![]() |
Poster filem Hikayat Merong Mahawangsa [2011] |
*Actually, artikel ni dah lama siap dan terperam tanpa aku mengklik butang Publish. Hehe bukannya apa beb, sebab aku taknak spoilkan mood sapa-sapa yang nak menonton filem ni. Nanti katanya coretan aku ni macam 'membunuh' [antara perkataan yang banyak aku guna dalam artikel ini nanti] filem terbaik negara untuk tahun 2011 atau sekurang-kurangnya membunuh industri perfileman tempatan [Haha]. Jadi selepas tempoh tayangan perdana [walaupun masih ada pawagam-pawagam yang menayangkan filem ini], maka aku dengan beraninya menyiarkan coretan aku ini... Mohon maaf kalau punya kekhilafan ;-)
![]() |
Dan kenapa aku mengatakan kekecewaan yang sama...? |
Mukadimah.
Dahulunya, semasa trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa [2011] mula-mula diperkenalkan kepada umum, aku menjadi sangat-sangat teruja untuk menontonnya. Sudah berkira-kira untuk menjadi antara khalayak yang pertama menyaksikan sebuah filem epik terbitan rakyat Malaysia [KRU Studios Sdn. Bhd.]; lebih-lebih lagi melalui trailer itu aku beranggapan ianya adalah kolaborasi antara pengeluar filem tempatan & Hollywood. Sementelah aku mengetahui ianya buatan 100% rakyat Malaysia, makin suhu dan gemuruh darah aku makin membuak-buak untuk menyaksikan sendiri kehebatan filem ini.
Gah. Hebat. Kagum.
Itulah beberapa perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu. Melihat dalam trailer HMM; kerajaan Rom dan kerajaan China; ditambah efek-efek pertarungan menjadikan telahan aku terhadap filem ini sangat hebat. Keterujaan makin memecahkan termometer. Aku berkira-kira bilakah filem ini akan ditayangkan. Nafsu kesabaran aku makin tidak lagi keruan, hampir saja membatalkan puasa penantian aku untuk menonton filem ini. [Haha penggunaan ayat-ayat yang sangat tak-boleh-blah!].
Bila tiba 'Hari Raya'....
Entah mengapa, sampai saja tarikh tayangan, nafsu aku menjadi anti-klimaks. Kopi Jantan sudah tak menjadi. Ermm... dimanakah silapnya? Naluri aku mengatakan HMM akan menjadi 1 lagi filem yang akan mengecewakan selera tontonan aku. Apakah setelah aku menonton filem Magika [2010] maka aku memberi 'hukuman' yang sama terhadap HMM? Ya. Aku pernah mempunyai nafsu-termometer-pecah untuk filem Magika, dan akhirnya demam itu surut begitu saja tanpa apa-apa kepuasan. Anti-kepuasan. Jadi, naluri kuat ku juga mengatakan HMM juga sama. Naluri manusia ajaib bukan? Selalunya betul kata hati manusia. Mengapa? Itulah sebaik-baik kejadian. Turut kata hati = mati. Betul? Ermm... mungkin manusia masih tak dapat bezakan kata hati & bisikan syaitan... Maka seringkali tersasar jalan. Okay, tapi kata hati aku sememangnya mengatakan HMM tak perlu ditonton lagi. Jadi, dimanakah hilangnya keterujaan aku dahulu?
Puas adik aku memujuk, mengulang-ulang permintaannya untuk menonton HMM. Aku mengatakan "Jangan monyet... jangan..." [Hehe takdalah aku kata macam tu- Gila hapa mengutuk adik sendiri!! Well, itu adalah dialog dalam animasi monyet yang makan cili merah tu, ada ingat?? Last-last monyet tu kepedasan sebab tak mengendahkan nasihat; supaya jangan dimakan cili itu walaupun warnanya sangat-sangat menawan. Get the meaning?] Tapi, adik aku ni confident bahawa citer HMM ni best. Tambahan pulak, the making of disiarkan di Astro dan 'propaganda' HMM boleh tahan juga. Maka, aku dengan rela hati membawa adik aku untuk menonton HMM selepas 3 hari tayangan di pawagam. Itupun untuk mengesahkan bahawa telahan aku sememangnya benar dan naluri aku sememangnya tak berbohong...
