![]() |
Klik Untuk Maklumat Lanjut |
23 Jun 2012.
Yeayh! Esok ada buku percuma "Gerabak Merah Jambu" - Kamalia +1 Buku Pilihan Bulan Jun 2012. Maknanya ada dua (2) buku Free! Honestly, sesiapa yang melepaskan peluang ini secara sengaja, pasti sangat-sangat rugi.
Merah Jambu & KL Sentral.
Hanya pakai pakaian merah jambu & bawa keratan promosi seperti dalam gambar kat atas tu, sangat-sangat mengujakan. Menariknya, penebusan di KL Sentral pastinya membangkitkan latar cerita buku "Gerabak Merah Jambu" seperti skrin yang memaparkan pertemuan watak Ikhwan dan Sophia, di samping tempat lepak wajib untuk Ikhwan dan Zulaikha. KL Sentral juga adalah perhentian terakhir gerabak merah jambu. Satu lokasi, banyak intepretasi, banyak cerita yang tersembunyi.
![]() |
Mungkin di sini kisah "Gerabak Merah Jambu" berfungsi? |
Dan, jika bernasib baik, mungkin dapat melihat pengunjung-pengunjung berbaju merah jambu di samping keinginan mendapatkan buku ini; merupakan titik permulaan kelompok pembaca yang sangat-sangat mengujakan. Bagaimana agaknya bila melihat sisi orang lain yang punya persamaan- berpakaian merah jambu dan berkongsi keinginan yang sama (untuk mendalami khazanah buku ini)? Pasti sangat-sangat menarik. Jika Aku punya kesempatan, ingin Aku menyaksikan perkongsian manusia-manusia yang punya hala tuju yang sama. Merah jambu dan buku.
Maklumbalas Penulis.
Terima kasih untuk Penulis buku "Gerabak Merah Jambu" atas maklumbalas mengenai ulasan Aku terhadap bukunya. Beliau menjelaskan "Gerabak Merah Jambu" punya ending yang gembira, judul Si Manis 17 adalah bacaan umum; yakni tidak semestinya nombor 17 itu adalah faktor utama kelompok pembacaan. Dan watak Zulaikha pula ada kesinambungannya dalam edisi akan datang. Menarik!
Penyelesaian Yang Memuaskan.
Ingin juga Aku mengatakan happy ending adalah perkataan yang sangat klise. Orang mudah dan pantas 'menghukum' karya sebagai happy ending dan tanpa penamat yang mengujakan. Bagi Aku, "Gerabak Merah Jambu" ini lain. Bukannya happy ending. Ia adalah penamat yang memuaskan, penyelesaian sempurna. Tidak kiralah happy atau sad ending, setiap penamat punya rasa yang tersendiri dan berbeza. Bergantung kepada pembaca yang menilai dan memvisualkannya. Betul tak, Kamalia? Latar pembaca yang berbeza menjadikan perjalanan cerita yang tidak sama walaupun akhirnya, penamat adalah sama. Macam satu destinasi ke Kuala Lumpur; sama ada menggunakan kapal terbang, kapal laut, kereta mahupun motosikal, kesemuanya mempunyai kisah yang tersendiri. Namun, Kuala Lumpur tetap Kuala Lumpur. Suatu destinasi. *senyum*
Pendapat Aku Mengenai "Buku".
Berbeza dengan tablet dan media elektronik baru, buku adalah medium terbaik untuk mendalami cerita. Memegang tebalnya buku, menyelak helaian satu persatu dan menggunakan penanda buku- adalah feel yang takkan dapat melalui media baru zaman ini. Betul! Sebab itulah buku masih relevan, walaupun diasak teknologi tanpa arah tujuan. Melalui buku, pembaca hanya fokus pada ceritanya tanpa gangguan. Berbanding media baru, sambil-sambil baca boleh pula melayari laman Facebook dan Twitter. Kan itu menganggu pembacaan? Bila membaca satu persatu ayat dalam buku, kepala dan fikiran mula berimaginasi sepenuhnya. Baring di katil, membaca dengan penuh khusyuk dan meletakkan penanda buku pada helaian untuk disambung kemudian- adalah satu rasa yang asli. Meletakkan buku di sisi ketika lena diulit mimpi; adalah rasa yang tak sama dengan melayari tablet. Sungguh! Bila fikiran melayang, terpapar babak-babak penceritaan dalam fikiran, ia adalah satu perasaan yang mengujakan. Jadi, siapa kata buku bukan lagi medium yang relevan. Itu adalah fahaman yang sangat-sangat salah. Orang yang tak mengalami visualisasi ketika mata tertutup adalah sangat-sangat rugi!
Aku dan Merah Jambu.
HeHe. Banyak pandangan/ pendapat mengatakan orang lelaki tidak sesuai dengan warna merah jambu. Kerana itu adalah warna feminin- dan feminin berlawanan dengan maskulin. Jadi 'hukuman' ke atas lelaki yang memakai warna merah jambu adalah keperempuanan atau istilah paling manis, adalah pondan. Itu pandangan majoriti. Itu juga pandangan majmuk. Jadi, seberapa pantaskah Aku bersetuju? Pada pandangan Aku pulak, lelaki yang mengenakan merah jambu adalah berani. Ya. Kerana melawan skeptikal adalah berani. Itu betul. Berbeza dengan istilah keperempuanan- ia adalah sifat dan perlakuan, bukannya pewarnaan yang memainkan peranan. Jadi pastinya tidak wujud pun satu pernyataan lelaki memakai kemeja merah jambu adalah keperempuanan; kerana definasi pondan sendiri punya intepretasi yang mendalam. Aku tak perlu sentuh tentang itu. *senyum*
![]() |
Lelaki. Anda berani? |
Jadi Anda Berani?
KL Sentral. 23 Jun 2012 (Sabtu). 11 pagi. Warna merah jambu.
HCA : "...Kawan adalah hadiah kepada diri sendiri." - Gerabak Merah Jambu. Aku juga menyukai quote ini.