Wednesday, October 27, 2010

menyingkap tirai-tirai kenangan lalu...

salam untuk semua...

hehe xda la plak title post kali ni jiwang2 teramat. yerla, sejak akhir2 ni dlm bulan ni, byk sgt perbualan & kisah-kisah lama yg tersingkap semula, secara tidak sengaja. byk pulak kenangan sedih gembira yg bermain2 dlm ingatan, yg kdang2 makin dilupakan atau sengaja nak melupakan... mungkin dah menjangkau umur suku abad ni, maka setiap perbualan menjadi lbh matang, x perlu bersusah-payah nak berselindung; walaupun selama ni byk yg ambik kisah [rasanya laa..] tp x jumpa2 juga titik noktah. yup! mmg dulu aku byk berselindung semata2 xnak org tahu apa2 sahaja yg berlaku masa itu [kisah2 silam], tapi x sangka pulak dlm diam, byk jugakk yg terbongkar dlm fahaman sendiri2 saja...tp betulkah apa yg mereka rasa? hehe...biarlah menjadi persoalan di hati antara aku dan dia...

cak! no one ever knew what i've been through all these days... ;-)


semuanya bermula, bila 1 hari tu aku ym dgn salah sorg kawan aku. well, dulu mmg rapat. gila2 rapat... smpaikan dia leh pilih aku "melebihi" kekasihnya sendiri. waktu tu bleh plak clash semata2 kerana nak jaga hati aku. aduhaii...terharu sgt2. dan aku hargai sgt2 pengorbanan dia. tp bukanlah bermakna terus kami couple, tp masih tetap berkawan baik mcm biasa. cuma, aku pulak yg rasa bersalah. ermm...dulu mmg ada statement "antara kawan & kekasih, mana yg kau pilih dulu...adakah kawan yg bertahun2 kau kenali, atau kekasih yg baru sahaja kau nk mencintai?" tp mgkin skrg dh x relevan lagi. agaknya la... masa tu aku sgt2 marah bila member2 baik lbh pilihkan kekasih dr kwn2... maybe sbb time tu aku x pernah ada couple atau bercinta dengan sebenar2nya, maka semudahnya kuar statement mcm tu. tp bila dh mula merasa cinta, alahaii...termakan juga kata-kata... ermm...sbnrnya sukar juga membuat pilihan antara kawan & teman. tp aku mmg respek bila minah ni bleh pilih aku instead of bf dia sendiri, sbb dia lbh sygkan persahabatan aku...

berkawan leh beribu2, tp berkasih hanya 1... mana pilihanmu?


ehehe. xtahu la nk kata camne. poyoyo pun ada gak bila ckp2 bab2 yg mcm ni. tp inilah kenangan2 yg membentuk aku skrg ni...ermm..ntah la, dulu nak kata aku ni romeo sgt, x kot. xdanya aku pikat juliet2 kat sekolah, apatah lagi kuar date. buta cinta ada laa...dh la skema, x reti bergaul lak tu. hehe tp last2 ada gak yg simpan perasaan kat aku. well, kalau nk kata aku ni "dark angel" leh la kot...sbb ramai jugak yg dh aku patah2kan hati diorg. selamba je... heart-breaker gentlemen, buaya suci & beriman haha. tp nk wat camne, bila korg dh suka aku, bukannya leh aku nk halang kan. aku hargai sgt2 keikhlasan diorg, cuma mungkin masa tu aku pun ada simpan perasaan kat juliet yg lain. walau 100 org perempuan yg nakkan aku, mungkin aku menolak kerana aku suka pada sorg juliet yg x mungkin sukakan aku [agaknya laa..]. last2 in the end, smuanya melepas...! qarma beb, bila kau wat kat org lain, kompem benda yg sama akan dtg balik kat kau. xyah nk nafikan la, itu hukum alam. mungkin juga sbb aku ni kalau bab2 berkawan mmg sgt2 baik. ehemm...bukanlah nk puji diri sendiri, just bila berkawan2 ni, aku rasa diri aku sgt2 dihargai & kewujudan aku dipndang juga...sbb masa dulu2 keyakinan aku sgt2 goyah. nerd! right word, yeah! susah nk berkawan, pendiam dh la 1 hal [sampai skrg pun xda ubatt..huh!], introvert dll. tp bila dh start berkawan, aku sgt2 menjaga kwn2 aku, percaya 100%. mungkin sbb tu yg membuatkan kadang2 perempuan2 ni salah faham, bahawa caring aku ni kerana aku "cinta" kan mereka. yup! aku mmg cinta, tp sbg kawan... [dan mungkin aku juga sungguh2 mencinta, tp keliru dlm mmbuat pilihan...yup! i guess... this is really happened.] ermm...agaknya mmg itulah silap & salah aku kpd mereka. maaf ya... bila ada drp mereka yg skrg berani berterus-terang, terima kasih dari waktu itu hingga selamanya... menghargai aku, itu yg sgt2 membahagiakan aku. maafkan aku juga kerana x dpt membalas cinta kamu2 smua, tp aku tetap menghargainya... mungkin ALLAH SWT lebih mengetahui... [senyum].

