Friday, June 26, 2009

BeRDaKWaH CaRa BiJaK

"Islam itu indah andai tahu di mana keindahannya..."

Baru2 ni ak berkesempatan untuk solat Jumaat kat 1 masjid area Gelugor, Penang. Since ak kuaq ngan my Dad & my little Bro, so kitorg singgah kat situ before sambung our day out kat shopping mall. Actually, kami agak alienated sbb masjid tu agak lama and x begitu familiar. Yeap, sejujurnya ak cakap, skrg ni byk masjid2 moden yg lebih selesa, also known as 'masjid kerajaan'. Berbanding masjid2 yg agak 'ketinggalan', seems to be discriminate as 'masjid pembangkang'. Ak x tahu kenapa, sbb this is the truth! X payah la nk nafikan, time ak blajar kat Jitra, Kedah dulu mmg ada perbezaan antara kedua2 'jenis' masjid yg semacam ni. Tp ak leh trace masjid 'pembangkang' sbb 1 hari tu pakcik bas Polimas bawak kitorg gi 1 masjid pedalaman; yg leh plak ada bazar jualan spt vcd2 pembangkang. Siap leh pasang lagik vcd ceramah tu eventhough dlm masjid pun dok sibuk ngan khutbah. Ngeri siot, sbb ak rasa mcm masuk dlm kawasan puak Islam Syiah & Sunnah plak. X tahu la sebab-musabab kenapa sampai ke situ pulak mentaliti org Islam tempatan, benda2 yg kecik2 pun bleh jadik kes utk berpuak2, sebijik mcm zaman Jahiliah!

Berbalik kpd citer asal (aish! ak ni ska melalut betul...Hehe yerla, nk citerkan pengalaman dolu2 yg agak sinonim ngan citer ni). Since masjid yg ak pegi tu ramai org, ak rasa sbb hnya satu2nya masjid kat area situ, maka ak amik keputusan utk duduk je kat luar masjid sambil dgr khutbah. Ak pun x rasa sgt nk masuk dalam (walaupun boleh nak menyempit2), tp oleh sbb iman ak yg mmg x sebanyak mana dgn amalan yg x seberapa (yes, ak akui kelemahan ak tu), maka ada baiknya bagi je ruang yg ada utk org2 yg lebih layak beramal di sisi Allah SWT. Ak yg kerdil ni biarlah di pinggiran saja, namun halwa khutbah masih jelas ke telinga =)

Duduk kat luar pun banyak benda yg boleh ak lihat. Memerhati tingkah manusia sambil memuhasabah juga 1 ibadat. Yang paling menarik perhatian ak adalah segolongan wanita yang tampak daif (walaupun ak kurang percaya kedaifan mereka itu, kerana sgt2 klise dgn imej yg x seikhlas mana). Mereka membawa anak2 kecil yang selekeh dan x terurus sambil2 mengeluarkan bekas plastik utk meminta sedekah. Ak lihat kudrat wanita2 itu sgt cukup sifat. Anak2 mereka yg pelbagai usia sehingga umur belasan tahun pun ada; bermain2 di luar tnpa kawalan mereka. Ak terfikir. Meminta sedekah di masjid, namun tidak mendidik anak2 supaya ke masjid dan mendengar khutbah. Ibu2 ni juga boleh bersembang sesama sendiri sedangkan mereka boleh bertafakur seandainya ikhlas hati mereka kerana kedaifan Lillahi Taala. Ada juga anak2 mereka yg bertudung, tapi sekadar rambut terjulur ke luar di belakang, persis ekor kuda yang berwarna perang. Ada pulak duit utk dye rambut, kan?

Ak hanya memerhati sambil menggeleng2kan kepala. Mereka ini x ubah seperti manusia2 yang 'butuh'kan wang utk hidup melalui jalan2 mudah tanpa perlu usaha keras. Menjadi manusia2 hina yang meruntun kasihan org lain sedangkan Tuhan dh bagi cukup sifat kalau nak dibandingkan dgn org cacat. Ak bukanlah pemilih utk memberi sedekah, tapi sekurang2nya bila ak tahu ianya tidak setimpal dgn 'kelayakan' mereka, maka huluran tangan ak menjadi tidak ikhlas. Lebih baik batalkan saja niat ak tu. Simpan sedekah yang ada utk mereka yg lebih memerlukan daripada anasir2 kepura2an sebegini. Ak masih teringat, ada antara pengemis yang siap bergincu dan bersolek, tp tetap nk minta sedekah. Malah ada juga yg merokok. Ak terfikir, ke mana arahnya sedekah ak tu? Adakah membantu mereka utk menjadi lebih jahil? Biarlah Yang Maha Kuasa menentukannya...

