Salam untuk semua.
Tak sangka dah pun masuk ke tahun 25 aku hidup kat dunia ni. MasyaAllah & alhamduLillah, kerana masih berkesempatan untuk menjejak bumi Tuhan Yang Maha Esa ini. Sungguh. Aku tak terfikir pun tentang ulangtahun ini sehinggalah diingatkan oleh semua orang yang mengingatinya. Terima kasih semua =)
24 Ogos 2010, sepatutnya adalah ulangtahun hari lahir yang ke25 roommate aku. Jadi, memang aku tak teringat langsung pasal ulangtahun aku iaitu sehari selepasnya hehe. Hinggalah bila aku tengah lepak2 dgn member aku di Line Clear Bistro, Cheras, mesej masuk bertalu-talu sampai full memory sms aku nih. Rupa-rupanya dh tepat 25 tahun aku sebagai manusia pada detik 12.00malam 25 Ogos 2010. Maknanya aku secara rasminya dah masuk suku abad. Hehe walaupun selama ini aku asyik kata umur aku 21 tahun x pernah naik2 sampai bila-bila [kan, Kama? hehe]. Ahaks! Bukannya aku tak mengakui peningkatan umur, cuma bila berjiwa muda nih menjadikan aku lebih bersemangat hehe. Aku sedar, umur manusia hanya nombor. Yang penting bagaimana manusia tu menjalani kehidupan di dunia ini. Hehe jadi tak salah kan kalau aku asyik kata umur aku 'berhenti' di nombor 21 tahun sahaja [perasan! haha]
![]() |
kalau i kata muda & comel, acaner? haha |
So, aku nak expresskan ucapan terima kasih untuk semua yang sudi mengingati ulangtahun kelahiran aku. Aku sangat-sangat menghargainya, betul. Sebab selama ni, aku menganggap xda sesiapa pun yang perasan kwujudan aku di dunia, sementelah aku sangat2 low profile, cool dan sangat anti-sosial. Tapi rupa-rupanya tidak. Masih ada yang sayang rupanya hehe. Dan aku juga menghargai & menyayangi kalian semua [senyum]. Terima kasih ya.
![]() |
terima kasih ikhlas dari hati =) |
Dah masuk suku abad, apa perancangan ye? Emmm... soalan biasa: Bila nak kawen? Hehe mungkin tidak kot dalam masa terdekat ni. Awek pun xda, nak kawen camne [ahaks! ye ka?] Bagi kawan2 yang prihatin tu, thanks a lot. Jangan risau, bila dah bersedia, aku jemput semua datang ke majlis yang bersejarah tu ok [yeay!]
Emm...just nak berkongsi lagu Ukays- Bila Diri Disayangi ni dengan korang smua. Layann~ k. Jumpa lagi.
notatangan: semoga disayangi Allah SWT juga hingga ke akhirnya, amin~
No comments:
Post a Comment