Romero - baby romeo yg innocent...hehe


katanya sudah 8 tahun dia mengenali aku, dan andai dapat undurkan masa, dia nak kembali ke zaman sekolah2 dulu, yg mana smuanya seems to be happy2 je. x mcm skrg, smua dh bawak haluan sendiri, lbh2 lagi bila asyik2 nk berbalah, bergaduh dan bersilih pendapat... emm, aku kata kat dia, masa mmg xdpt nk putar kembali, beb! smua kenangan2 lalu mengajar kita utk jadi apa yg sepatutnya kita jd sekarang ni. apa2 saja pun boleh berubah, menjadi lebih dewasa. bukannya akan selama2nya menjadi budak2 lagi. mmg x nafikan dulu2 adalah zaman2 kegembiraan hingga susah-payah dewasa x terfikir langsung. mcm2 janji leh wat time tu; friends forever, everlasting love dll. tp bila dh lalui mcm2 benda, barulah tahu bahawasanya kehidupan x semestinya indah mcm tu selamanya. mcm2 cabaran & dugaan membentuk manusia menjadi lebih kuat atau sebaliknya, menjadikan manusia itu dalam posisi yang semacam ditentukan laluannya...walau apa yg terjadi, pandang saja ke depan. biarkan kenangan2 lalu menjadi kekuatan. bukannya xleh pandang langsung pada sejarah, cuma jangan pula jadikan ia sebagai tautan yang selamanya membelenggu perasaan. ermm...yg paling penting sekarang ni, bagaimana menyelesaikan keadaan sekarang. yup! itu sahaja yg mustahak buat masa ini. pilih jalan terbaik untuk kehidupan yang lebih membahagiakan... tiada sesiapa bertanggungjawab atas diri kita sendiri melainkan diri kita seadanya. jadi, jangan musnahkan kehidupan yang sedia ada demi org lain yg x semena-mena pun kepentingannya... [wink!]

hanya axl je yg leh undurkan masa... haha [best lagu nih!]


baru-baru ni gak aku bersembang2 ttg hal2 yg hampir sama dgn sorg lagi kwn aku. hehe... topiknya pun hampir sama, soal2 chenta2 zaman2 skool dolu2 tu... masing2 meneka2 jawapan, tp maybe xda satu pun terbongkar pun [haha..] tp ntahla... mcm yg aku kata sblm ni, byk juga yg ambik berat ttg apa yg aku lakukan masa skool dolu2, walaupun aku x perasan pun [or, mungkin perasan jugakk...tp saja2 wat x tahu sbb xnak spoilkan persahabatan] becoz time dolu2 kalau once u dh clash, makanya terputus smua hubungan yg slama ini terjalin, eventhough ianya bermula dr persahabatan yg elok2 saja. kejam kan? tp tu la hukum yg diwujudkan oleh manusia2 x matang hehe.

watpe la ssh2 nk pilih, kalau leh dpt kedua2nya kan kan?


ohya! thnks juga utk pembikin blog ini yg sudi dedicate her post ttg aku. terharu, beb! mcm mana la aku ni pun dijadikan bahan post hehe x sangka, walhal aku bukannya artis pun [gelak]. tp thnks ya dgn smua word tu, sgt2 sweet. dan ianya juga berkisar dgn kisah2 silam juga... hehe. hnggakan aku hampir terlupa pernah send benda2 yg sweet kat org lain, wording, gifts dll. hehe patutla smua org leh jatuh hati, mmg sweet pun aku time tu ahahah [perasan!]. tp yg best nyer, dpt title 'guardian angel'. mana nk dpt title tu beb! bukan smua kawan2 leh ucap kat kau sbg 'angel'. itulah antara penghargaan yg aku dapat, yg pada aku sgt2 besar utk aku pikul... ermm...but thnks ya sbb percayakan aku hingga ke tahap itu. just remember, sbenar2nya 'angel' adalah yg ada dlm diri kamu... aku hanyalah penunjuk jalan. mungkin akan terbang jua bila kamu x memerlukan lagi... ["when u do not want me, but u need me; then i would stay. but, when u want me, and no longer need me; then i will go.." - Nanny McPhee,2005]. hehe walaupun dlm blog tu, dia x membenarkan aku utk 'terbang' pergi sebagaimana yg berlaku masa aku form6 dolu2, tp tetap kena realistik. smuanya xkan bertahan lama juga. akan sampai masa, smua benda akan berubah. cuma buat masa sekarang, bersedia utk hadapi masa itu supaya xlah terlalu bersedih2 nnt [senyum]. tp insyaAllah, dgn keizinan Allah SWT, aku pasti sentiasa ada; dlm kenangan2 kamu ya...

why i have wings? becoz i may fly away... :-)


notaTangan: jangan pernah menyesal dengan kenangan2 lalu, kerana ia telah membentuk diri kita pada tika ini... tetapi kesal lah sikap2 & perbuatan2 kita sekarang kerana ia bakal membentu diri kita di masa akan datang... [senyum].

Friday, October 8, 2010

hargai& sayangi diri sendiri...

salam untuk semua.

masa aku sedang menulis post ni, ak baru saja balik dari melawat roomate yg skarng ni tgh terlantar di hospital. yeap! accident motor dgn kereta; antara penyebab utama penunggang & pembonceng motosikal patah kaki. ohya, kebetulan juga, roomate aku ni pun patah kaki- patah tulang peha. dgrnya mcm ngeri, tp syukur kepada Tuhan juga, lain2 bahagian xda masalah, cuma kat kaki tu je...

sengaja aku x letak gambar real, sbb ak sendiri pun naik lunyai tgk gmbar2 eksiden... nak ke jd camtu?


sbnrnya mmg salah dia pun. sbb langgar lampu merah kat area depan petronas ttdi jaya, then ada kereta dari sebelah kanan hentam dia directly kat peha, so mmg wajib sgt la area tu saja yg patah. aku nk citer bukannya pasal sapa salah, sapa betul. cuma bila dh accident tu nk jadi, sapa sebenarnya yg rugi? emm...nasib baik la, at least x effect kepala. well, bila dh kena kat peha, kemungkinan akan cacat (mostly) sbb akan jadi tempang. tp x smua kes la, kalau miracle, insyaAllah akan pulih seperti sedia kala. doa2kan. bahagian peha lak tu sgt2 kritikal, lebih2 lagi bila kawasan tu dekat dgn sistem2 badan yg penting... kalau x kena gayanya, leh hilang keupayaan berjalan. aish! mintak simpang la.

hospital is not always a good place to be...


aku gi tgk dia after 24 jam dia admit kat hospital. pembedahan success. masukkan besi kat tulang (jadi ironman la ko lepas ni), dan condition dia stabil (alhamduLillah...). ak tgk jahitan kemas, bersih, so aku agak dia dlm keadaan yg ok la kot. even leh melawak & bercakap yg bukan2 (like always, haha). just, bila dh jadi mcm tu, yang tanggung, diri sendiri jugakk... adui. lepas tu leh plak risau pasal moto dia, pasal brg2 dia: jam tangan??? aku pun sound la beb. brg2 tu bersepah2 leh cari, tp diri sendiri yg accident mana nk dapat ganti dahh...so x reti2 nk jaga diri? then leh plak dia menjawab: dia dh x yah risau, sbb benda dh nak jadi. so dia risaukan brg2 dia escpecially moto dia tu. adeh! suka hati kaulah!

mcm sesetengah org siap nak risau pasal material sana-sini, kereta kemik la, moto rosak la.. walhal keadaan diri supaya cepat sembuh & cepat recover xda plak dia ambik kisah. mmg ah brg2 tu mahal, tp rasanya mahal lagi kot diri sendiri. imagine, benda2 tu leh cari berlambak2 kat dunia ni, tapi keselematan & kesihatan diri,ada ke jual kat market???huhu...so lepas ni, manusia2 sekalian, lebih2 kan la jaga diri berbanding benda2 lain kat dunia ni... sbb xda sesiapa yang akan syg gila2 kat diri kita, melainkan diri kita sendiri...

ermm...ak teringat gak, ada pendapat; especially golongan yg kaya-meraban, menolak usul2 pemotoran. katanya, naik moto lagi bahaya dr naik keta,sbb tu diorg x encourage naik moto. bg anak smua terus naik keta. naik moto bahaya,sbb impaknya direct bila accident, sedangkan kalau keta ada protection, katanya. tp bg aku senang je, even ko jalan kaki g shopping pun leh accident kalau lintas jalan parking pun x tgk kanan-kiri, main belasah je...so pokok-pangkalnya, berhati2 dalam hidup, itu yg paling penting. xyah fikir naik keta, naik moto, naik lrt ke...kalau x hati2, xda gunanya. anda mengundang risiko tinggi untuk kemalangan.so, sendiri fikir, sendiri ingat, sendiri laa yg tanggung [senyum].

sayangi diri anda setiap hari... wink wink wink... =)


notatangan: "kerana dirimu begitu berharga"... iklan apa ntah ni? emm...dh lupa...