Friday, June 26, 2009

BeRDaKWaH CaRa BiJaK

"Islam itu indah andai tahu di mana keindahannya..."

Baru2 ni ak berkesempatan untuk solat Jumaat kat 1 masjid area Gelugor, Penang. Since ak kuaq ngan my Dad & my little Bro, so kitorg singgah kat situ before sambung our day out kat shopping mall. Actually, kami agak alienated sbb masjid tu agak lama and x begitu familiar. Yeap, sejujurnya ak cakap, skrg ni byk masjid2 moden yg lebih selesa, also known as 'masjid kerajaan'. Berbanding masjid2 yg agak 'ketinggalan', seems to be discriminate as 'masjid pembangkang'. Ak x tahu kenapa, sbb this is the truth! X payah la nk nafikan, time ak blajar kat Jitra, Kedah dulu mmg ada perbezaan antara kedua2 'jenis' masjid yg semacam ni. Tp ak leh trace masjid 'pembangkang' sbb 1 hari tu pakcik bas Polimas bawak kitorg gi 1 masjid pedalaman; yg leh plak ada bazar jualan spt vcd2 pembangkang. Siap leh pasang lagik vcd ceramah tu eventhough dlm masjid pun dok sibuk ngan khutbah. Ngeri siot, sbb ak rasa mcm masuk dlm kawasan puak Islam Syiah & Sunnah plak. X tahu la sebab-musabab kenapa sampai ke situ pulak mentaliti org Islam tempatan, benda2 yg kecik2 pun bleh jadik kes utk berpuak2, sebijik mcm zaman Jahiliah!

Berbalik kpd citer asal (aish! ak ni ska melalut betul...Hehe yerla, nk citerkan pengalaman dolu2 yg agak sinonim ngan citer ni). Since masjid yg ak pegi tu ramai org, ak rasa sbb hnya satu2nya masjid kat area situ, maka ak amik keputusan utk duduk je kat luar masjid sambil dgr khutbah. Ak pun x rasa sgt nk masuk dalam (walaupun boleh nak menyempit2), tp oleh sbb iman ak yg mmg x sebanyak mana dgn amalan yg x seberapa (yes, ak akui kelemahan ak tu), maka ada baiknya bagi je ruang yg ada utk org2 yg lebih layak beramal di sisi Allah SWT. Ak yg kerdil ni biarlah di pinggiran saja, namun halwa khutbah masih jelas ke telinga =)

Duduk kat luar pun banyak benda yg boleh ak lihat. Memerhati tingkah manusia sambil memuhasabah juga 1 ibadat. Yang paling menarik perhatian ak adalah segolongan wanita yang tampak daif (walaupun ak kurang percaya kedaifan mereka itu, kerana sgt2 klise dgn imej yg x seikhlas mana). Mereka membawa anak2 kecil yang selekeh dan x terurus sambil2 mengeluarkan bekas plastik utk meminta sedekah. Ak lihat kudrat wanita2 itu sgt cukup sifat. Anak2 mereka yg pelbagai usia sehingga umur belasan tahun pun ada; bermain2 di luar tnpa kawalan mereka. Ak terfikir. Meminta sedekah di masjid, namun tidak mendidik anak2 supaya ke masjid dan mendengar khutbah. Ibu2 ni juga boleh bersembang sesama sendiri sedangkan mereka boleh bertafakur seandainya ikhlas hati mereka kerana kedaifan Lillahi Taala. Ada juga anak2 mereka yg bertudung, tapi sekadar rambut terjulur ke luar di belakang, persis ekor kuda yang berwarna perang. Ada pulak duit utk dye rambut, kan?

Ak hanya memerhati sambil menggeleng2kan kepala. Mereka ini x ubah seperti manusia2 yang 'butuh'kan wang utk hidup melalui jalan2 mudah tanpa perlu usaha keras. Menjadi manusia2 hina yang meruntun kasihan org lain sedangkan Tuhan dh bagi cukup sifat kalau nak dibandingkan dgn org cacat. Ak bukanlah pemilih utk memberi sedekah, tapi sekurang2nya bila ak tahu ianya tidak setimpal dgn 'kelayakan' mereka, maka huluran tangan ak menjadi tidak ikhlas. Lebih baik batalkan saja niat ak tu. Simpan sedekah yang ada utk mereka yg lebih memerlukan daripada anasir2 kepura2an sebegini. Ak masih teringat, ada antara pengemis yang siap bergincu dan bersolek, tp tetap nk minta sedekah. Malah ada juga yg merokok. Ak terfikir, ke mana arahnya sedekah ak tu? Adakah membantu mereka utk menjadi lebih jahil? Biarlah Yang Maha Kuasa menentukannya...

Melihat manusia x bererti ak terleka dgn khutbah. Tuhan bagi sepasang telinga dan sepasang mata, maka gunakanlah fungsi itu sebaik2nya. Dalam ak menyaksikan kejahilan manusia secara terang2an, x ku sangka dlm dakwah khutbah itu juga ada jahilnya. Yang pada ak sgt2 memualkan kerana... Emm, kat bawah ni ak senaraikan antara isi2 khutbah yg ak rasa sgt2 tidak bijak dan sgt2 konservatif:

