup lagi utk beberapa tahun... T_T

ak mengintai langit lagi. maybe ak dh boleh start my new life after the horrible thingy, as mlm yang kelabu semasa hujan, pasti kan cerah juga bila tangisnya menghilang...

i still hope and still make a wish.

MCP DiaLoG PuNCaK PeRDaNa


semlm berlangsung la sesi dialog puncak perdana (event talkshow bersempena hari skrin) yang diterajui oleh prof madya a. razak mohaideen bersama 2 org panel iaitu farid kamil dan yana. kenal sapa yana? x kenal? aisehh... yana, that girl yg jd director untuk filem selamat pagi cinta tu. entah laku atau x kat pawagam, ak pn xtau. sbb personally, ak x view pun citer tu. mungkin cerita2 cinta yg sgt2 klise bagi ak ataupun ak mmg x teruja nk menonton... sorry yana, next time u bikin filem action-packed ala2 tomb rider, kompem gua gi tgk. haha

ak ngan member2 kelas ak kena cover event tu utk subjek mcp (multi-camera production). ak lak kat posisi camera no.2. seriously, boring siot. bukan boring dgn event tu saja, dgn position ak as cam-2 tu pun mmg boring. sbbnya ak hnya cover shot master, so xda feeling2 nk wat mcm ala2 melodi tu. ahaks! kalau x, dh lama ak pakai handheld, then terus ak terjah muka prof.razak sampai ke lubang idungnya. God! wild betul imaginasi ak, yerla dh boring tahan gaban, what do u xpect? ahaks! then lepas tu director ak si azri kompem baling ak dgn keta saga dia sbb memandai wat shot sendiri... haha wild wild imaginary!!! and actually event tu pun xda la momentum sgt. flat... ak siap nk amek bantal kasi free kat penonton2 yg 'terpaksa' berhempas-pulas stay utk talkshow tu. entah apa la motifnya, nak tgk muka farid kamil puas2 kot. haha and ak rasa talkshow tu dh jadi semacam utk kroni2 beliau + prof.razak (of course!) plak. hehe just pendapat ikhlas je ok. but it obvious beb! adoii... selamat la time nk ending tu, prof.razak panggil lect2 yang mmg diminati ramai utk bagi opinion. and for the first time ak dgr en.kroll yg sentiasa perasan hensem tu berucap. not bad. so, xla sentiasa control sgt ahaks!

but, smuanya berakhir dengan aman-damai-harmoni-happily. thanks to everybody yg berusaha keras utk menjayakan event tu especially utk team mcp di bawah pimpinan director azri. smua org mmg rock habiss! ahaks, selesai sudah 1 kerja, so wait for next job okay. semoga berjaya la hendaknya ^_^


"minta maap ya, prof. gurau2 saja... hehe"


ohye, time event tadi berlangsung, sempat si prof.razak mengipas2 kertas- panas la kot. walhal event tu berlangsung dlm bilik aircond. hehe persis kipas2 mami jarum mcm dlm filem arahan dia... kui3 =P

Thursday, April 9, 2009

So MuCH WoRK... So LiTTLe TiMe...

yeay... akhirnya siap jugak beberapa kerja ak termasuk la assign2 yg berlambak2 ni. walaupun x la siap smuanya- masih ada lagi yg pending huhu, tp at least bila dh hujung2 semester ni, leh la drop beberapa subjek yg dh setel. xdak la berat palaotak ni nk pk lagi.

utk member2 ak kat fakulti ni, slamat la menghabiskan kerja2 korang. haha tu la sapa suruh xnak siapkan awal, kan dh terkial2 nk siapkan last minute. haha padan muka ak jugak la sbb br siapkan assign cikmas sbb esok nk submit, walhal benda tu dh lama sangat terperap dlm file ak, x sentuh2 pun... hehe last2 bila dh terdesak sgt nak submit baru la nyesal kenapa x wat awal2... subjek berat lak tu. philosophy... leh plak wat main2. yg paling chaos mesti la makhayam ak yg sorg tu, siap leh wat online conference-talk pakai internet... gelabah siot. ak yg steady pun terus jadik chaos haha... sabar ye wahai kawan2 ku sekalian. perjuangan tetap kena teruss...!


"uuhhh... banyak kerja!!! >_<"

utk kawan2, slamat berperang di penghujung semester ni dan semoga kita smua peroleh kejayaan! chaiyok!

Friday, April 3, 2009

SeLaMaT DaTaNG Ke "HiDuP CaRa aKu!"


Assalamualaikum... Hola, Ohayou Gozaimasu, Ciao, Marhabah, Namaste, Ahn Nyeong Ha Se Yo, Ni Hao, Boas, Vanakkam, Aloha, Sawa Dee-Krap, Yia Sas & Salaam... untuk smua yg sudi melawat blog ak yg terbaru ni. hah! hambik, mcm2 jenis bahasa yg ak guna utk menggambarkan betapa berbesarnya hati ak dgn kesudian & kehadiran korang ke blog ak nih haha...

"welkam...welkam..."


dan dengan kehadiran my new baby ni ak harap akan lebih byk masa yg dpt ak luangkan utk menulis. yup! sejak akhir2 ni ak selalu sgt bz dgn kerjaya dan mcm2 hal yg mengekang minat ak utk mengetuk papan keyboard ni huhu... alasan yg sgt2 klise sebenarnya, tp harap2 dgn adanya blog kat blogspot ni dapat memberi lebih ruang utk ak meluahkan apa2 sahaja yg terbuku kat benak sanubari ni (cheewahhh...ayat xleh blah!). dan sekurang2nya ak dapat membayar 'hutang' utk sesiapa sahaja yg sentiasa mengikuti perkembangan ak... lagi sekali, terima kasih utk itu. thats mean u really appreaciate me, then i'll try my best to pay u back, i wish so!

then, one more thing, ak xkan guna lagi blog yg dlm frenster tu, since ada beberapa pihak yg sukar nk open blog tu due to frenster regulation, and sometimes i think laman web frenster tu dh jadi 'x keruan' and 'ntah apa2'. mungkin zamannya sudah berlalu, so i think i better make a new move =) tp bagi sapa2 yg masih nk baca my previous post, leh surf website tu kat http://rayzen-rayzen.blog.friendster.com


"dah jadi bahan klasik...haha"


okays, thanks again for visiting my blog, and i'll see u again on next post, oraite?