Hehe... Klik untuk tengok kisahnya Sang Kancil & Monyet tuu...
Dan inilah hasilnya. Pendapat kerdil aku tentang filem HMM ni.
Sinopsis HMM sangat mudah. Empayar Rom menginginkan kebijaksaan yang ada dalam Empayar China. Dan sebaliknya kerajaan China juga inginkan kekuatakan ketenteraan daripada kerajaan Rom. Jadi kedua-dua empayar ni nak menyatukan putera-puteri mereka supaya kerajaan masing-masing bersatu. [Kebijaksaan + Kekuatan Tentera = Perfect!] Majlis perkahwinan antara puteri China & putera Rom akan diadakan di Semenanjung Emas (Langkasuka) sebab masyarakat China percaya fengshui terbaik adalah di lokasi itu. Pelayaran rombongan Rom ke lokasi tersebut tergendala sebab dipukul ribut, maka singgah di Goa. Mereka perlukan nakhoda baru untuk ke Semenanjung Emas, maka rombongan Rom itu pun mengupah Merong Mahawangsa untuk menjadi panduan ke lokasi perkahwinan. Rancangan perkahwinan tersebut dihidu oleh Lanun Geruda dan mereka menculik puteri China untuk dijadikan tebusan. Maka Merong Mahawangsa, Putera Rom & Laksamana China berjuang bersama untuk menyelamatkan puteri. Setel!
Jadi, apakah kepincangan HMM yang aku dapat?
[-1] First thing first. Narrator. Ya... Tukang karut bagi citer HMM ni. Yang sepatutnya menjadikan perjalanan citer ni menarik, tapi too much talking membuatkan momentum HMM jadi tak keruan. Bagaikan menonton penglipur lara atau tukang cerita dongeng kanak-kanak. Hello! Ini filem PG13. Tak perlukan semua itu. Seolah-olah macam penonton ni 'bodoh' sangat untuk memahami HMM tanpa narator. Kadang-kadang bila difikirkan, lebih baik tiada narator dan biarkan citer HMM berjalan dengan sendirinya. Merujuk kepada filem Puteri Gunung Ledang [2004], juga mempunyai narator pada permulaanya [suara Rahim Razali], namun ianya dialunkan dengan berseni sekali dengan bait-bait kata Melayu lama, maka ia menjadi indah. Walaupun hanya sekejap, namun berkesan. Malangnya dalam HMM, penggunaan narator di bahagian-bahagian tertentu penceritaan tanpa konsisten membuatkan HMM bagaikan rojak. Bercampur-baur. Sekejap-sekejap ada, sekejap-sekejap tiada. Penggunaan narator turut menjadi 'batu loncatan' untuk sesebuah plot dilangkau tanpa signifikan. Misalnya, percintaan antara Merong & Embok, diceritakan secara lisan oleh narator. Malah menjadi tanda tanya sama ada mereka telah berkahwin ataupun sekadar bersekedudukan. Kan lebih baik jika cinta antara mereka diperhalusi dan dipaparkan dengan visual yang baik; barulah nilai cinta antara mereka tampak indah. Sayangnya, dialog ketika Embok merelakan Merong pergi berjuang tak cukup kuat untuk menampung keindahan cinta mereka. Maka, jadinya sia-sia.