1) Khatib bercakap ttg org Islam yg menyokong produk2 Israel dan Amerika. Dia menuduh sesiapa yg membeli barangan kafir itu akan menyumbang kepada kemusnahan org Islam terutamanya di Iraq. Kes berkaitan adalah pembunuhan di Thailand. Khatib berapi2 menentang sambil menganjurkan org Islam supaya berjihad.
Pandangan ak: Berjayakah pemboikotan itu? Persoalannya, berubahkan insiden serangan Amerika dan Israel kepada Iraq walaupun semua org boikot 100%? Bukanlah ak menentang boikot tersebut, cuma ak prihatin kepada keberkesanannya. Setiap org diberi pilihan sama ada boikot atau tidak, terpulanglah pada masing2 mengikut kesedaran diri. Bukan melalui 'paksaan' dan melabel org2 yg x sokong sebagai munafik. Itu lagi sesat namanya. Manusia x berhak menghukum manusia melainkan melalui jalan Allah SWT.
Mengapa Allah SWT yang sgt berkuasa membiarkan umatnya diserang sedemikian? Bukankah Allah SWT Yang Maha Berkuasa boleh menghalang? Ingin ak usulkan, JANGAN mempersoalkan tugas2 Allah SWT yg manusia xkan tercapai akal mereka. Lihatlah, dlm Iraq sendiri pun org islam berpecah-belah; wujudnya puak2 yg akhirnya memusnahkan negara mereka sendiri. Bukankah ini pengajaran yg Allah SWT dh tunjukkan, hukuman bagi mereka yg memecah-belahkan umat Islam. Sedangkan dalam sejarah pun tertulis melalui Al-Quran, sesuatu bangsa tu ditenggelamkan dalam azab kerana mereka telah memusnahkan diri mereka sendiri. Bukankah ini hukum yg setimpal? Kita hanya mampu berdoa kesejahteraan mereka, bukannya terus menganjurkan perang dgn alasan berjihad. Sesuatu yg berlaku itu bersebab. Allah SWT Maha Mengetahui. Jadi jangan pula manusia menjatuhkan hukum sendiri.

2) Khatib: Org kita p Tesco beli barang2 Israel. Sokong Israel!
Ak: Siot betul! Terasa ak sampai ke sum2 tulang! Sbb ak mmg selalu shopping kat Tesco. Mudah sungguh beliau melabelkan org dgn tuduhan sebegitu. Cuba bgtau mana2 lagi shopping mall yg ada jual brg selain brg Israel? Ak beli pun bukannya dgn niat nk sokong Israel pun, ak beli barang sbb ak nak GUNA PAKAI! Ak rasa xda sapa2 pun yg beli brg sbb dgn niat nak sokong orang itu orang ini. Ak beli barang sbb murah, berbaloi dan untuk teruskan hidup. Benda ni pun salah ka? Alternatif lain? Cuba senaraikan beberapa alternatif yg wujud sesuai dgn kehidupan ak?

3) Khatib: Belilah barangan tempatan Islam walaupun x berkualiti, daripada membeli barangan Israel yg berkualiti.
Ak: Yang ni membuatkan ak ketawa gila2 dlm hati. Sebabnya mana ada org yg nk beli barangan yg x berkualiti. Walaupun barangan tu adalah keluaran Muslim, kalau x berkualiti, mengapalah nk membazir duit utk beli. Itulah... Jangan kerana 'sokongan', jadi membuta tuli. X tahu nilai kualiti yang akhirnya memakan diri. Emm... nk tanya jugak la, adakah barangan Muslim tu 100% bebas produk Israel? Agaknya mesin tu dibeli di mana, komponen tu buatan mana, atau tepung tu diproduk di mana, atau sekurangnya besi kat mesin tu dihasilkan oleh siapa? 100% bebas Israel? Face the reality that u cannot avoid it. Emm... nk tanya juga, busana Khatib tu adakah 100% bebas Israel? Agak2nya benang tu dihasilkan kat negara mana? Kaler baju lak dari siapa? Haha... still nk fikir bebas Israel?

4) Khatib: Perangi kafir!!!
Ak: Teruja dgn semangat beliau yg berkobar2 tu. Kan bagus kalau semangat mcm tu disalurkan ke jalan yg betul. Malangnya, beliau seolah2 menganjurkan kepada 'peperangan' melawan kafir. Ak sama sekali tak bersetuju dgn sentimen yg mcm tu. Bukanlah bermaksud Islam perlu pasif, cuma jangan jadikan peperangan sebagai penyelesaian yg mutlak. Ak masih berfikir andainya masih ada jalan lain yg boleh menoktahkan persengketaan tu, seandainya Islam itu indah dan lemah-lembut, pastinya kafir juga akan tertarik utk memeluk agama Islam. Emm... ak masih berharap adanya perkara sebegitu, kerana ak tetap percaya api lawannya air...

5) Khatib: Kita dipengaruhi oleh Amerika sehingga mengagung2kan mereka. Melalui filem2 mereka; hingga kita taksub bahawa Amerika mampu menyelamatkan dunia dari makhluk asing.
Ak: Haha yg ni ak mmg sgt2 nk tergelak. Tp kerana hormatkan khutbah, gelak dlm hati saja la =) Apa yg ak boleh katakan, x sangka Tuan Khatib boleh 'terpesong' dgn kepercayaan bahawa Amerika tu kuat hanya melalui saluran filem??? Sedangkan filem tu sememangnya fiksyen, apatah lagi sebagai saluran propaganda Amerika. Haruskah diterangkan lagi? X sangka lak, Tuan Khatib boleh 'percaya' dgn dakyah tu. Alahai... Filem hanyalah satu karya melalui imaginasi sang pembikinnya. Apatah lagi ia terjemahan kepada skrip yang ditulis... Ak pasti kalau betul2 Tuan Khatib 'taksub', agak2nya Cicakman pun disangka hidup. Dan ak akan ketuk kepala ke dinding kalau ianya menjadi realiti sebab Cicakman sangat2 la 'hero' Malaysia. Haha yang pasti ak akan ketuk dulu dahi Tuan Khatib sbb percaya Cicakman mmg wujud...*devilish laugh!

