Friday, December 18, 2009

SuaTu MaSa, uNTuK KiTa


notakepala: tiba-tiba boleh muncul dalam kotak fikiran aku untuk menerbitkan sebuah lagi coretan draf novel; kesinambungan kepada draf novel yang pertama iaitu "persoalan di hati", kalau ada sesetengah orang yang pernah baca, pernah tahu dan pernah ingat kisahnya. *senyum* entah macam mana, desakan menulis tu bagaikan membuak-buak. idea datang mencurah-curah. mungkin setelah beberapa peristiwa yang berlaku menyebabkan penghabisan untuk draf novel pertama sebenarnya tidak begitu. malah, untuk draf kedua berikutnya, kisahnya menjadi yang lain pula. inilah rencana kehidupan... tidak semua akan berlaku seperti yang kita (manusia) harapkan. mungkin pada penghujungnya, ia akan menjadi sebaliknya...

# # # # # # #

Deru-deru ombak terngiang-ngiang di rona telinga Rez. Kedengaran juga suara kanak-kanak seronok, ketawa bermain air lautan yang menghempas pantai. Rez memandang jauh ke hadapan pandangannya; ke arah laut yang kian suram tatkala mentari sudah hampir-hampir menjejak horizonnya. Wajah Rez tenang. Berdiri seorang. Memandang sedalam-dalamnya ke alunan badai. Kadangkala hembusan bayu laut menyelesakan.

Datang seorang perempuan berdiri beberapa langkah di sebelah Rez. Turut memandang ke lautan. Perempuan yang mulus kulitnya, berbaju kurung hijau muda dan bertudung serba sopannya. Tidak pun masing-masing menoleh bersapa,memandang gerangan masing-masing. Hanya sepi mata merenung laut.

"Terima kasih." Berhenti ayat Rez di situ. "Terima kasih kerana masih sudi berjumpa."

Suasana diam seketika. "Terima kasih juga kerana masih ada ruang itu untuk Azie." Bicara Azie.

"Ruang ini akan sentiasa ada. Cuma keadaan yang tak sama."

"Ya. Semua benda akan berubah, Rez."

Rez hanya diam. Tersenyum seketika. "Semua benda pasti berubah, Azie. Terutamanya awak."

Azie pula yang tersenyum. Keadaan diam cuma. "Rez bahagia?"

Sedikit ketawa. "Bahagia? Ya, saya dah lama bahagia. Bahagia dengan apa yang saya ada sekarang."

Diam tak bersuara. Kemudian Azie juga ketawa kecil. "Awak masih tak boleh menipu dengan baik, Rez."

Rez berbalas senda. "Azie bahagia?"

Azie hanya diam. Dia menoleh ke belakang. Dan seraya menoleh ke arah laut kembali. "Mungkin. Itu yang Azie cari, dan ini yang Azie ketemu."

Masing-masing diam. Memandang sayup-sayup ke arah laut.

"Dia pasti boleh bahagiakan Azie." Rez mengulas kata. "Harap Azie begitu juga. Jangan lagi... Cukup-cukuplah Azie dah mematahkan hati lelaki-lelaki yang mendamba cinta Azie."

Azie hanya ketawa kecil. "Jangan salahkan mentari kerana panas bahangnya, Rez. Ini semua bukan percaturan kita. Tiada siapa yang inginkan akhirnya jadi begini."

Rez hanya diam tersenyum. "Selamat bertunang."

"Terima kasih." Ringkas.

Senja makin memunculkan dirinya. Mega jingga mulai menerangi langit, mengubah rona-rona warna alam. Azie memberi salam mengundurkan diri, menuju ke tebing atas pantai itu menemui seorang lelaki yang masih bersandar di dinding kereta putih miliknya. Dia hanya memandang ke arah Rez tanpa apa-apa riak wajah. Rez membalas pandangan lelaki itu dengan senyuman bersahaja, sebelum memandang kembali ke arah laut.

Rez hanya mengingati deruman enjin kereta yang terakhir meninggalkan arena pantai itu. Bunyi-bunyi ombak sekadar penyeri. Suara kanak-kanak berseronok sudah lama tiada.

Rez masih memandang laut. Hari makin gelap. Jiwanya lapang. Mengulit senyuman terakhir sebelum memandang terus ke langit...

# # # # # # #

~Hari ni dua kali ak bermimpikan si dia. Pertama aku menyelamatkan si dia dari perkara-perkara yang bakal memusnahkannya. Kedua bila aku cuba melarikan diri, si dia semakin hampir mengejarku... Apatah lagi dalam sedarku, si dia akan mengejutkan aku dari lena semula...~

notatangan~ aku masih mampu tersenyum memandang ke langit.

1 comment:

Anonymous said...

mcm ada kena mngena jer nie
hahahhaha