Wednesday, January 19, 2011

Kelakar-Seram-nya Filem 'Khurafat' (2011)

Baru je sekejap tadi aku dan adik aku menonton citer 'Khurafat' di panggung wayang GSC Queensbay Mall, Penang. Dah lama rasanya aku tak menonton wayang gambar Melayu, terutamanya citer seram. Sebab sejujurnya aku ni penakut sket hehe. Last filem seram yg aku tonton adalah filem 'Congkak' pada tahun 2008. Ermm... Lama jugak tu aku meninggalkan arena tontonan filem2 tempatan. Mungkin kekecewaan sebelum ini masih tak terubat kerana filem2 tempatan sememangnya 'merugikan' berbanding filem2 dari luar. Inilah kenyataan, usahlah nak disanggah. Kalaupun nak kata aku tak menyokong filem tempatan, mungkin itu perspektif masing2. Ambillah cara mudah, kalau sajian tempatan tak cukup rempah & sajian luar yg lebih lazat, kenapa masih nak nafikan realiti? Tak cukup patriotik...? Ermm... Mungkin sepatutnya lebih memandang kepada realistik ;-)

Poster Filem 'Khurafat'

Okay. Berbalik kepada citer 'Khurafat', aku sengaja mencabar diri aku dan adik aku sekali [hehe] utk tgk citer seram; yg dikatakan filem terseram tahun 2011 dan mendapat kritikan2 yg bagus2 daripada media. Termasuklah dalam Melodi 16/01/2011, siap paparkan reaksi penonton yg rata2 terkujat, terjerit, terlompat... Dan tak kurang juga desas-desus drp kawan2 aku ttg betapa seramnya filem ni. Katanya sampai ada penonton keluar panggung sbb tak tahan dengan citer yg sungguh menyeramkan ini. Hehe ini sudah menimbulkan rasa cuak di hati aku. Walaupun dah bersedia zahir & batin, tapi sifat2 ketakutan tu tetap terserlah hehe. Dan hasilnya??? Aku dan adik aku hanya mampu ketawa berdekah2 dr dlm panggung sampailah ke parking kereta. Kenapa? Biar aku ceritakan sket pasal citer yg kononnya seram itu. [Warning!: Spoiler bg sesiapa yg masih belum menonton ;-)]

- Sinopsis: Johan (Syamsul Yusof) telah meninggalkan Anna (Sabrina Ali) untuk berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmay). Sejak berkahwin, Johan dan Aishah selalu diganggu oleh makhluk halus. Keadaan lebih membimbangkan apabila Anna masih meruntuk cinta Johan dan akhirnya membunuh diri kerana kecewa dengan perkahwinan Johan. 

- Kalau korang pernah menonton filem2 Yusof Haslam semasa era Sembilu, Maria Mariana etc dan filem2 arahan Syamsul Yusof juga, pastinya 'Khurafat' mempunyai elemen2 teknikal & sinematografi yg sgt2 klise. Ya, dan klise merupakan penyebab utama kenapa filem 'Khurafat' turut menjadi filem yg 'kelakar' sbb hampir kesemua babak boleh diramalkan. Yes! Dan ramalan itu menjadi kenyataan.

- Untuk mewujudkan elemen2 seram, teknik pencahayaan turut memainkan peranan. Cahaya yg suram dan minimum mampu menerbitkan unsur2 seram. Tapi itu dah sgt2 klise beb! Apakejadahnya dlm ofis Syamsul di hospital hanya ada 1 lampu??? Dan hospital sememangnya sungguh 'kedekut' dgn lampu??? Sangat tak 'make believe' dan hampir membuang unsur2 realiti. Yes, cerita ini hanya fiksyen. Tapi bukankah, rasa realiti tu sepatutnya lebih terkesan dlm mewujudkan elemen2 seram?