So, mcm dh byk pulak dosa yg ak buat sejak berada dalam persekitaran yg mcm tu, lebih2 lagi watak ak menjadi sgt2 jahat dgn 'bercakap' ttg isu yg amat sensitif yakni agama. Emm... Ak mmg lah x sebaik mana pun. Hnya melihat kepincangan dlm intitusi keagamaan yg ak sanjung, mmbuatkan ak xleh dok diam saja. Jahat hati ak mengatakannya, namun jahat lagi mereka yg mencemar kesucian agama secara terang2an, dan akibatnya membodohkan diri sendiri.

Khutbah tu mmg lama. Lama giler sampaikan ak rasa kasihan dkt pekerja2 yg break utk solat, sbb diorg kena kejar masa. Yeap, ak tahu andai yg mengatakan perbandingan antara masa di dunia dgn ibadat manusia utk akhirat. Cuma pihak2 tertentu kena la consider keperluan manusia utk hidup dalam meneruskan tugas serta tanggungjawab. Emm...Tahu tak kenapa dalam Islam tidak menggalakkan Tuan Imam membaca surah panjang2 dalam Solat? Sbb takut Makmum yg uzur x dpt berdiri lama2 dlm saf... Tahu xpa!

Lepas selesai smuanya, ak duduk berbincang dgn My Father ttg soal ni. Dia juga agak terkilan dgn insiden kat masjid tu, sama ada org lain menyedarinya ataupun tidak. Memahami niat Tuan Khatib dalam menegakkan Islam adalah bagus, cuma niat tidak menghalalkan cara seandainya perlakuan yg dibuat itu jelas menunjukkan kelemahan dia. Malang sekali jika perbuatan itu terus mencemari kesucian agama Islam. Ia sangat2 tak boleh diterima dalam pertimbangan.

Dalam kereta, ak terfikir. Berdosakah jika ak membeli-belah di Tesco selepas ini? Hemm... ada jawapan tanpa penyelesaian. Bak kata2 yang masih terngiang2 di kepala;
Yang berguru biar berakal, Yang menurut biar pintar =)

TiMBaNG TiNGGi-TiNGGi

"mesin timbang orang"

Tgh ak update my wallet, tiba2 ak terjumpa sekeping kertas ni. Kertas yg tertulis beberapa nombor & butir2 tertentu. Eh, hallo... Bukan kertas no ekor okay! Ak mn la layan benda2 haram tu melainkan disahkan halal oleh Jakim hehe. Kertas tu adalah print-out dr mesin timbang kat Tesco Penang, yang mana baru2 ni ak g sana ngan my Mom utk shopping.

Emm... Dh lama ak x ukur berat & tinggi ak. Teringin plak nk try. Hehe kalau org lain especially gurls kompem dh takut2. Nk tahu kenapa, kena la tnya diorg sendirik. Then, masuk 20sen terus naik atas platform dia. Nervous & teruja gak nk tahu perkembangan fizikal sendiri. Just for a record =)

Date: 16/6/09
Time: 11:54am
Weight: 53.0 kg *wahhh... ringannya ak. Haha berat model2 bukan around 50kg gak ke?*ayat penyedap hati kuikuikui*
Height: 176.0cm *emm... mcm teringat dolu2 baru 170cm. Haha tinggi model bukan around 170cm gak ke?*still nk sedapkan hati gak Haha*
Your BMI: 17.1
Normal BMI Range: 19.25 *cis! kiranya ak x normal ke? nnt ak hack mesin ni kang, ak upload virus banyak2 Haha*gelak evil!*
Your Ideal Weight: 58.9 - 77.4kg

Kesimpulan: Semua data under estimated. Cis! Adakah bermakna ak x cukup zat? Cilaka tul, kena makan banyak lagi la jawabnya. Huhu tp dh takdir ak The Slim Shady, so nk wat mcm mana. Bersyukur je la ngan Maha Esa. Janji ak sihat walafiat!

Lain2 perlu ke nk merungut lagi? AlhamduLillah...

Wednesday, June 17, 2009

NoT THe FauLT THaT i SeeK, oNLY SoLuTioN THaT i WaNT...

"Daddy yg tetap bajet handsome... Baby jgn marah arr..."

Sebenarnya dh lama Daddy mengikuti perkembangan tulisan Baby dlm blog tu. Dan dh lama juga Daddy asyik ketawa berdekah2 sbb tulisan Baby x ubah seperti tulisan kanak-kanak level tadika yang penuh warna-warni bak krayon yg selalu Baby conteng kat dinding tu. Namun Daddy tetap gembira dan berbangga sbb Baby berani meluahkan pendapat dan pendirian Baby, menunjukkan Baby dh makin dewasa dlm menempuh kehidupan yg fana ini; selain masih x mampu membuang sifat keanak2an dan berfantasi dengan karakter2 Doraemon.

Mmg Daddy akui apa yg dikatakan Baby ada benarnya. Dan Daddy nk minta maaf kiranya teguran Daddy dahulu agak kasar dan berterus-terang kerana bagi Daddy, lebih elok jika maksud itu sampai terus ke pengetahuan daripada ianya menjadi ajaran yg tidak kesampaian. Bukan niat Daddy nk mengeruhkan situasi, cuma Daddy nk mencari penyelesaian kepada isu2 yg berbangkit. Daddy tak mahu menuding jari menuduh siapa2 yg salah & siapa2 betul; cuma apa yg Daddy hendak adalah jalan penyudah bagi kesemuanya.

Pertama sekali Daddy nk katakan ttg isu "mak turut". Maafkan Daddy andai gelaran itu agak kasar dan melukakan Baby. Daddy tahu its hurt. Tp Baby..., hurt is a taste of feeling. Rasa sakit juga adalah 1 kebaikan yang mana bila manusia rasa sakit, dia akan lbh berhati2 selepas itu. Jgn sesekali mnyesal dgn rasa sakit, kerana sakit itulah yang akan mengajar manusia supaya tahu yang mana salah dan yang mana betul. Kalau xda rasa sakit, pastinya manusia akan terus-menerus melukakan diri sendiri dan org lain. Dalam kes ini, Daddy nak huraikan ttg perkataan Daddy itu supaya Baby sedar akan situasi yang berlaku. Kalaupun Baby sendiri x nampak, org lain yg melihat dan menyaksikannya, pasti jua akan sedar akan kekhilafan itu.