![]() |
Muka elokk tapi kalau byk cakap pun tak guna gakk... |
[-2] Antara kelemahan utama yg dpt disingkap dalam HMM adalah melalui pemilihan watak. Ya. Terutamanya apabila ia melibatkan watak utama HMM iaitu Merong Mahawangsa itu sendiri. Terfikir juga, apakah relevannya mengambil Stephen Rahman sebagai Merong (merujuk kepada Pahlawan Melayu Nusantara) sedangkan untuk berbahasa Melayu pun Stephen tak tahu. Kepincangan yang utama adalah apabila Stephen dilihat tak dapat menghayati pengucapannya dalam Bahasa Melayu; kerana Bahasa Melayu sememangnya kaya dengan lenggok, kiasan dan keindahannya. Itulah kunci utama bagi sebuah cerita epik kepahlawanan Melayu. Lebih memburukkan keadaan apabila watak Merong begitu fasih pula berbahasa Inggeris dengan kosa kata moden seperti 'Politic' & 'Logic' yang rata-rata mungkin belum wujud dalam penggunaan bahasa zaman itu. Apatah lagi bagi kerajaan Rom yang kaya dengan budaya dan kesenian, penggunaan bahasa juga mestilah punya kelainan (contoh misalan: merujuk kepada karya-karya William Shakespeare; penggunaan bahasa Inggeris 'purbanya' sangat superb). Maka, itulah kelemahan utama Stephen apabila beliau tidak dapat menzahirkan kedua-dua keadaan (Kemelayuan & Kebaratan) dengan baik. Lebih malang lagi apabila watak Merong dilihat sebagai pahlawan Melayu yang sangat suka bercakap. Adakah ia realiti? Apabila orang Melayu sememangnya banyak bercakap? Ini sangat menjengkelkan apabila pahlawan yang sepatutnya menjadi adiwira yang 'cool' bercakap-cakap kosong tanpa penghayatan & cuba sedaya upaya mewujudkan dialog-dialog komedi yang pada akhirnya menjadi tak kelakar langsung; menambah-nambah unsur kejengkelan dalan filem. Aku dapat melihat KRU agak lemah dalam menentukan watak & perwatakan hero kerana hampir kesemua filem-filem terbitan mereka menampakkan kelemahan yang sama (sebagai contoh; filem Cicakman yang menggunakan Saiful Apek sebagai hero (?????) dan melalui filem Jin Notti yang menggunakan Mawi sebagai tunjang utama (?????). Begitu juga dengan filem Magika. Masih terpalit kelemahan yang sama. Sangat-sangat tidak 'cool' weihh!!!)
![]() |
"Biar I je la yg jd Merong.... Boleh?" ---OMGICU!!! |
[-3] Masih lagi memperkatakan tentang watak & perwatakan dalam HMM. Apakah Malaysia sudah nusantara sudah ketandusan aktor-aktor Melayu yang pastinya dapat membawa watak pahlawan Melayu dengan baik. Sekadar memberi contoh; ketandusan aktor seperti Eman Manan yang cemerlang dengan aksi-aksi silat dalam drama. Oh ya, mungkin tidak relevan lagi jika merujuk kepada faktor umur beliau. Tapi, hey! Bukankah itu satu contoh Malaysia mempunyai pelakon yang hebat juga. Bagaiman dengan aktor-aktor di Indonesia, misalnya, kalaupun KRU 'terdesak' untuk mengambil 'aktor antarabangsa'? Indonesia juga punya pelakon-pelakon Melayu yang hebat apa? Contohnya Fauzi Baadilla, aktor yang juga mempunyai susuk tubuh yang sasa. Ermm... Itu hanya sekadar contoh. Mungkin kerana wajah Stephen juga iras-iras Melayu, tapi penghayatannya sangat-sangat hancur! Paling asas, beliau gagal mengungkapkan Bahasa Melayu dengan baik + penghayatan untuk ungkapan itu; kalau nak dibandingkan dengan aktor-aktor nusantara Melayu yang lain. Maka kelemahan-kelemahan yang semacam ini sedikit-sebanyak membunuh keperibadian watak adiwira itu. Dan akhirnya membunuh 'kesedapan' filem HMM secara keseluruhannya...
[-4] Boleh tak aku bertanya, kenapa watak-watak tambahan untuk pahlawan-pahlawan Melayu sangat-sangat 'sedeyhh'??? Ahaks! Walaupun sekadar 'xtra' tp tak boleh lah diambil mudah kerana ia menggambarkan keseluruhan cerita itu. Watak tambahan penting aperr! Tapi dalam HMM, pelakon-pelakon tambahan tu macam sambil lewa, dengan fizikal yg tak meyakinkan & ekspresi watak yang sungguh 'asing' bagi sebuah babak pertarungan. Lebih senang, macam dibuat-buat. Sayangnya... Bagi sebuah babak pertarungan yang hebat, diisi dengan watak-watak tambahan yang nampaknya tak mampu untuk memikul 'berat' watak itu sendiri. Sudahlah fizikal dilihat tak segagah mana, 'frame' watak-watak tambahan pula bagai diulang-ulang. Walaupun mungkin alasannya 'realistik' untuk fizikal Melayu yang agak-agak 'kecil' tapi filem sememangnya bukan realiti. Ia adalah fiksyen rekaan sang pengkarya (merujuk kepada hujahan Dr. Hatta Azad Khan apabila memperkatakan tentang watak seorang Commercial Advertiser yang 'gila-geli' menyambut emaknya yang balik ke kampung: dalam satu babak Aku, Dia & Tong Sampah). Oleh sebab itu, rasanya lebih baik kalau watak-watak tambahan untuk pahlawan-pahlawan Merong digambarkan dengan lebih gagah; dan bukannya hanya Jehan Miskin yang menjadi salah satu contohnya.
![]() |
Kalau dpt aktor yg pandai bersilat pasti lagi cantik babak pertarungannya... |
[-5] Okay. Sekarang untuk bahagian visual pula. Secara kasarnya aku mungkin menyukai kesan visual yang seakan-akan 'redup-malam' atau sephia. Tapi bila ia digunapakai secara mewah dalam HMM, hasilnya amat menganggu penghayatan untuk filem ini. Seperti yang selalu aku tekankan dalam konsep pandangan aku, keindahan itu amat penting bagi sesebuah filem. Tanpa keindahan, filem itu menjadi kosong dan tak bernyawa. Ermm, mungkin penggunaan visual sebegitu sesuai untuk signifikasi kepada 'kegelapan'. Kalau jawapannya Ya, aku sememangnya agak setuju. Kalau 'redup-malam' hanya digunapakai bagi menunjukkan keadaan di Garuda, maka aku sangat-sangat menyukainya. Dan bukannya bagi hampir kesemua babak... Lagi satu kesan visual yang menyemakkan adalah ketika babak pertarungan di Langkasuka, apabila waktu hujan+lawan ramai-ramai+kesan 'redup-malam'+mayat-mayat atas tanah = sarat! Dan visual jadi berat. Mungkin kesan hujan sebenarnya menambah 'frame' menjadi sangat-sangat 'penuh' dan mengurangkan impak indahnya pertarungan itu. Sebagai contoh dalam filem 300 (ya, tahu. Tak sesuai membandingkan dengan filem antarabangsa yang mega-hebat. Tapi sekadar contoh saja... Why not? ;-) Dalam babak pertarungan 300, tanpa hujan, ia tampak lebih jelas dan indah bukan? Jadi kenapa perlu semakkan seluruh 'frame' semata-mata untuk menunjukkan pertarungan itu gila-hebat??? Ini filemlah. Semuanya boleh dibikin dalam filem mengikut kreativiti orang yang buat filem itu.
![]() |
Do u think also, even the poster is way too crowded...? |
Panjangnya artikel ko, FR.
![]() |
Penat nak baca *pengsan* |
Haha okay-okay. Dah nak habes pun. Kalau nak cerita bab kelemahan-kelemahan HMM boleh jadi sampai page ke-17 nih. Tapi cukuplah kot aku bagi 5 je yang sikit-sikit tu. Kang nanti diuduh tak mesra filem tempatan pulak. Eyhhh, tak. Aku suka filem tempatan. Cuma aku punya banyak masa je untuk komen-komen 'mesra' yang macam ni [senyum].
Kalau asyik cakap bab kelemahan saja, tak best lah.
Filem HMM pun ada jugakk yang best-best.