- Fungsi audio juga boleh membunuh aspek2 suspen. Penggunaan audio spt " Jeng...jeng...jeng... Hantu dh nak keluar..." sgt2 klise. Dan penonton boleh jangkakan bahawa audio yg seram pasti akan wujudnya hantu. Filem ini berjaya mengaplikasikannya dgn baik. Walaupun elemen 'silent' berjaya juga mewujudkan suasana seram, tp kejutan2 yg berlaku sgt2 klise dan masih tak berjaya membuatkan pop corn aku untuk melantun ke udara kerana terkejut. Ermmm... kalaupun filem ni tanpa audio, pasti akan menjadi filem Sembilu yang 'menyeramkan' ;-)

- Tolonglah jgn buatkan hantu tu merangkak2. Mcm tgk citer Juon plak. Merangkak naik tangga, panjat tingkap... sgt2 klise lah.

- Lagi 1 kelakar; apabila Johan boleh plak mengusung mayat Anna masuk ke dalam hutan selepas van jenazah terjatuh dlm gaung akibat kemalangan. FYI, ada sorg lagi driver van itu. Namun ditinggalkan je oleh Johan. Malah dia bleh plak usung mayat Anna tu... Hehe paling kelakar bila penonton2 lain dlm panggung mengkritik: "apakejadahnya usung mayat masuk hutan???"

- Lokasi rumah mayat diulang 2 kali. Sgt2 klise. Lokasi yg sama seolah2 membuatkan filem ni sedikit bosan, sbb org leh jangka akan ada mayat bangun dlm bilik tu. Dan sekali lagi, ramalan itu benar belaka.

- Lokasi rumah Johan kat kampung adalah lokasi yg sama dalam filem 'Bintang Hati' lakonan Anuar Zain dan Amy Mastura. Penonton boleh je teringat kisah2 lucu dalam filem itu utk 'dikaitkan' dlm filem 'Khurafat' ni. ;-)

- Lagi klise bila kebanyakan babak seram ada hantu adalah MIMPI!!! Benci betul. Sgt2 klise lah.

- Bertambah2 kelakar apabila melihat gelagat penonton lain yang byk emosi. Haha ada yg merungut kenapa watak2 dalam filem 'buat mcm tu?' Dan ada penonton tutup muka menggunakan tisu. Tak kurang juga yg merungut2 nak kluar panggung dan dimarahi oleh kawannya; "Dah tau takut, kenapa kau nak tgk jugak?!" Jadi anda boleh tentukan sendiri kelompok yg mana anda akan duduk sebagai penonton filem ini hehe ;-)

Apa yang menarik dlm filem ni?
- Naratif nyer ada twist sket. Penonton tak dapat jangka ending dier camne. Menarik! Tapi rasanya kalau diperhalusi lagi elemen2 twist tu pasti akan lagi best. Contohnya mcm dalam filem 'Susuk'.

- Babak Johan terjaga dari koma dan akhirnya meninggal dunia agak menjadi. Disebabkan Johan sempat bertaubat, elemen ni sgt2 menyentuh hati. Seperti paparan Allah SWT Maha Pengasih & Penyayang terhadap dosa2 lampau Johan.

Secara keseluruhannya, byk lagi cerita yg boleh dikupas dalam filem 'Khurafat' ni. Aku jangkakan diri aku yg penakut ni sekurang2nya akan tersembur air Coke ke depan atau melambung Pop Corn ke udara kerana terkejut atau lain2 reaksi ketakutan yang akan membuatkan aku terpaksa bukak lagu Techno ketika nak tidur. Tapi kesemuanya meleset, sbb aku dan adik aku siap leh ketawa dan berbual2 dlm panggung. Jadi bagaimana? Anda sebagai penonton, tentukan sendiri ya.

Rasanya tak perlu kot aku bagi rating per/10, per/5 atau bintang ke hapa. Sebab bagi aku citer seram tak perlu begitu 'menakutkan'. Cukup sekadar mampu menarik perhatian. Agak menyedihkan kalau elemen seram seolah2 dipaksa untuk menjentik jiwa keresahan penonton, kerana kelazimannya, sesuatu yang terpaksa itu sangat-sangat 'non-genuine'. Dan akhirnya akan membunuh terus 'mood' penonton. 

FR: Menonton filem 'Khurafat' bagaikan menikmati Pop Corn sambil bersiar-siar di dalam panggung. [Senyum]