Sebenarnya dh lama Daddy mengikuti perkembangan tulisan Baby dlm blog tu. Dan dh lama juga Daddy asyik ketawa berdekah2 sbb tulisan Baby x ubah seperti tulisan kanak-kanak level tadika yang penuh warna-warni bak krayon yg selalu Baby conteng kat dinding tu. Namun Daddy tetap gembira dan berbangga sbb Baby berani meluahkan pendapat dan pendirian Baby, menunjukkan Baby dh makin dewasa dlm menempuh kehidupan yg fana ini; selain masih x mampu membuang sifat keanak2an dan berfantasi dengan karakter2 Doraemon.
Mmg Daddy akui apa yg dikatakan Baby ada benarnya. Dan Daddy nk minta maaf kiranya teguran Daddy dahulu agak kasar dan berterus-terang kerana bagi Daddy, lebih elok jika maksud itu sampai terus ke pengetahuan daripada ianya menjadi ajaran yg tidak kesampaian. Bukan niat Daddy nk mengeruhkan situasi, cuma Daddy nk mencari penyelesaian kepada isu2 yg berbangkit. Daddy tak mahu menuding jari menuduh siapa2 yg salah & siapa2 betul; cuma apa yg Daddy hendak adalah jalan penyudah bagi kesemuanya.
Pertama sekali Daddy nk katakan ttg isu "mak turut". Maafkan Daddy andai gelaran itu agak kasar dan melukakan Baby. Daddy tahu its hurt. Tp Baby..., hurt is a taste of feeling. Rasa sakit juga adalah 1 kebaikan yang mana bila manusia rasa sakit, dia akan lbh berhati2 selepas itu. Jgn sesekali mnyesal dgn rasa sakit, kerana sakit itulah yang akan mengajar manusia supaya tahu yang mana salah dan yang mana betul. Kalau xda rasa sakit, pastinya manusia akan terus-menerus melukakan diri sendiri dan org lain. Dalam kes ini, Daddy nak huraikan ttg perkataan Daddy itu supaya Baby sedar akan situasi yang berlaku. Kalaupun Baby sendiri x nampak, org lain yg melihat dan menyaksikannya, pasti jua akan sedar akan kekhilafan itu.
Mungkin betul kata Baby "kapal sahabat" perlu dijaga. Tapi seandainya banyak nakhoda, ke manakah pula arah tujunya? Apatah lagi bila nakhoda2 itu menggunakan kompas yang rosak, adakah tidak berguna anak2 kapal yg lain? Mungkin anak2 kapal mempunyai penyelesaian mengikut angin dan langit? Apa yg Daddy nak terangkan di sini adalah apakah Baby rela kapal berlayar tanpa arah, apatah lagi jika layarnya yg sudah rosak? Menjaga kapal perlu kerjasama (mcm dlm Wonderpets tu... kartun kesukaan Baby). Tapi kalau Baby sahaja yang asyik menjaganya, apakah adil kalaupun teraju berputar2 tanpa arah tuju? Toleransi itu penting. Daddy anggap kalau sama2 berusaha membaiki kapal yang bocor, di samping bergilir2 memacu layar, pasti kapal akan sampai ke destinasi dengan lebih berjaya dan lancar. Bukankah begitu?
Namun, Daddy tetap berbangga Baby berani mengatakan maaf. Sebenarnya utk Daddy, tiada siapa2 pun yg bersalah. Semuanya bertanggungjawab dengan peranan masing2. Cuma terlalai dan terleka dengan tanggungjawab membuatkan "permainan" ini terjadi sedikit kucar-kacir. Tapi kita dh hadapi dan temui jalan penyelesaiannya, kan? Yang lepas itu biarlah jadi kenangan yang terindah, walaupun penuh luka. Tapi sakit luka itulah yang menjadikan kita lebih sedar akan "benda yang berlaku". Dan hal ini menjadikan kita lebih matang...
Tujuan Daddy mengulas di sini bukanlah hendak memanjangkan isu berkenaan. Apatah lagi nak merenjis air limau di luka sesiapa pun. Bagi Daddy, kalaupun ada simpulan kekusutan di tali persahabatan, andai sedikit2 kita uraikan, pasti akan terlerai juga; menjadi seutas tali yang sepanjang2nya. Dan tali itu akan kuat mengikat rakan2 Baby menjadi 1 persahabatan yang tanpa kekusutan lagi.
Dalam Daddy membelek2 alam maya ini, Daddy terserempak dgn kata2 terucap:
"nape ek ? balik2 stiap bnda kita buat kna jga hati dan perasaan org lain,hati dan perasaan kita sndiri ade diaorg ambik kisah..."
Daddy hanya senyum. Entahlah utk Baby, sama ada Baby faham istilahnya. Sedangkan Daddy hanya menyangka, andai ucapan itu terlayang utk Daddy; Daddy masih menganggap seandainya... Maka, Daddy akan rasa rendah diri dan menjawab soalan itu. Kerana bagi Daddy ianya adalah bentuk soalan yang perlukan jawapan. Dan jawapan Daddy senang saja, manusia itu perlu menjaga hati orang lain terlebih dahulu sebelum dia hendakkan hatinya terjaga kembali. Kerana jika dia hanya menjaga hati sendiri tanpa memperdulikan hati orang lain; seandainya semua orang berfikiran serupa, maka ia tidak ke mana-mana dan pasti orang lain xkan menjaga hati dia juga. Benda ni bagi Daddy mcm roda, kalau manusia itu menjaga hati org lain, org lain lain akan menjaga hati org lain, dan benda ni akan sentiasa berterusan. Dan akhirnya Daddy percaya benda yang baik pasti akan terbalas dengan yang baik juga. Kalaupun tidak setimpal seperti yang manusia itu inginkan, maka berbalik pada Tuhan Yang Maha Esa, bahawa Dia menyediakan benda lain yang lebih baik dari itu untuk manusia tersebut. Tak salah pun berkongsi kebaikan dengan orang. Kalau hanya pentingkan sendiri, maka orang lain pun akan berfikiran serupa. Dan oleh itu, jangan haraplah kalau hati ini akan dijaga oleh orang lain... Dan x rugi pun kalau jaga hati orang, kalau orang itu kita anggap sebagai kawan, sahabat mahupun teman. Smuanya atas diri sendiri sama ada ikhlas ataupun tidak dalam berkawan, yang pastinya xkan mengharapkan sebarang balasan. Melainkan... Emm, biarlah Daddy berhenti setakat itu. Daddy bimbang andai nasihat Daddy disalaherti lagi, maka bagai mencurah air ke daun keladi. Daddy masih mampu tersenyum ye, Baby. Kerana senyum dan kegembiraan adalah ubat kepada segala kedukaan. Dan Daddy akui kata2 Baby tu.
Daddy amat terbuka untuk berbincang, seandainya ia bermanfaat untuk semua pihak. Dalam hal ini Daddy sangat2 rasional.
No comments:
Post a Comment