Melihat manusia x bererti ak terleka dgn khutbah. Tuhan bagi sepasang telinga dan sepasang mata, maka gunakanlah fungsi itu sebaik2nya. Dalam ak menyaksikan kejahilan manusia secara terang2an, x ku sangka dlm dakwah khutbah itu juga ada jahilnya. Yang pada ak sgt2 memualkan kerana... Emm, kat bawah ni ak senaraikan antara isi2 khutbah yg ak rasa sgt2 tidak bijak dan sgt2 konservatif:

1) Khatib bercakap ttg org Islam yg menyokong produk2 Israel dan Amerika. Dia menuduh sesiapa yg membeli barangan kafir itu akan menyumbang kepada kemusnahan org Islam terutamanya di Iraq. Kes berkaitan adalah pembunuhan di Thailand. Khatib berapi2 menentang sambil menganjurkan org Islam supaya berjihad.
Pandangan ak: Berjayakah pemboikotan itu? Persoalannya, berubahkan insiden serangan Amerika dan Israel kepada Iraq walaupun semua org boikot 100%? Bukanlah ak menentang boikot tersebut, cuma ak prihatin kepada keberkesanannya. Setiap org diberi pilihan sama ada boikot atau tidak, terpulanglah pada masing2 mengikut kesedaran diri. Bukan melalui 'paksaan' dan melabel org2 yg x sokong sebagai munafik. Itu lagi sesat namanya. Manusia x berhak menghukum manusia melainkan melalui jalan Allah SWT.
Mengapa Allah SWT yang sgt berkuasa membiarkan umatnya diserang sedemikian? Bukankah Allah SWT Yang Maha Berkuasa boleh menghalang? Ingin ak usulkan, JANGAN mempersoalkan tugas2 Allah SWT yg manusia xkan tercapai akal mereka. Lihatlah, dlm Iraq sendiri pun org islam berpecah-belah; wujudnya puak2 yg akhirnya memusnahkan negara mereka sendiri. Bukankah ini pengajaran yg Allah SWT dh tunjukkan, hukuman bagi mereka yg memecah-belahkan umat Islam. Sedangkan dalam sejarah pun tertulis melalui Al-Quran, sesuatu bangsa tu ditenggelamkan dalam azab kerana mereka telah memusnahkan diri mereka sendiri. Bukankah ini hukum yg setimpal? Kita hanya mampu berdoa kesejahteraan mereka, bukannya terus menganjurkan perang dgn alasan berjihad. Sesuatu yg berlaku itu bersebab. Allah SWT Maha Mengetahui. Jadi jangan pula manusia menjatuhkan hukum sendiri.

2) Khatib: Org kita p Tesco beli barang2 Israel. Sokong Israel!
Ak: Siot betul! Terasa ak sampai ke sum2 tulang! Sbb ak mmg selalu shopping kat Tesco. Mudah sungguh beliau melabelkan org dgn tuduhan sebegitu. Cuba bgtau mana2 lagi shopping mall yg ada jual brg selain brg Israel? Ak beli pun bukannya dgn niat nk sokong Israel pun, ak beli barang sbb ak nak GUNA PAKAI! Ak rasa xda sapa2 pun yg beli brg sbb dgn niat nak sokong orang itu orang ini. Ak beli barang sbb murah, berbaloi dan untuk teruskan hidup. Benda ni pun salah ka? Alternatif lain? Cuba senaraikan beberapa alternatif yg wujud sesuai dgn kehidupan ak?

3) Khatib: Belilah barangan tempatan Islam walaupun x berkualiti, daripada membeli barangan Israel yg berkualiti.
Ak: Yang ni membuatkan ak ketawa gila2 dlm hati. Sebabnya mana ada org yg nk beli barangan yg x berkualiti. Walaupun barangan tu adalah keluaran Muslim, kalau x berkualiti, mengapalah nk membazir duit utk beli. Itulah... Jangan kerana 'sokongan', jadi membuta tuli. X tahu nilai kualiti yang akhirnya memakan diri. Emm... nk tanya jugak la, adakah barangan Muslim tu 100% bebas produk Israel? Agaknya mesin tu dibeli di mana, komponen tu buatan mana, atau tepung tu diproduk di mana, atau sekurangnya besi kat mesin tu dihasilkan oleh siapa? 100% bebas Israel? Face the reality that u cannot avoid it. Emm... nk tanya juga, busana Khatib tu adakah 100% bebas Israel? Agak2nya benang tu dihasilkan kat negara mana? Kaler baju lak dari siapa? Haha... still nk fikir bebas Israel?