Mungkin betul kata Baby "kapal sahabat" perlu dijaga. Tapi seandainya banyak nakhoda, ke manakah pula arah tujunya? Apatah lagi bila nakhoda2 itu menggunakan kompas yang rosak, adakah tidak berguna anak2 kapal yg lain? Mungkin anak2 kapal mempunyai penyelesaian mengikut angin dan langit? Apa yg Daddy nak terangkan di sini adalah apakah Baby rela kapal berlayar tanpa arah, apatah lagi jika layarnya yg sudah rosak? Menjaga kapal perlu kerjasama (mcm dlm Wonderpets tu... kartun kesukaan Baby). Tapi kalau Baby sahaja yang asyik menjaganya, apakah adil kalaupun teraju berputar2 tanpa arah tuju? Toleransi itu penting. Daddy anggap kalau sama2 berusaha membaiki kapal yang bocor, di samping bergilir2 memacu layar, pasti kapal akan sampai ke destinasi dengan lebih berjaya dan lancar. Bukankah begitu?

Namun, Daddy tetap berbangga Baby berani mengatakan maaf. Sebenarnya utk Daddy, tiada siapa2 pun yg bersalah. Semuanya bertanggungjawab dengan peranan masing2. Cuma terlalai dan terleka dengan tanggungjawab membuatkan "permainan" ini terjadi sedikit kucar-kacir. Tapi kita dh hadapi dan temui jalan penyelesaiannya, kan? Yang lepas itu biarlah jadi kenangan yang terindah, walaupun penuh luka. Tapi sakit luka itulah yang menjadikan kita lebih sedar akan "benda yang berlaku". Dan hal ini menjadikan kita lebih matang...

Tujuan Daddy mengulas di sini bukanlah hendak memanjangkan isu berkenaan. Apatah lagi nak merenjis air limau di luka sesiapa pun. Bagi Daddy, kalaupun ada simpulan kekusutan di tali persahabatan, andai sedikit2 kita uraikan, pasti akan terlerai juga; menjadi seutas tali yang sepanjang2nya. Dan tali itu akan kuat mengikat rakan2 Baby menjadi 1 persahabatan yang tanpa kekusutan lagi.

Dalam Daddy membelek2 alam maya ini, Daddy terserempak dgn kata2 terucap:
"nape ek ? balik2 stiap bnda kita buat kna jga hati dan perasaan org lain,hati dan perasaan kita sndiri ade diaorg ambik kisah..."
Daddy hanya senyum. Entahlah utk Baby, sama ada Baby faham istilahnya. Sedangkan Daddy hanya menyangka, andai ucapan itu terlayang utk Daddy; Daddy masih menganggap seandainya... Maka, Daddy akan rasa rendah diri dan menjawab soalan itu. Kerana bagi Daddy ianya adalah bentuk soalan yang perlukan jawapan. Dan jawapan Daddy senang saja, manusia itu perlu menjaga hati orang lain terlebih dahulu sebelum dia hendakkan hatinya terjaga kembali. Kerana jika dia hanya menjaga hati sendiri tanpa memperdulikan hati orang lain; seandainya semua orang berfikiran serupa, maka ia tidak ke mana-mana dan pasti orang lain xkan menjaga hati dia juga. Benda ni bagi Daddy mcm roda, kalau manusia itu menjaga hati org lain, org lain lain akan menjaga hati org lain, dan benda ni akan sentiasa berterusan. Dan akhirnya Daddy percaya benda yang baik pasti akan terbalas dengan yang baik juga. Kalaupun tidak setimpal seperti yang manusia itu inginkan, maka berbalik pada Tuhan Yang Maha Esa, bahawa Dia menyediakan benda lain yang lebih baik dari itu untuk manusia tersebut. Tak salah pun berkongsi kebaikan dengan orang. Kalau hanya pentingkan sendiri, maka orang lain pun akan berfikiran serupa. Dan oleh itu, jangan haraplah kalau hati ini akan dijaga oleh orang lain... Dan x rugi pun kalau jaga hati orang, kalau orang itu kita anggap sebagai kawan, sahabat mahupun teman. Smuanya atas diri sendiri sama ada ikhlas ataupun tidak dalam berkawan, yang pastinya xkan mengharapkan sebarang balasan. Melainkan... Emm, biarlah Daddy berhenti setakat itu. Daddy bimbang andai nasihat Daddy disalaherti lagi, maka bagai mencurah air ke daun keladi. Daddy masih mampu tersenyum ye, Baby. Kerana senyum dan kegembiraan adalah ubat kepada segala kedukaan. Dan Daddy akui kata2 Baby tu.

Daddy amat terbuka untuk berbincang, seandainya ia bermanfaat untuk semua pihak. Dalam hal ini Daddy sangat2 rasional.


Tuesday, June 16, 2009

Di TaGGeD... oLeH SHeiLa

"jom tag, tag, tag... and tagged!"

What you're supposed to do... and please do not spoil the fun...
Create a new note, copy and paste this message, delete my answers and type in yours. Then tag 21 good friends and family INCLUDING the person who tagged you. The theory is that you will learn one new thing about each of your friends...

