Monday, August 23, 2010

salam ramadhan 1431~ perangi kejahilan, bangkitkan keimanan!

salam untuk semua.

pejam celik, dh nk masuk ke minggu kedua seluruh umat Islam di dunia menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. alhamduLillah, masih punya ruang untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa, walaupun dh agak2 separuh bulan baru berkesempatan nak ucap. hehe lebih baik daripada tak ucap langsung kan [senyum].

tahniah juga diucapkan kepada semua yang berjaya menjalani ibadah berpuasa tanpa kantoi, tak kira lah kantoi makan-minum/ kantoi buat benda2 yang mengurangkan/ membatalkan pahala puasa & sebagainya. tahniah! kerana membuktikan keimanan anda kuat & mampu mengharungi cabaran-cabaran berpuasa dengan penuh berdisiplin =)

kepada yang dh kantoi tu, jangan bimbang ok. bukan bermakna anda lemah, cuma mungkin xda rezeki nk memenuhi tuntutan berpuasa. next time cuba lagi ya. kalau bleh berpuasa penuh barulah feel nk beraya, betul tak? baru la besh melaram dengan baju raya haha mcm dpt reward la bila dh susah2 berpuasa selama sebulan. [yeah!!]

dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, sebagai umat Islam yang masih mempunyai keimanan dalam Islam, maka sama-samalah kita memerangi kejahilan yang wujud dalam diri masing-masing; kurangkan berbuat salah kepada Allah SWT & tingkatkan keimanan kita semua dengan mensyukuri segala nikmatNYA. oraite, kalau awal-awal kita dah start beriman, lama-lama bertambah-tambah la sifat yang disukai Allah SWT dalam diri kita. bukannya susah...sbb Islam itu mmg sudah wujud dalam diri manusia. Islam itu kehidupan. cuma kita je yang kadang-kadang tak nampak...so, dari amalan di bulan yg mulia ni, jom start berbuat baik kepada Allah SWT. salam ramadhan untuk semua =)

tema ramadhan aku tahun nih- Haha.next year tak tahu lagi... >_^ kempen ramadhan 1431 : Jom buat baik!

No comments: