Friday, December 18, 2009

SuaTu MaSa, uNTuK KiTa


notakepala: tiba-tiba boleh muncul dalam kotak fikiran aku untuk menerbitkan sebuah lagi coretan draf novel; kesinambungan kepada draf novel yang pertama iaitu "persoalan di hati", kalau ada sesetengah orang yang pernah baca, pernah tahu dan pernah ingat kisahnya. *senyum* entah macam mana, desakan menulis tu bagaikan membuak-buak. idea datang mencurah-curah. mungkin setelah beberapa peristiwa yang berlaku menyebabkan penghabisan untuk draf novel pertama sebenarnya tidak begitu. malah, untuk draf kedua berikutnya, kisahnya menjadi yang lain pula. inilah rencana kehidupan... tidak semua akan berlaku seperti yang kita (manusia) harapkan. mungkin pada penghujungnya, ia akan menjadi sebaliknya...

# # # # # # #

Deru-deru ombak terngiang-ngiang di rona telinga Rez. Kedengaran juga suara kanak-kanak seronok, ketawa bermain air lautan yang menghempas pantai. Rez memandang jauh ke hadapan pandangannya; ke arah laut yang kian suram tatkala mentari sudah hampir-hampir menjejak horizonnya. Wajah Rez tenang. Berdiri seorang. Memandang sedalam-dalamnya ke alunan badai. Kadangkala hembusan bayu laut menyelesakan.

Datang seorang perempuan berdiri beberapa langkah di sebelah Rez. Turut memandang ke lautan. Perempuan yang mulus kulitnya, berbaju kurung hijau muda dan bertudung serba sopannya. Tidak pun masing-masing menoleh bersapa,memandang gerangan masing-masing. Hanya sepi mata merenung laut.

"Terima kasih." Berhenti ayat Rez di situ. "Terima kasih kerana masih sudi berjumpa."

Suasana diam seketika. "Terima kasih juga kerana masih ada ruang itu untuk Azie." Bicara Azie.

"Ruang ini akan sentiasa ada. Cuma keadaan yang tak sama."

"Ya. Semua benda akan berubah, Rez."

Rez hanya diam. Tersenyum seketika. "Semua benda pasti berubah, Azie. Terutamanya awak."

Azie pula yang tersenyum. Keadaan diam cuma. "Rez bahagia?"

Sedikit ketawa. "Bahagia? Ya, saya dah lama bahagia. Bahagia dengan apa yang saya ada sekarang."

Diam tak bersuara. Kemudian Azie juga ketawa kecil. "Awak masih tak boleh menipu dengan baik, Rez."

Rez berbalas senda. "Azie bahagia?"

Azie hanya diam. Dia menoleh ke belakang. Dan seraya menoleh ke arah laut kembali. "Mungkin. Itu yang Azie cari, dan ini yang Azie ketemu."

Masing-masing diam. Memandang sayup-sayup ke arah laut.

"Dia pasti boleh bahagiakan Azie." Rez mengulas kata. "Harap Azie begitu juga. Jangan lagi... Cukup-cukuplah Azie dah mematahkan hati lelaki-lelaki yang mendamba cinta Azie."

Azie hanya ketawa kecil. "Jangan salahkan mentari kerana panas bahangnya, Rez. Ini semua bukan percaturan kita. Tiada siapa yang inginkan akhirnya jadi begini."

Rez hanya diam tersenyum. "Selamat bertunang."

"Terima kasih." Ringkas.

Senja makin memunculkan dirinya. Mega jingga mulai menerangi langit, mengubah rona-rona warna alam. Azie memberi salam mengundurkan diri, menuju ke tebing atas pantai itu menemui seorang lelaki yang masih bersandar di dinding kereta putih miliknya. Dia hanya memandang ke arah Rez tanpa apa-apa riak wajah. Rez membalas pandangan lelaki itu dengan senyuman bersahaja, sebelum memandang kembali ke arah laut.

Rez hanya mengingati deruman enjin kereta yang terakhir meninggalkan arena pantai itu. Bunyi-bunyi ombak sekadar penyeri. Suara kanak-kanak berseronok sudah lama tiada.

Rez masih memandang laut. Hari makin gelap. Jiwanya lapang. Mengulit senyuman terakhir sebelum memandang terus ke langit...

# # # # # # #

~Hari ni dua kali ak bermimpikan si dia. Pertama aku menyelamatkan si dia dari perkara-perkara yang bakal memusnahkannya. Kedua bila aku cuba melarikan diri, si dia semakin hampir mengejarku... Apatah lagi dalam sedarku, si dia akan mengejutkan aku dari lena semula...~

notatangan~ aku masih mampu tersenyum memandang ke langit.

~SaLaM MaaL HiJRaH 1 MuHaRRaM 1431H

Assalamualaikum WBT~ dan salam untuk semua...
Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Tak kiralah bangsa apa, warna kulit apa, atau apa2 sahaja yang manusia selalu berbeda, tapi yang pasti kita punya Tuhan Maha Kuasa, ALLAH SWT yang sama...~

Semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ini akan membuka lebih lembaran kepada seluruh umat Islam; dengan rahmat dan limpah kurnia dari ALLAH SWT, semoga kita sentiasa mendapat pengampunan daripada NYA dan berbahagia sentiasa.

masih belum terlewat untuk umat manusia berhijrah menuju ke arah keredhaan ALLAH SWT... Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengampun & Maha Mengasihani~

Notatangan: Tidak perlu memaksa untuk mengubah diri, kerana hidayah itu pasti kan datang sendiri... Buka hati dan pemikiran seluas alam, dan ALLAH SWT pasti akan mengurniakan kenikmatanNYA tanpa mengira di mana pun manusia itu berada~ alhamduLILLAH... *senyum*

Thursday, December 17, 2009

oNe DaY, MaNY SToRieS...

langkah-langkah kehidupan...

dh lama rasanya selepas tulisan2 aku yg terakhir kat sini, ahaks! terlalu lama x membelai2 blog ak yg tercinta ni haha. dan ak rasa dh slalu sgt aku asyik2 bagi alasan sibuk (yang dh jadi ayat wajib kalau ak malas nk post haha). tp ada lagi 1 alasan kenapa ak lambat update adalah kerana KONEKSION!!! *bukan ayat lucah okay! tu adalah translate terus dr bahasa ibunda inggeris.* yg bahasa ibunda melayu sellau ciplak tu haha...Dewan Bahasa & Pustaka. sorii... tp x salah pun kan?* okay, berbalik pasal koneksion cel(aka)com beruk(band) [sila baca: celaka-com-beruk-band] yang memang hampesh gila dia punya server. even nk bukak yahoo pun fail. so adik2, jangan terpedaya kononnya diorg penyedia jalur lebar no1 di malaysia. politik je semua tu. to celcom so whatever, kalau ko rasa tuduhan ak ni melampau, then perbaiki la servis korang ke tahap yang lebih bagus. jangan asyik mendabik dada kata no1 segala2nya, walhal hakikatnya, kat selangor pun belum tentu ko cover semua area =)

kalau semua nak jadi no.1, susah la bro!

so sekarang ni ak sedang beronline di dalam ofis, sementara praktikal kat sini. emm... kalau da masa terluang la (actually mmg byk pun masa lapang, walhal kerja berlambak x abess...haha apa kesah! kalau da bayaran bleh gak ak kerja bersungguh2 *alasan!). tapi kira ok gak la, this company is not bad at all. best! cuma ada la 1-2 benda yg x berapa ok. tp lain2 kira oraite la kot.

buat kerja macam ni... boleh? *ketawa*

kelmarin, antara hari2 yang ak lalui untuk menyaksikan kewujudan manusia kat muka bumi ni. seperti melihat wayang yang terpampang secara hidup melalui lensa mata di skrin kehidupan yang nyata. sememangnya kehidupan ni penuh dengan kejutan dan kisah-kisahnya yang tersendiri. satu hari, penuh cerita melalui lensa kehidupan ak...

mengintai kehidupan manusia...
biar mcm ni xpe... JANGAN jadi mcm kat bawah ni...

ni dh mengintai tahap teropong... *ketawa* sebijik mamu jarum sangat!

seperti biasa ak akan balik lewat daripada ofis, around 8pm. dan macam biasa gak ak akan keletihan dan of course la, kelaparan. so, ak pikir nk try 1 kedai kat foodcourtkat anjung 7, seksyen 7 s.alam. kat situ katanya ada masakan arab original. dh lapar, pekena masakan arab pun ok gak kan. tup-tup bila ak kat situ, xda sapa plak perasan kewujudan aku. nak kata ak kurus sgt sampai xleh nk beza antara dinding atau ak, tu dh nmpak mcm melampau sgt la bro! bila ak x terlayan diri ak makanya, putus la selera ak dan ak terus blah. nk tahu apa staf2 kat situ wat? diorg siap leh lepak2 sambil2 kunyah ketupat. siot tol! dh la kat situ x ramai org makan which means ak aagk kompem tiap2 hari perniagaan ko kompem rugi. then, bila ada customer x terlayan la plak. emm...as i always face the same problems with melayu punya bisnes! pandai berniaga tp x pandai cari duit. walhal, every customer la yg akan bayar profit kat perniagaan diorg. x paham lak ak bisnes org2 melayu ni. x pakai bisnes melayu nnt dicop x sokong perniagaan melayu, tp bila agak2 nk sokong mcm ni la yg ak dapat! huhu...so, semoga berjaya la dengan perniagaan yang mcm tu ye *senyum*

hambik!!! kalau mcm ni, mmg sah2 parah!

oraite. oleh sebab perut masih lapar, so ak teruskan jugakk perjalanan ak ke Plaza Alam Sentral, sebab at the same time, ada gak beberapa barangan yg ak nk beli. pada masa yg sama jugakk ak leh la tapow 1 produk kesihatan ni since ak dok lama kepingin nk beli (thanks to MyDad sebab dh masukkan elaun haha*sengih*). then ak g la 1 kedai kesihatan ni, orang melayu gak yg jaga. tp kali ni layanan superb bro. cumanya bila ak nk beli produk A, dia dok promo produk B yang harganya 4x lagi mahal dr yg A. marketing strategy betul haha. katanya produk B lagi bagus, lagi cepat, lagi mujarab bla..bla..bla.. then ak terpikir la, in that case apsal diorg jual produk A if dok promote bagai produk B tu? emm... atlast, bila dh byk pk sgt, terus 2-2 ak x beli. puas hati. nasib la. dh wat ak pening nk memikior, last2xyah beli la, senang ahaks! maybe kalau nk sihat, wat je rutin harian ak iaitu join kelab menari haha *tumbuh tanduk* sebetul2nya, if ak nk beli produk A, why not galakkan ak untuk pakai terus produk tu, bagi consult pasal benda tu ke, at least dh sah2 barangan dia tu akan terjual, sbb ak mmg nk beli pun. emm...belajar marketing lagi ye dik *senyum*

bye...bye...nnt x dtg lagi ya...haha

lepas dh berjalan2, terus la ak ke ground floor untuk makan-makan. kat 1 restoran yg dijaga oleh org melayu jugakk. (hehe kat s.alam ni bersepah2 org melayu, tapi adakah mereka benar2 'kemelayuan'??? sendiri amik paham okay! *senyum*) ak g la beratur kat kaunter nak oder.tup-tup bila dtg je giliran ak, terus dia letak sign [counter closed! next counter please!]. walhal tinggal ak sorang je kot kat line tu. ahaks! dengan muka ala-ala setapai tu (pompuan bila muka setapai mmg sgt2 buruk, walaupun pompuan paling cantik kat alam nih. believe me!) so, oleh sebab ak dh lapor sgt terpaksa la beratur jugak kat line yg lain. well, after amik order, makan-makan la jawabnya. tgh makan tetiba ada sorg peminta derma (budak lelaki sekolah rendah) dtg kat ak. emm...katanya nk minta derma anak-anak yatim TAPI kena bayar rm10. well, utk pengetahuan korang, ada beberapa kelompok peminta derma yg akan korang jumpa kat dunia nih. ada yg muka innocent sampaikan kita sanggup bagi derma kaw-kaw punya dan ada jugakk yg mcm nak kasi penampar pun ada (instead of bagi derma material haha... hambikk 'derma ikhlas dari tangan' *ketawa*) well, untuk kategori budak peminta derma ni, dia tergolong dalam golongan yang baca skrip masa nk minta derma dan dengan muka yang sungguh2 celaka. apa salahnya kalau senyum sikit dik. dan buat pertama kalinya dalam idup ak, ak tanya dia kalau ak nk bagi derma dlm amount yg bukan rm10, boleh ke tak? dia siap pandang ke lain sambil bebel yg ntah ak x paham kebenda pun; sbb sibuk lap tangan dan bukak wallet. then ak bagi laa berapa banyak yg ak mampu. lepas tu dia blah, sempat ucap terima kasih tanpa pandang pun kat ak. comel kan? ahaks! selamat la ALLAH SWT bagi ak kesabaran yg cukup2 tebal. kalau ikut setan, kompem ak panggil balik suruh sujud kat kaki ak. itu kira anak2 setan la, kalau nk lagi setan upgrade sket, ak amik air minum ak, simbah kat muka dia kasi manis sket dengan senyuman. *mode: tanduk bercabang2* ahaks! tapi biarlah... asal ada rezeki sket apa salahnya menderma kan kawan-kawan. ikhlas atau x, biarlah ALLAH SWT yang tentukan semua tu. yang penting ak nk ajak jugakk semua org wat kebajikan & kebaikan... jom ah, ringan2 tangan menderma. best woo... sebab time tu korang akan rasa bahagia sangat. nikmat ALLAH SWT beb, kalau buat baik kompem hari2 korang akan jadi lagi best! =)

x salah kalau buat baik & x betul kalau buat jahat... *senyum*

so, itu je la kot yang sempat ak ingat kejadian2 yg berlaku sepanjang perjalanan ak nk balik ke rumah dari tempat kerja. singkat je, tapi penuh dengan cerita *senyum*.

notatangan: ak harap boleh terus menulis dlm blog ni =D