THREE NAMES I GO BY
1) RaYZeN (my secreto d'amore nickname HeHe)
2) PaYJaLL (bdk2 kolej yg pggil nama nih... ntah mana2 la yg depa kutip HaHa)
3) PaYSaLL (certain kwn2 kat Penang yg pggil ak camni HuHu)

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
1)TeCHNiCiaN (bad times, bad story HuHu)
2) SToRe aSSiSTaNT KaT 7e (bad sory jugak! like hell!)
3) STuDY (ni kira jobs ke? HeHe penat woo study...)

THREE PLACES I HAVE LIVED
1) BuMi
2) MaLaYSia
3) uMaH aKu KaT PeNaNG

THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1) CSi
2) SPoNGeBoB
3) FaiRY oDD PaReNT

THREE PLACES I WANT TO GO
1) SWiTZeRLaND
2) iTaLY
3) NaKeD BeaCH (HaHa jujur sgt...)

THREE OF MY FAVOURITE FOODS
1) PiZZa
2) GaRDeN SaLaD
3) MY MoM'S BeST CooK (of course masakan mak ak, tiada tandingannya!)

THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1) MY oWN HouSe
2) JoBS
3) MY WHoLe LiFe PaRTNeR

THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
1) GuPPY FiSHeS
2) CHiCKeN
3) CYBeR PeTS

THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
1) NaNNa
2) aZRi
3) SaPa LaGi YaNG aKaN RePLY Laa... (NTaH?)

THREE FAVOURITE BANDS/ SINGERS
1) WaHeeDa (of course!)
2) JaMaL aBDiLLaH
3) NiCKLeBaCK

THREE FAVOURITE SPORTS TO WATCH
1) SoCCeR FeVeR
2) WReSTLiNG
3) MaRTiaL aRTS

THREE FAVOURITE DRINKS
1) CaFeiN
2) CoKe
3) CeNDoL

*So, lepas ni ak nk tagged Azri, Ajune, Jaja, Julie, Marina, Norpa, Acha, Kama, Nanna, Killa, Waniey, Ard, Sara, Eija, Aini, Fared... and sapa2 yg sudi nk continue this tag! TQ ^_^

Monday, June 15, 2009

DaNGeRouS WoMeN... CuKuP2 La.

SMS terakhir yg ak antaq kat dia:
"Nope. I'm smart person coz I'm not that stupid to be cheated by you anymore. Stop being a liar, it's not effect me much. I knew it from the beginning but you still not satisfy, don't you? Just be honest, dude, not cost you that much except I lose my trust totally on you. Just live happily with your games, coz its game over!"

Terus diam tnpa jawapan.

Ni lah insiden yg berlaku arini yg ak rasakan dh ruin my whole day. Really! Elok2 je hari ni ak nk happy, tiba2 datang plak anasir terkutuk yg merosakkan idup ak sepanjang mood utk arini. WTH!

Benda ni bermula few days ago bila ak dpt SMS dr nombor yg ak x kenal kononnya ada seseorg nk berkenalan ngan ak, sedangkan ak x kenal pun si penghantar msg tu. Rupa2nya ia adalah 1 lakonan oleh seseorang yg sgt2 ak kenal dan ak pernah 'buang' dia dr idup ak. Tapi benda tu dh lama, since ak sedar akan perangai dia yg ska menipu nih. Tup2 muncul balik. Kali ni dia 'bijak' kononnya menyamar jadik org lain dan nk dekat ngan ak balik. WTF! Dia igt ak ni apa, suka2 hati nk wat mcm tu.

Tp ak sebodoh tu utk ditipu oleh dia. Sbb awal2 lagi ak dh bleh trace taktik penipuan dia yg sgt2 low class tu. Last2 ak bustedkan dia dgn taktik penipuan dia yg akhirnya memakan diri sendiri. Kantoi dgn cara paling hina!

"crazy woman on my phone... aarrgghhhh!"

Tp x sangka lak ak, after few years tanpa apa2 connection dgn dia, tiba2 leh plak dia dok meruntun kasih ak, kononnya ak ni humble & penyayang seperti dulu. Hallo... itu dulu beb, time ak sgt2 tulus ikhlas. Tp sekarang no more! Ak dh ada pendirian ak sendiri. Paling ak xbleh blah, dia ni suka merengek2 kononnya manja2 le tu, walhal ak geli dgn pompuan2 yg terlebih gediks. Serious, idup ni terlalu tough untuk merengek2, u need to sit and stand strong, baru la ak yakin that gurl could be on my side to face the world! Stakat nk manja lebih2, sorry, gi je la manja2 dengan anjing2 tepi jalan tu.

Huh! Bahayanya pompuan sebegini, x sangka begitu desperate utk mendapatkan kasih seorg lelaki. Aish! Pompuan zaman skrg... mmg memeningkan! Mcm org gila kronik! Hehe tp bukan smua la... emm just segelintir yg smcm tu.

"gila ah pompuan gila ni!"

Arghhh... kenangan busuk tu dtg balik, bila ak dh buang jauh2! Aduh! Xnak kenang lagi, membuatkan kepala ak bertambah kusut.

Tp xleh nk regret sgt la, sbb smua tu tetap pengalaman yg mengajar erti kehidupan. Dan ak, x perlukan pengalaman2 yang buruk2 untuk menambah masalah dlm idup ak skrg ni. Cukup2 la.

Utk kawan2 di luar sana, hati2 la jgn sampai kena tipu. Bukannya smua org xleh dipercayai, cuma bertindak bijak sket dgn mencipta perangkap korg yg tersendiri. Simpan kepercayaan yg korg ada sebanyak 70% then bagi 30% kepada org yg rasa2 bleh dipercayai saja. Jgn sesekali bagi 100%, sbb manusia sentiasa tamak dan akan membazirkan kepercayaan korg itu. Dan paling penting, zaman skrg xleh jujur sgt! Betul! Sbb zaman skrg kejujuran dh mcm xda harga. Senang je akan ditindas oleh mereka yg mementingkan kuasa! So, Be prepared urself! Biar gagah asalkan jangan rebah!

Friday, June 12, 2009

JoM JaLaN2... KaYeLL+ MaLaCCa 2009

Kata org; jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman. Maka utk kesekian kalinya Geng2 Boyan tlh merancang utk bercuti ke Kuala Lumpur & Melaka. Yeap! Setelah peristiwa percutian di Langkawi last year yg mmg banyak cerita2 + kisah2 tersendiri; utk percutian kali ni sebagai 'penebus' kepada kelemahan2 yg lepas... Dan dgn harapan semoga vacation kali ni akan lbh sukses (ye ker? haha). Nk tahu sukses ke x, kita tgk jew conclusion nyer sebentar lagik ^_^

"yeay! jom jalan2... makan angin & naik angin hehe"


Mission : Percutian ke KayEll & Melaka
Date : 4 Jun 2009 (Khamis) - 6 Jun 2009 (Sabtu)
Crew : 1) Aku (Paling cool dlm geng nih hehe)
2) MatYed (a.k.a Along; Playboy beriman haha)
3)PakMan (a.k.a AbgDuda; AbgGersang; ManJanda dsb. hehe)
4) CikNannas (a.k.a Cikgu Kecik; Baby; Juara Tidoq kihkihkih)
5) McLeen (a.k.a MakCik Gemos mcm FaraFauzana haha)
6) Ridz (a.k.a MissPoliceGurl; PakGuard) - *join our group time kat KayEll nnt.

4 Jun 2009, seperti yg dirancangkan sepatutnya rombongan Cik Kiah ni bertolak kul 3.00am. namun atas sbb2 yg x dpt dielakkan terutamanya melibatkan 2 org makcik (CikNannas & McLeen) yg sure akan lambat bangun, maka sesi bertolak ditunda ke 5.00am. Dan seperti yg dijangka, mmg lmbt pun, terutamanya bila melibatkan CikNannas si kaki tidoq yg paling berjaya abad ini. Tunggu dia je dh makan banyak masa huhu... Sbb tu la starting vacation ni sengaja dilambatkan sbb apa2 hal pun mmg akan lambat jugakk haha. Dan yg pasti org lelaki jugakk yg lbh berdisiplin kuikuikui.

Perjalanan ke KayEll mmg lancar. AlhamduLillah. Tanpa apa2 masalah yg berat2; seperti time vacation kat Langkawi dolu2 bila tayar belakang keta ak tiba2 pecah di kilometer Gurun, Kedah. Selamat la ianya masih boleh dibaiki dan sejak itu la bermulanya episod ngeri percutian di Langkawi. Hehe awal2 lagi dh bagi petanda insiden akan menjadi lagi 'bagus' selepas itu, tapi masing ketegaq (degil) jugakk maka terima la akibat vacation paling 'best' di Langkawi nun. Huhu namun, kali ni nasib lbh baik sbb smuanya berjalan dgn elok2 saja sampailah ke KayEll.

Sampai KayEll terus ke ke KLCC. Masuk Aquaria, melawat ikan2 sambil2 berkenalan dgn anak2 ikan CikNannas. Hehe jgn marah yer CikNannas, gurau je. Emm tp bg ak, melawat Aquaria sgt2 berbaloi sbb byk tarikan kat situ dan pastinya lebih menarik dr Underwater World kat Langkawi nun. Byk benda bleh tgk dan yg paling cool pastinya terowong ikan tu. Sgt mengasyikkan; seolah2 pengunjung2 berada di dalam laut, menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut yg ada kat situ secara live!
TIPS: Guna Kad Mesra Petronas dapat 10% discount utk tiket masuk. Kalau ada Student Card pun leh dapat xtra discount.

"cutenye jerung nih... CUTE???"


"lonely turtle... huhu"

Sementara nak tggu Ridz sampai dr Negori Sembilan, kami smua lepak2 kat FoodCourt KLCC. Dan bila Ridz sampai, terus gi shopping. Emm time nih para jejakawan smua mula la dok pening kepala sbb makcik2 yg kaki shopping tu mula memenatkan mereka. Cis! Sangat meletihkan bila melayan sekor2 shopping sbb kat Penang pun ada smua tu. Stakat Vincci, Padini, BodyShop, Butik LV, dll smua bersepah2 kat Penang. So, perlu ke nk shopping lagi kat KLCC nih. Tu la pasalnya kalau bawak stok2 makcik gi tempat mcm tu, kaki shopping betoi. Huhu... kejap lagi ada la yg akan naik angin. Haha yg tu ak hold dulu sebab lepas ni akan ada carta utk sapa2 yg naik angin.

"lunch! nyumm nyumm... bbq wantan mee+ soup+ coke"

Then, bila agak2 dh petang, terus ke kondominium dekat Dynasty Hotel. Yg ni thanks to CikNannas sbb sudi provide penginapan. Dan atas usaha beliau, kitaorg dpt tempat tido yg sgt2 selesa. Thanks gurl, u r the best! Lepas sesi berebut tempat tido, then kitaorg bersiap2 utk sesi Nite@KayEll. Plan asal nk g Uptown kat Cheras & Danau Kota. Shopping lagik! Hehe tp kat sini smua jejakawan la yg akan berkuasa beb! Tempat2 mcm tu la yg patut shopping sbb bukan smua benda tu ada kat Penang. Paling best bundle, T-Shirt yg korg xkan dapat kat KLCC, accessories dll. Bila dh round kat Uptown Cheras, smua dh pakat2 pancit; kecuali org tu yg tiba2 leh plak bawak pakwe sendirik g Uptown. Bersemangat nih nak p Danau Kota jugak2; walaupun ada je kejap lagi yg akan makan tayar spare keta Waja ak sbb dh wat onar kat geng kitaorg. Well, ak xnak cakap banyak, tuan empunya badan sendiri mau pk la. Akan ak celotehkan lagi hal ni kat segmen PostMortem!

"good morning kayell..."

5 Jun 2009, pagi2 dh bertolak ke Melaka. Kali nih terus check in kat Hotel Apartment Village Paradise kat Ayer Keroh, Melaka. Sebelah Zoo Melaka je. Thanks to CikNannas again sbb provide penginapan nih. U r the best, walaupun pagi2 tadi hangpa smua (bebudak pompuan a.k.a makcik2) bangun lambat!!! Jenuh jejakawan yg berdisiplin dok kejutkan hangpa, namun hampeh! Nasib baik x simbah air je; sbb jejakawan sentiasa baik hati & berdisiplin (caya la!).

"welcome to malacca"

Kali ni, hotel pun lbh kurang mcm kat Langkawi jugak. Like haunted sgt2. Sbbnya seolah2 hnya rombongan kami saja yg menginap kat situ. Ada blok2 hotel yg usang, swimming pool yg under cleaning, rumput lalang yg tinggi menjulang dan persekitaran yg sgt2 sunyi. Hanya suara kami yg bergema. Mcm villa purba yg ditinggalkan. Risau betul, takut2 nnt esoknya kami bangun kat tempat lain plak. Hehe. Selamat la interior bilik apartment tu elok, berbeza sekali dgn kat luaq tu. Dan apa lagi, time utk memfreshkan diri sebelum ke acara seterusnya.

"view dr menara taming sari. cool!"

Next, kami terus ke Bandar Melaka. Waktu tu dh agak2 petang dh. Parking kat Dataran Pahlawan Shopping Mall; DAN itulah merupakan kesilapan ak yg kedua haha. Apa lagi kalau bukan sengaja membawa makcik2 nih ke arena shopping sekali lagi. Mmg hampesh betol! Terpaksa la melayan makcik2 yg gila-influenza a-shopping yg berjam2 tu. Mcm biasa; barang2 yg bleh dijumpai kat Penang, yg tu jugakk la diorg dok sibuk shopping kat sini. Apa kes?! Sbb tu la org slalu kata pompuan ni ada 9 nafsu 1 akai... Ahaks!

"menara taming sari dalam kelam"

Sbb dh byk BUANG MASA, so aktiviti melawat terpaksa dipendekkan. Hari pun mau gelap maa, mau melawat apa kejadahnya lagi. Time ni terserlah la muka2 sentap! Haha. Tapi xpa, sbb lps tu leh g Jonker Street Night Market utk shopping lagi. Ak sempat la carik barang2 aksesori + 1 replika pedang bengkok yg dibuat dr kayu. Emm... susah nk jumpa kat Penang, dan sbb tu la ak x kisah beli je. Lain plak dgn CikNannas, beliau telah membeli set terompah RM100. Ak pun x paham la logiknya beli benda alah tu sbb terompah org wat g jamban je. Ahaks! Pelik2 dgn org pompuan ni... 1 akai je. Wahahaha... >_< Then, bila dh smua org kepenatan tahap maksimum, masa utk balik hotel & rehat.

"aku & kenangan itu..."

"hehe penginapan yg sunyi, sepi & ..."

6 Jun 2009, pagi2 dh check out. As always, gurls are late again!!! Aiyohh... sgt2 x berdisiplin, lambat mcm siput; jejakawan jugakk yg bagus. Ahaks! Then aktiviti terakhir adalah lawatan sblm bertolak balik Penang. Tempat 1st adalah Taman Buaya Melaka, hehe tempat sanak-sedara jejakawan la. Tak salah kan kalau melawat adik-beradik, bleh la merapatkan silaturrahim. So, bleh la tunjuk kat makcik2 tu buaya darat yg original selain buaya2 jadian yg sentiasa cool nih kihkihkih.

"bersama teman2 lama haha"

Next, g Taman Rama2 Melaka. Ak rekomen tempat ni selain Zoo Melaka, sbb ia mengandungi bermacam2 haiwan lain selain rama2; alt kepada zoo yg sedia ada. Lagipun tempatnya agak padat, so x letih kalau nk mlawat. Ak dh pernah pegi sblm ni, dan bagi ak this place is better than zoo. Antara tempat yg best adalah bilik ular yang mana ada ular idup tanpa sangkar dan pengunjung bleh masuk terus ke dalam bilik tu. Hehe mcm idup bersama ular plak; ada kot dlm 20 ekor. Ada berani? Abg Duda jugakk yg takut haha! Kalau McLeen & Ridz terus pengsan kot.

"rama2 oren & bunga kuning... match!"


"ikan2 & anak2 ikan... uiks?"

Lepas aktiviti terakhir kat Taman Rama2, terus blah dari Melaka dan singgah kat Sremban utk antar Ridz. Then, direct terus ke Penang dan sampai dlm kul 12am. Huh! Letih teramats sbb ak yg dok drive. Hehe tp mmg patut pun mcm tu, sbb ak dh serik nk bagi CikNannas drive. LadyDriver mcm CikNannas mmg crazy, selamba cipan jew bawak keta seolah2 destinasinya adalah kubur! Siot tul. Terus ak x percaya lagi dan biar je ak bawak sendirik. Akibatnya, kat Bukit Jalil ak nampak jalan jadik 2 lapis, then bila sampai umah CikNannas ak mcm 'terbang'. Hehe.

Okay2. Kalau dolu2 org kata; kalau x pahit bukan tongkat ali la namanya... Tapi kali ni ak nk kata; apa la percutian kalau xda org yg bebai kan... Hehe tau ke apa maknanya 'bebai' tu. Org Penang kata bebai tu bermaksud naik angin, marah, merajuk, piss-off, dll. Emm... org g jalan2 naik keta, dia g jalan2 naik angin plak. Apa kes?! Berikut adalah Carta Naik Angin sepanjang vacation kali nih... Hehe layann~

1) Tangga pertama pastinya tetap milik PakMan a.k.a AbgDuda. Masih mengekalkan takhta tanpa menurunkannya sedikit pun sejak vacation kat Langkawi aritu. Hehe paling cepat naik angin, seawal kat KLCC lagi. Sbbnya makcik2 ni bershopping sehingga lupa daratan dan lupa bakal2 suami nih (ops!), menyebabkan PakMan menjadi sgt2 bebai. Haha antara ayat2 paling popular "sumbat jer..." Sumbat apa tu AbgDuda? Lucah 18sx tul fikiran dia hehe...

2) Naib juara adalah CikNannas. Budak ni bebai sbb x cukup tido. Haha, org lain lek2 je, dia yg lbh2. Kalau pasal tido budak ni mmg juara, so bila mahkota ketiduran tu terganggu, mmg menganggu emosi beliau. Tips nk date ngan beliau, bawak bantal. Kalau dia merajuk, sorong je bantal. Kompem selesai masalah rumahtangga. Hehe

3) Tempat ketiga adalah Ridz. Beliau ni akan bebai kalau lapar. Ahaks! Mcm singa kelaparan. Sgt2 berbeza kalau tgk kat fizikal. Lepas makan terus happy dan tingtong balik. Haha ak paling respek pompuan nih sbb kalau bab kawan2 mmg no.1.

4) Nombor empat adalah McLeen. Akan bebai kalau lapaq. Mcm Ridz gak, sbb tu dah makin gemok skrg nih. Tips nak bagi dia happy, 'bebas'kan dia! Faham x maksud 'bebas' tu? Emm... berikan dia ruang utk wat apa yg dia ska.

5) Nombor lima menjadi milik MatYed. Walaupun selalu lebih cool dr bebai, tp kdang2 bila angin kus2 sampai, mmg xleh elak. Hehe skala bebai mula mencanak bila kat Uptown Cheras. Why? Emm... Biar tuan empunya badan yg tahu bila geng dh mula berpecah disebabkan dot dot dot.

6) Haha perlu ke nombor last nih. Kihkihkih ok la, nak fair kan. Ak la yg last but not least. Bebai bila ak lapaq, letih, ngantuk, panas dan kes dot dot dot tu. Tp ak cool ja. Hehe cool ker? Merasa air-cond dlm bilik sampai tahap beku tetap x dpt nk tahan kemarahan ak. Dlm mesyuarat sebelum tido dan luahan perasaan yg kaw2 punya sblm melelapkan mata. Kesian PakMan & MatYed dengaq ak ceramah haha!

Oraite! X smua benda tu sempurna termasuk la vacation nih. So, utk kali ni sengaja ak wat post-mortem supaya next vacation akan menjadi lebih2 baik dan begitu la seterusnya. Nak tahu apa bebelan ak lagi? Check this out!

i) Next time kena wat tentatif program yg lbh detail. Sbb xnak buang masa tanpa apa2 aktiviti yg menarik termasuk la SHOPPING tanpa had. Paling kena baiki time bangun tido especially gurls! Next time wat agreement, sapa2 lambat bangun kena sponsor makan the whole day. Haha x kecuali sapa2 termasuk la Tuan Sponsor Hotel tu sendirik. Sbbnya, makcik ni la yg paling liat-kerbau nak bangun tido.

ii) No more PERSONAL agenda! Seriously, terutamanya utk org tu yg dh 2x wat onar dlm geng nih! Please la, jangan jadikan serampang 2 mata for u utk bervacation ngan kawan2 sambil date dgn bf. U igt org lain suka u wat mcm tu??? Lain la kalau u pergi sendiri, then jgn libatkan org lain. Yes! Maybe bf u tolong tunjuk arah so whatever, BUT it doesn't mean u can go to him just like that. At the same time drag us INTO it! Hallo... kita g vacation sama2 then y nak pecah2 group. Makbapak u kasi kitaorg tanggungjawab utk jaga u time vacation ni, u bukannya budak2 lagi leh wat sesuka hati. Org lain pun couple gak la, ada ke kitaorg bawak couple kitaorg then abuse our time together? Lain la kalau bf u mesra alam, like treat us like a human, not a statue at the lake park, right? So, do I care? Yes! Because u just ruining my feeling, my sweet time and all the thing that I care! I'm sure others felt the same; at least, but me being honest about the thing that happened AND should not be happen again! If not, just leave us for not joining our group again! I'm totally felt sorry for u dear, totally disoppointed! Ni kira bahasa paling sopan ak guna, pakai bahasa Inggeris lagik; sbb ak mmg xtau nk maki dlm bahasa penjajah tu. Kalau x, in Bahasa MalaYou, this phase should be really ugly and could be rated 18SG ^_^

Ak rasa cukup dulu dengan 2 post-mortem. Sbb kalau ada perkara2 berbangkit akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Geng2 Boyan nnt. Hehe ak rasa panjang sgt dh post ak kali ni. Actually, ni la yg paling simple, sbb kalau ak detail lagi kompem banyak sekuel kena wat, letih plak nak baca.

So, persoalannya; berjayakah vacation kali ni? Bagi ak.... sendirik mau ingat, sendirik mau rasa la. o_0 *Dan utk CikNannas, sekali lagi terima kasih banyak2 sbb sudi arrange our vacation dgn baik sekali; susah-payah beliau wat research & reservation. Pendapat ak, sepatutnya beliau diberi authority utk tentukan tempat2 yg beliau nak pergi melawat dan bukannya diketepikan sehingga menjadi mangsa kepada kesalahan org lain. Next time Nanna, u got my words! Thank you.

"this vacation...succeed!"