i've came to this email by Bebbra Charles Mailin [thanks beb] about a guide to better life. its seems cool, so i'd like to share it with everyone on this planet. so here goes...:
a guide to better life
*according to the mail; the original writer was died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book 'The Last Lecture' before then; one of the bestsellers in 2007. in a letter to his wife; Jai and his children; Dylan, Logan and Chloe; he wrote this beautiful 'guide to a better life' for his wife and children to follow...
points of how to improve your life
personality:
don't compare your life to others'. you have no idea what their journey is all about.
don't have negative thoughts of things that you cannot control. instead invest your energy in the positive present moment.
don't over do. keep your limits.
don't take yourself so seriously. no one else does.
don't waste your precious energy on gossip.
dream more while you are awake.
envy is waste of time. you already have all you need.
forget issues of the past. don't remind your partner of his/her mistakes of the past. that will ruin your present happiness.
life is too short to waste time hating people. don't hate others.
make peace with your past. so, it won't spoil the present.
no one is in-charge of your happiness, except you.
realize that life is a school and you are here to learn. problems are simply part of the curriculum that appear and fade away; like algebra class, but the lessons you learn will last a lifetime.
smile and laugh more.
you don't have to win every argument. agree to disagree.
community:
call your family often.
each day give something good to others.
forgive everyone of everything.
spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.
try to make at least 3 people smile each day.
what other people think of you is none of your business.
your job won't take care of you when you are sick. your family and friends will. stay in touch.
life:
put God first in anything and everything that you think, say and do.
God heals everything.
do the right things.
however good or bad the situation is, it will change.
no matter how you feel; get up, dress up, and show up.
the best is yet to come.
get rid of anything that is not useful, beautiful and joyful.
when you awake alive in the morning, thank God for it.
if you know God, you will always be happy. so, be happy.
*while you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with. not only will it enrich your life, but also that of those around you.
handsnote:God grant us both hands, not to choose between left or right- but to use them; to hug everyone with loves and care~[wisdom originated by: fazenrayzen]
aku menulis artikel pada hari tanggal 25/9/10 seolah2 mcm tarikh keramat bila ada sesetengah manusia mengalami fasa baru dlm hidup mereka. termasuk aku, tarikh keramat ni seolah2 satu hari yg istimewa, yg ak xdpt nk raikan bersama, namun cukuplah sekadar doa2 bahagia. ok. kali ni aku nak bercerita ttg kisah seorang budak lelaki dengan cintanya pada seorang budak perempuan. xda kena-mengena dengan sesiapa, namun maybe secara kebetulan plot2 cerita ni bermain2 di kepalaotak aku. huhu. ok. jom masuk panggung!
tajuk:cerita budak-budak x payah ada tajuk laa...
cerita ni bermula pada zaman 1990an, zaman kaler kuning-kekuningan tu & manusia2 masih mengamalkan rukun hidup tradisional di kampung2. semua hidup dalam harmonis. jiran-jiran dianggap saudara & jalinan kekeluargaan sememangnya sangat kuat. termasuk budak lelaki & budak perempuan ni. mereka hidup berjiran, selang beberapa langkah dari rumah masing2. bermulanya perkenalan mereka masih samar2, namun sejak kecil dh berkawan baik. budak perempuan tu mengaji al-Quran di rumah budak lelaki, bergurukan Tok budak lelaki tu. kemudian berganjak ke alam tadika bersama. masing2 tetap berkawan, namun kadang2 tetap bersaing utk menentukan siapa yg terbaik. bermula dalam pengajian al-Quran, kelebihan budak lelaki ni bilamana Tok beliau seorang guru al-Quran. maka lebih pantas menguasainya. sedangkan anak2 murid yang lain agak kelambatan, sbb sesi pengajian hanya sekali sehari di waktu siang sahaja. namun, budak lelaki pun ada egonya. beliau mengambil mudah, xnak bersungguh2, selalu xnak mengaji. maka budak perempuan itu berjaya meninggalkan jauh pengajian beliau ke hadapan. bermula dari situ, budak lelaki terasa tercabar. maka hubungan baik mereka kadang2 bersilih saing untuk menentukan siapa yg terbaik.
di sekolah rendah x banyak bezanya. budak lelaki menjadi sangat nakal sedangkan budak perempuan itu tidak terlintas langsung dalam perhatiannya. budak lelaki menjadi romeo seawal darjah 1, melamar rakan sekelas yang lain. seorang pacar yang urban, namun akhirnya terpisah jua. namun ketentuan tetap ketentuan. budak lelaki ini menjadi pasangan untuk budak perempuan itu dalam drama cinderella, pementasan di sekolah paling diperkatakan dalam sejarah memori pelajar2 di situ. namun, semuanya sekadar kawan. x lebih dari itu. malah, sesi bergaduh kadang2 menjadi lebih teruk bila mereka duduk bersebelahan meja secara berpasangan. sering x sependapat sudah menjadi perkara biasa. sehinggalah ke darjah enam bilamana budak perempuan dilantik menjadi ketua murid sedangkan si budak lelaki hanya sebagai penolong ketua murid sahaja. walaupun dalam rantaian sejarah, tidak pernah dalam 1 tahun pun beliau tidak memegang jawatan sekurang2nya sebagai ketua kelas. namun mengapa pula jawatan tertinggi dlm sekolah menjadi sandaran budak perempuan itu. menambahkan dendam & ego budak lelaki ini. sifat bersaing menjadi makin membakar, tercenderung menjadi antara permusuhan yang diam. budak lelaki tenggelam dalam dendam. lebih2 lagi bila sang guru menyebelahi budak perempuan itu.
menginjak ke sekolah menengah, budak lelaki langsung tidak menghiraukan budak perempuan. masing2 membawa haluan. iya. mencari hala tuju sendiri, apatah lagi berada dalam kelas yang berlainan. tak banyak beza pun, namun setiap kelas cuba mencambahkan persaingan merebut takhta elit. masing2 tetap bersaing. budak lelaki dengan karenah hidupnya, cuba menyemai cinta juga antara pelajar2 yang lain. namun, hampa. x ke mana pun. budak lelaki hanya memandang budak perempuan yang makin jadi perhatian semua. seorang pengawas, cantik dalam kelompoknya yang tersendiri, menambah2kan kebencian di hati budak lelaki. sehinggalah meningkat ke tingkat menengah atas, entah bagaimana takdir memainkan peranan. budak lelaki menjadi perhatian guru2 di situ. bersama memikul tanggungjawab sebagai pengawas juga atas lantikan baru. bersama juga dengan budak perempuan menempuh pelbagai tanggungjawab termasuk dalam perwakilan ke pelbagai pertandingan debat. kerjasama yang terjalin menyemai hubungan yang lebih baik. tiada lagi permusuhan, mungkin tidak lagi dalam waktu itu.
pertemuan yang selalu menjadikan budak lelaki makin tertarik dengan budak perempuan. jujur hatinya melamar si dia menjadi kekasihnya. namun belum sempat, diberi kata putus pula. si budak lelaki hanya diam. selama itu hanya diam, namun masih tetap berkawan dengan budak perempuan seolah2 tiada apa yang berlaku. namun diam budak lelaki menjadi tersangat parah & akhirnya memakan diri. budak lelaki juga tidak menyangka, laksana gunung berapi, makin terpendam makin memakan sanubari. dia sendiri tidak pasti apakah yang berlaku, tapi begitulah...kekecewaan sememangnya bisa membuatkan seseorang menjadi 'orang lain' & dendam itu akhirnya bertukar menjadi penerimaan yang tiada sesiapa pun tahu. hati lelaki itu mati.
budak lelaki hanya melihat budak perempuan menjalinkan cintanya dengan org lain. pelbagai orang. namun mengapakah tiada peluang untuknya? kadang2 budak lelaki bingung apakah yang budak perempuan itu cari, apakah lelaki2 ini sekadar pengisi hati? budak lelaki juga memahami. di kala lamaran itu, budak perempuan sudah menjadi milik orang lain. dia juga memahami, tiada lagi ruang di hati budak perempuan itu. walaupun sekelumit pun. namun ada juga yang tidak difahami budak lelaki itu... budak perempuan tak mahu sahabat sejak kecilnya dikecewakan, dilukai seandainya budak perempuan x mampu memberi cintanya kepada budak lelaki itu. lebih baik lupakan sahaja hasrat untuk cuba berbahagia bersama... namun apakah budak perempuan itu tahu, segala2 yang dilakukan selama mereka berkenalan adalah kerana kuatnya kasih sayang budak lelaki itu untuk dia. x pernah pun si budak lelaki meminta balasan, hanya keikhlasan berkawan mewarnai hidupnya. tapi, semuanya makin terlambat... masa makin suntuk untuk berubah. apatah lagi bila 'dendam' budak lelaki perlahan2 memakan diri & menghilangkan identitinya.