4) Khatib: Perangi kafir!!!
Ak: Teruja dgn semangat beliau yg berkobar2 tu. Kan bagus kalau semangat mcm tu disalurkan ke jalan yg betul. Malangnya, beliau seolah2 menganjurkan kepada 'peperangan' melawan kafir. Ak sama sekali tak bersetuju dgn sentimen yg mcm tu. Bukanlah bermaksud Islam perlu pasif, cuma jangan jadikan peperangan sebagai penyelesaian yg mutlak. Ak masih berfikir andainya masih ada jalan lain yg boleh menoktahkan persengketaan tu, seandainya Islam itu indah dan lemah-lembut, pastinya kafir juga akan tertarik utk memeluk agama Islam. Emm... ak masih berharap adanya perkara sebegitu, kerana ak tetap percaya api lawannya air...

5) Khatib: Kita dipengaruhi oleh Amerika sehingga mengagung2kan mereka. Melalui filem2 mereka; hingga kita taksub bahawa Amerika mampu menyelamatkan dunia dari makhluk asing.
Ak: Haha yg ni ak mmg sgt2 nk tergelak. Tp kerana hormatkan khutbah, gelak dlm hati saja la =) Apa yg ak boleh katakan, x sangka Tuan Khatib boleh 'terpesong' dgn kepercayaan bahawa Amerika tu kuat hanya melalui saluran filem??? Sedangkan filem tu sememangnya fiksyen, apatah lagi sebagai saluran propaganda Amerika. Haruskah diterangkan lagi? X sangka lak, Tuan Khatib boleh 'percaya' dgn dakyah tu. Alahai... Filem hanyalah satu karya melalui imaginasi sang pembikinnya. Apatah lagi ia terjemahan kepada skrip yang ditulis... Ak pasti kalau betul2 Tuan Khatib 'taksub', agak2nya Cicakman pun disangka hidup. Dan ak akan ketuk kepala ke dinding kalau ianya menjadi realiti sebab Cicakman sangat2 la 'hero' Malaysia. Haha yang pasti ak akan ketuk dulu dahi Tuan Khatib sbb percaya Cicakman mmg wujud...*devilish laugh!

So, mcm dh byk pulak dosa yg ak buat sejak berada dalam persekitaran yg mcm tu, lebih2 lagi watak ak menjadi sgt2 jahat dgn 'bercakap' ttg isu yg amat sensitif yakni agama. Emm... Ak mmg lah x sebaik mana pun. Hnya melihat kepincangan dlm intitusi keagamaan yg ak sanjung, mmbuatkan ak xleh dok diam saja. Jahat hati ak mengatakannya, namun jahat lagi mereka yg mencemar kesucian agama secara terang2an, dan akibatnya membodohkan diri sendiri.

Khutbah tu mmg lama. Lama giler sampaikan ak rasa kasihan dkt pekerja2 yg break utk solat, sbb diorg kena kejar masa. Yeap, ak tahu andai yg mengatakan perbandingan antara masa di dunia dgn ibadat manusia utk akhirat. Cuma pihak2 tertentu kena la consider keperluan manusia utk hidup dalam meneruskan tugas serta tanggungjawab. Emm...Tahu tak kenapa dalam Islam tidak menggalakkan Tuan Imam membaca surah panjang2 dalam Solat? Sbb takut Makmum yg uzur x dpt berdiri lama2 dlm saf... Tahu xpa!

Lepas selesai smuanya, ak duduk berbincang dgn My Father ttg soal ni. Dia juga agak terkilan dgn insiden kat masjid tu, sama ada org lain menyedarinya ataupun tidak. Memahami niat Tuan Khatib dalam menegakkan Islam adalah bagus, cuma niat tidak menghalalkan cara seandainya perlakuan yg dibuat itu jelas menunjukkan kelemahan dia. Malang sekali jika perbuatan itu terus mencemari kesucian agama Islam. Ia sangat2 tak boleh diterima dalam pertimbangan.

Dalam kereta, ak terfikir. Berdosakah jika ak membeli-belah di Tesco selepas ini? Hemm... ada jawapan tanpa penyelesaian. Bak kata2 yang masih terngiang2 di kepala;
Yang berguru biar berakal, Yang menurut biar pintar =)

No comments: