Monday, June 4, 2012

Sembang Filem: Men In Black III [2012]


Poster Men In Black III

Pada mulanya...
Pernah terdetik di hati Aku untuk menonton filem Men In Black III (MIB3), waktu trailernya menjengah pawagam awal tahun 2012. Namun, kebetulan filem The Avengers [2012] pun ditayangkan dalam musim yang sama; awal sedikit dari tarikh tayangan MIB3. Selepas menonton filem The Avengers, adrenalin Aku terasa puas. Tentunya selera Aku terhadap filem aksi +superpower dah dipenuhi oleh filem itu. Makanya, Aku berpandangan filem MIB3 tak perlu ditonton (& hanya tunggu siaran di Astro sahaja). Lagipun Aku berpendapat MIB3 agak klise- aksi lawan-lawan dengan alien.

Namun...
Strategi pemasaran MIB3 sangat bijak. Yang mana pada waktu itu prekuel Men In Black II [2002] sedang galak disiarkan di saluran Fox Movies Premium HD (Astro Ch433); membuatkan Aku tertanya-tanya tentang 'sambungan' kepada filem itu. Sungguh. Walaupun selepas hampir 10 tahun berlalu, rasa ingin tahu makin membuak-buka. Lebih-lebih lagi sebelum ini Aku tak pernah gagal menontonnya di pawagam. Makanya, Aku bertekad untuk menyaksikan MIB3 di pawagam! Full stop.

Sinopsis.
Ringkasan ceritanya agak mudah. Alien terlepas dari penjara. Alien balik ke masa lampau menggunakan 'Time Travel Device' untuk membunuh Agent K (Tommy Lee Jones). Agent K pada masa sekarang lenyap sebab dibunuh pada masa lalu oleh Alien. Agent J (Will Smith) pulang ke masa lampau juga untuk menyelamatkan Agent K... Mudah. Plot penceritaannya jelas. Jadi apa yang menariknya tentang filem ini?

Banyak Yang Best!
HaHaHa.. Senang cakap mungkin lebih baik daripada filem The Avengers. Serius! Di sini Aku senaraikan elemen-elemen yang menarik dalam MIB3.

Terbaekkk!!


[] Formula yang berjaya.
Siapa sangka gandingan watak orang tua berkulit putih dengan watak orang muda berkulit hitam adalah sangat-sangat berjaya? Maaf. Bukan maksud untuk jadi racist. Walaupun dalam MIB3 ada mengatakan tentang isu itu di zaman lewat 60an (diskriminasi kulit hitam). Namun, agak ganjil gandingan mereka menjadi- ada keserasian & jurang perbezaan itu dijadikan sangat-sangat harmoni.

Formula: Agent J + Agent K = Junior + Senior = Success!


Nilai persahabatan antara Agent K dan Agent J sangat-sangat priceless. Sungguh. Dan Aku merasakan keindahan persahabatan itu dan diterjemahkan dalam naskah MIB3. Menariknya, falsafah itu tidak dipaparkan secara mendalam. Secara bersahaja; penonton akan merasai sendiri. Itulah ajaibnya MIB3.

[] Merungkai persoalan Agent K.
Jika selama ini Aku tertanya-tanya kenapa Agent K sangat cool, dingin, 'susah nak senyum' & serius memanjang berbanding Agent J yang lebih gila-gila dalam kerjanya- Persoalan itu terjawab dalam MIB3. Okay. Puas hati Aku? HaHaHa. Sangat-sangat puas. Dan paling istimewa, penonton dipaparkan dengan sisi lain Agent K. Nak tahu? Kena tonton sendiri MIB3.

Lakonan Josh Brolin (Young Agent K) sangat konsisten dengan Tommy Lee Jones


[] Merungkai persoalan Agent J.
Sebenarnya selama prekuel filem-filem MIB sebelum ini, semuanya telah direncana sebaik-baiknya oleh Agent K. Persoalan-persoalan bagaimana Agent K merekrut Agent J, perkaitan antara Bapa Agent J dengan Agent K... Dan yang paling syahdu, bagaimana perhubungan Agent K dengan Agent J semasa masih kanak-kanak? HeHeHe. Di sini Aku agak sentimental. Suatu hubungan persahabatan itu diukir cantik dalam filem MIB3 ini. Tak perlu nak menangis semahu-mahunya untuk menunjukkan kesyahduan, cukup sekadar bersahaja, itulah istimewanya MIB3.

"Dude! Ko cakap tentang aku ke?..."

[] Ada 'Emma Thompson'!!!
HaHaHa. Yang ini adalah pendapat peribadi Aku. Sebab Aku suka menonton filem Nanny McPhee [2005], sebuah karya Emma Thompson- dan beliau berlakon sendiri sebagai Nanny McPhee dalam filem tu. Okay. Berbalik kepada MIB3, Emma Thompson berlakon sebagai Agent O, menggantikan Ketua MIB, iaitu Agent Z yang meninggal dunia. Menariknya adalah perhubungan cinta antara Agent K dan Agent O secara diam-diam. Nilai-nilai romantik antara mereka yang dibawa secara bersahaja. Dan Aku sangat-sangat suka ungkapan: "Jangan bertanya jika anda sendiri tak bersedia untuk jawapannya.." Simbolik.

Emma Thompson. Gambar Kanan: Watak Nanny McPhee


[] Kemanusiaan.
Ya. Ini isu yang agak berat dan serius untuk diperkatakan. Paling terkesan yang mana pada zaman ini kemanusiaan hampir-hampir pupus & hampir tiada 'harapan'. Isu ini diulas dalam filem MIB3. Apabila watak Griffin (puak Alien baik; yang punya kesaktian meramal masa depan & macam 'malaikat') sedaya upaya cuba menyelamatkan 'harapan' manusia dan bumi. Griffin sangat-sangat yakin dengan kemanusiaan, lebih-lebih lagi hanya dia seorang yang masih wujud dari kepupusan puaknya. Aku gemarkan senyuman keyakinan dan 'harapan' Griffin, walaupun dalam 'kemusnahan' yang makin menggila dan 'kesusahan' yang dialaminya. Seolah-olah dia mewakili hasrat manusia untuk keamanan, dan terpulang kepada manusia itu sendiri untuk mencorak masa hadapan- supaya lebih baik atau sebaliknya.

Agak tertarik dengan ungkapan Griffin tentang 'Kejujuran' walaupun pahitnya kenyataan.


Okay. Itulah lima (5) elemen yang menarik dalam MIB3; pada pandangan Aku. Lain-lain pendapat mungkin berbeza; sebab setiap orang punya kehidupan dan sudut pandangan yang tersendiri. Bagi Aku, MIB3 bukan setakat perang-perang Alien, namun lebih kepada soal persahabatan dan kemanusiaan. Itu yang Aku cari-cari selama ini. *senyum*

Secara keseluruhannya, Aku menyukai MIB3 lebih sikit dari The Avengers. Filem-filem ini adalah juara dalam arena dan kelas mereka yang tersendiri. Dan mungkin akan menjadi antara koleksi kegemaran aku. Mungkin.

HCA: Ohya! Satu lagi perkara yang best tentang MIB3 adalah Soundtrack. Daripada Pitbull - Back In Time. Aku memang peminat Pitbull. Enjoy!



Sumber Rujukan : IMDB


No comments: