salam untuk semua.
masa aku sedang menulis post ni, ak baru saja balik dari melawat roomate yg skarng ni tgh terlantar di hospital. yeap! accident motor dgn kereta; antara penyebab utama penunggang & pembonceng motosikal patah kaki. ohya, kebetulan juga, roomate aku ni pun patah kaki- patah tulang peha. dgrnya mcm ngeri, tp syukur kepada Tuhan juga, lain2 bahagian xda masalah, cuma kat kaki tu je...
![]() |
sengaja aku x letak gambar real, sbb ak sendiri pun naik lunyai tgk gmbar2 eksiden... nak ke jd camtu? |
sbnrnya mmg salah dia pun. sbb langgar lampu merah kat area depan petronas ttdi jaya, then ada kereta dari sebelah kanan hentam dia directly kat peha, so mmg wajib sgt la area tu saja yg patah. aku nk citer bukannya pasal sapa salah, sapa betul. cuma bila dh accident tu nk jadi, sapa sebenarnya yg rugi? emm...nasib baik la, at least x effect kepala. well, bila dh kena kat peha, kemungkinan akan cacat (mostly) sbb akan jadi tempang. tp x smua kes la, kalau miracle, insyaAllah akan pulih seperti sedia kala. doa2kan. bahagian peha lak tu sgt2 kritikal, lebih2 lagi bila kawasan tu dekat dgn sistem2 badan yg penting... kalau x kena gayanya, leh hilang keupayaan berjalan. aish! mintak simpang la.
![]() |
hospital is not always a good place to be... |
aku gi tgk dia after 24 jam dia admit kat hospital. pembedahan success. masukkan besi kat tulang (jadi ironman la ko lepas ni), dan condition dia stabil (alhamduLillah...). ak tgk jahitan kemas, bersih, so aku agak dia dlm keadaan yg ok la kot. even leh melawak & bercakap yg bukan2 (like always, haha). just, bila dh jadi mcm tu, yang tanggung, diri sendiri jugakk... adui. lepas tu leh plak risau pasal moto dia, pasal brg2 dia: jam tangan??? aku pun sound la beb. brg2 tu bersepah2 leh cari, tp diri sendiri yg accident mana nk dapat ganti dahh...so x reti2 nk jaga diri? then leh plak dia menjawab: dia dh x yah risau, sbb benda dh nak jadi. so dia risaukan brg2 dia escpecially moto dia tu. adeh! suka hati kaulah!
mcm sesetengah org siap nak risau pasal material sana-sini, kereta kemik la, moto rosak la.. walhal keadaan diri supaya cepat sembuh & cepat recover xda plak dia ambik kisah. mmg ah brg2 tu mahal, tp rasanya mahal lagi kot diri sendiri. imagine, benda2 tu leh cari berlambak2 kat dunia ni, tapi keselematan & kesihatan diri,ada ke jual kat market???huhu...so lepas ni, manusia2 sekalian, lebih2 kan la jaga diri berbanding benda2 lain kat dunia ni... sbb xda sesiapa yang akan syg gila2 kat diri kita, melainkan diri kita sendiri...
ermm...ak teringat gak, ada pendapat; especially golongan yg kaya-meraban, menolak usul2 pemotoran. katanya, naik moto lagi bahaya dr naik keta,sbb tu diorg x encourage naik moto. bg anak smua terus naik keta. naik moto bahaya,sbb impaknya direct bila accident, sedangkan kalau keta ada protection, katanya. tp bg aku senang je, even ko jalan kaki g shopping pun leh accident kalau lintas jalan parking pun x tgk kanan-kiri, main belasah je...so pokok-pangkalnya, berhati2 dalam hidup, itu yg paling penting. xyah fikir naik keta, naik moto, naik lrt ke...kalau x hati2, xda gunanya. anda mengundang risiko tinggi untuk kemalangan.so, sendiri fikir, sendiri ingat, sendiri laa yg tanggung [senyum].
![]() |
sayangi diri anda setiap hari... wink wink wink... =) |
notatangan: "kerana dirimu begitu berharga"... iklan apa ntah ni? emm...dh lupa...
No comments:
Post a Comment