[+1] Aku sangat menyukai pembawakan watak Kamawas yang dilakonkan oleh Khir Rahman. Mengapa aku kata macam tu? Sebab watak tu membuatkan aku sangat-sangat benci. Haha kalau dah sampai ke tahap aku memahami kebencian bagi sesuatu watak tu, nampaknya memang berjaya la Khir Rahman melakonkannya. Serius beb! Khir Rahman hebat memikul perwatakan Kamawas yang sadis dan gila seks. Dan tentulah babak asmara beliau dengan Puteri Kerajaan China menjadi pilihan aku Haha. Tapi bukanlah sebab aku pun sama macam Kamawas tu (Hell No!!! *alasan haha*). Tapi sebabnya aku terasa babak itu amat meyakinkan. Jadi, Siapa kata Malaysia atau nusantara ketandusan pelakon-pelakon yang berbakat dalam menjiwai watak?? Jadi tak perlu la kot nak import pelakon-pelakon dari luar ya ;-)
Kamawas. Yang dibenci. Penyelamat citer ni... |
[+2] Lagi 1 adalah kesan visual semasa ribut. Suka sangat dengan awan mendung & kilat sabung-menyabung tu. Teringat aku tentang visual yang sama dalam X-Men Trilogy. Siyes beb! Aku sangat kagum. Hampir je aku kata filem ni omputeh yang buat. Jadi, aku sangat salute dengan KRU dalam penghasilan kesan-kesan visual yang meyakinkan dan sangat best! CUMA...Aku merasakan kelebihan KRU itu selalunya dibazirkan. Dibazirkan untuk perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku dan akhirnya menjatuhkan kualiti filem-filem mereka. Bagaikan dalam Magika, visualnya sangat-sangat cantik. 3D naga sangat meyakinkan dengan keindahan gambar. Cuma yang mungkin 'membunuh' filem itu adalah naratif cerita yang entah apa-apa dan pelakon serta pembawakan watak. Dalam filem Magika, aku hampir menyangkakan ianya sebuah filem fantasi epik seperti Narnia, Alice in Wonderland ataupun Harry Potter. Tapi rupa-rupanya ia adalah filem muzikal yang kehilangan arah tuju; seolah-olah fantasi yang tanpa landasan, pengembaraan yang tak bermanfaat. Kan elok, kualiti sebegitu dilakarkan bagi naratif yang lebih serius; yang mana watak Ayu dan Malik nampak hebat menempuh cabaran untuk menyelamatkan diri selain daripada menyanyi-nyanyi macam orang tak betul mentalnya dan menidakkan unsur-unsur serius. Ermm, mungkin benar itu adalah fantasi. Tapi tak perlulah fantasi dengan sebegitu hodoh. Nightmare Before Christmas juga fantasi dan muzikal, tapi tetap tampak indah kan walaupun ianya satira gelap ;-) Itulah masalahnya dengan pembaziran yang dicurahkan oleh kepakaran KRU, yang sepatutnya tidak berlaku. Penonton sepatutnya kagum dengan kecanggihan KRU dan bukannya keluar panggung dengan ayat-ayat yang sebegini "Ekk elehh, harap efek saja hebat tapi citer cam hampeh!!"
![]() |
Efek +Mood +Content = Completo. Legend! |
Tapi bukan mudah nak puaskan semua orang, betul tak?
Hehe. Rasanya cukup kot hujahan aku tentang HMM, nanti orang benci plak bila aku membebel lebih-lebih tentang filem kebanggaan negara. Bukannya apa, sayang... Filem seperti HMM sepatutnya lebih hebat, melebihi jangkaan aku dan bukannya mengiyakan tujahan-tujahan pesimis aku dengan klise-klisenya filem KRU. Sedih la beb. Aku sangat menghormati hasil usaha KRU tapi aku juga tidak boleh menafikan kebenaran filem-filem mereka yang agak-agak ke laut perginya... Mungkin di masa hadapan KRU dapat menghasilkan filem-filem yang lebih baik.
Tapi honestly, aku respect kesungguhan KRU dalam menghasilkan HMM.
Oh, aku ada menonton trailer filem KRU selepas HMM ni iaitu Karak. Filem seram. Melalui trailernya memang tercabut bulu roma aku. Sangat-sangat memancutkan adrenalin ketakutan aku. Hehe tapi ketakutan tu tetap juga tak mampu mengatasi kegusaran aku seandainya filem KRU ini juga adalah hasil 'gagal' seperti HMM; melalui permasalah utama iaitu klise. Ermm... walau bagaimanapun, intuisi aku mengatakan filem seram ini adalah lain daripada filem-filem seram David Teoh dan Yusof Haslam. Dengan kata lain, mungkin agaknya lebih baik... Ermm... Agak-agak je. Nanti-nantilah kalau aku punya keberanian untuk mereviu filem ini nanti Hehe.
![]() |
Poster filem Karak (2011) & trailer. |
FR: Masih tetap mengagumi filem Puteri Gunung Ledang [2004], walaupun kebanyakan orang dan cerdik-pandai kata filem ini gagal & merugikan negara. Well, aku suka keindahan dan kecantikkan dalam filem ini. Maksud cinta juga sangat-sangat sampai dan mendalam hingga ke lubuk dasar hati aku... Itulah rasa yang sentiasa aku cari-cari dalam filem tontonan aku. [senyum]