masih punya kenangan. budak lelaki banyak bersama budak perempuan, walaupun tiada sebarang hubungan istimewa. bagi budak lelaki itu, persahabatan juga punya keajaibannya, dan biarlah dirinya sahaja yang tahu hal itu. selama budak lelaki cuba mendekati budak perempuan semata2 ingin mencuri sedikit kebahagiaan bagi dirinya... pementasan drama kemerdekaan, bergandingan dalam editorial majalah sekolah & juga pernah bersama bergandingan dalam pengacaraan hari guru; menambah 1001 kenangan manis buat lelaki itu. sehinggalah apabila budak lelaki nekad meninggalkan zaman sekolah ke peringkat diploma, keadaan sudah berubah secara total.
budak lelaki sudah tidak sama lagi. dia dah menjadi bukan dirinya lagi. sebarang perempuan dijadikan sebaran dendam. beliau memancing cinta2 mereka dengan sifat naifnya, namun akhirnya melepaskan mereka terkontang-kanting dalam derita kecewa. budak lelaki berasa puas walaupun tidaklah gembira dengan segala perbuatan. hatinya dah mati. mayat cintanya sudah lama kebumi. apakah masih punya sisa2 kasih sayang untuk cintanya bersemi...? yang tinggal hanyalah kepalsuan dalam kehidupannya. pernah budak perempuan meminta kembali bersama, namun budak lelaki sudah tidak dapat berkata apa. semuanya sudah terlambat. sangat2 terlambat. dalam masa itu, untuk memutar kembali waktu sudah menjadi terlalu mustahil. budak lelaki sudah hilang cintanya, apakah mudah menggali kembali sedalam pengebumian itu...? namun budak lelaki tidak menipu, dia masih sayangkan budak perempuan. cuma, keadaan sekarang sudah tidak sama lagi...
hari berganti hari... umurnya sudah mencecah separuh abad. hati budak lelaki itu sudah mereput. tiada lagi nurkasihnya. yang tinggal jalan2 hitam yang jadi langkah2nya berjalan. namun, beliau tidak pernah lupa pada budak perempuan itu. apatah lagi bilamana budak perempuan itu sudah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya. mungkin, penamat budak lelaki di situ. namun, dalam kamarnya masih terlekat gambar si dia & masih tersemat dalam dompetnya...
Sambil tersenyum memandang potret itu, "selamat pengantin baru."
[tamat?]
terngiang2 lagu ini menutup tirai panggung...
notatangan:sekadar suka2 mencari ruang & peluang dalam menulis kisah yang bukan2...hehe. ohya! kepada yg telah, sedang atau akan datang melangsungkan perkahwinan, selamat berbahagia hingga ke akhir hayat okay. dikurniakan segala rezeki & kenikmatan yang baik2 dunia dan akhirat... diri ini sekadar menumpang bahagia kalian, sejuk mata memandang & sejuk juga hati yang mendoakan... [senyum].
semakin org berbicara ttg isu perkauman & racist, semakin aku terpanggil utk bersembang2 ttg bab ni dlm kotak penulisan aku. hehe bukannya sengaja nak membangkitkan isu panas, cuma bila bijak-pandai asyik bercerita ttg sejarah & golongan muda pula lantang bersuara memekik konteks-konteks nasionalisme, maka aku rasa ada bagusnya bila semua orang kembali kepada asalan kita. [wahh!!! baikk punya introduction haha]
what? we cannot be friends anymore?? why???
ok. aku cuma nak bercerita ttg pengalaman raya aku tahun ni. ermm...x banyak sangat yang menarik, tp tetap seronok menyambutnya di rumah sendiri di Penang. dan antara kunjungan yang paling bermakna pastinya lawatan keluarga Mei Lin sempena raya ke rumah aku. yup. Mei Lin adalah keluarga berbangsa Cina, yang selama ni aku sudah lupa tentang mereka. Kisahnya bermula bila dahulu arwah datuk aku pernah menjaga seorang budak Cina di kuala. tp bukanlah jaga sepenuhnya, sbb time tu parents budak cina pun ada lagi. cuma arwah datuk aku suka singgah kat rumah diorg & bawa anak-anak diorg jalan-jalan. kalau x silap aku, time tu aku masih kecik lagi, g jalan-jalan naik moto,ronda-ronda keliling kampung, so, secara x langsung hubungan antara arwah datuk aku dgn keluarga cina tu menjadi sangat baik, sampaikan anak-anak diorg dah anggap datuk aku tu cam keluarga sendiri. benda ni berlarutan sampai entah berapa lama, aku sendiri pun dh agak-agak lupa. sebab arwah datuk aku pun dah lama meninggal dunia, termasuk ayahanda dan seorang anak lelaki keluarga tu. hubungan pun terputus di situ; tiada lagi kunjungan keluarga masing-masing...
young man always have the old days. remember!
Tahun lepas, entah macam mana, mak aku terjumpa dengan bonda keluarga tu kat pasar (if x silap laa). then, mak aku tegur & tanya pasal Mei Lin. menariknya bermula dengan pertanyaan tu, malam harinya keluarga Mei Lin terus dtg kat rumah aku; membawa bondanya sekali. Mei Lin pun dah berkahwin & ada seorang anak lelaki. Bonda Mei Lin sungguh-sungguh nak bawa juga anak dia jumpa keluarga aku...Dan pada tu, bermula la mereka bercerita tentang kisah-kisah Tok Mat (panggilan arwah datuk aku) dengan keluarga aku; suatu benda yang jarang-jarang kitorg berbual tentangnya...Yerlah, bila bercakap ttg orang2 tersayang yang telah tiada, sayu pula. sbb tu jarang berbicara. tapi bila sesekali berbual ttgnya, rasa istimewa pula. seolah-olah kenangan dan pengalaman tu kembali hidup dalam ingatan. rasanya lama juga parents aku & family Mei Lin bersembang malam tu, dan aku fikir mungkin ianya akan berakhir di situ juga.
Tapi sangkaan aku meleset bila raya tahun ni, keluarga Mei Lin berkunjung lagi. Dan hubungan baik pun berlaku sekali lagi. Entah kenapa, aku seronok juga melayan anak Mei Lin tu, walhal time dulu-dulu aku la yang sangat-sangat jeles & confius bila arwah datuk aku baik sangat dengan keluarga diorg terutamanya dengan "bebudak Cina" yang menjadikan arwah datuk aku sebagai antara saudara mereka. Hehe anak Mei Lin sangat nakal & sangat berbakat. Kenapa aku kata macam tu? Sebab dia sangat-sangat tertarik dengan Lappy aku dan asyik sangat bermain dengannya. Pandai gerakkan mouse dan main applications, walaupun first time belasah je. Haha aku bajet mesti dia x pernah pakai pun kmputer ataupun rumah diorg xda komputer. Tapi Mei Lin mcm tertarik bila tgk anak dia tu berminat dengan teknologi ni, so dia tanya aku "Boleh tak dia pakai benda tu?" Hehe aku pasti lepas ni mesti Mei Lin terus beli kmputer untuk anak dia. Then aku realise; ouhhh....agaknya mcm ni kot bebudak Cina deal with it. Kalau bab pelajaran, mmg parents akan support habes2an & diorg akan serious about it. Ahaks! Sesuatu yang jarang2 ada dalam komuniti Melayu [kan?].
Ahaks! Ok. Sebenarnya aku bleh nampak keindahan dalam hubungan yang sebegitu. Persetankan dengan perbedaan budaya atau apa-apa sahaja. Kita ni manusia beb, semuanya sama. Kau berlainan bangsa, darah kau warna lain ke? Xda maknanya!! Haha so, kenapa kita perlu wujudkan perbezaan2 yang mcm tu. Ermm...differences is created by human itself, so why us to follow? Isu perkauman sebenarnya adalah agenda untuk kepentingan masing-masing [capitalism] & kenapa pilih yang haluan yang teruk tu, if u can hidup dalam suasana yang harmoni happily with other people. Yang penting respect each other, tu je [yeah!]. Kalaulah semua orang leh hapuskan prasangka buruk, buang segala kepentingan diri & hormat antara satu sama lain [dan lain2 sifat yg elok] insyaAllah, mesti dunia akan jadi a better place...
hari ni dah genap seluruh umat islam sedunia menyambut hari ke-24 berpuasa. pergghhh!!! sgt cepat masa berlalu, rasanya mcm baru semalam je kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni. so, dah bertambah ke amalan kita? hehe pada yang berjaya menambah amalan, ibadat & taqwa tu, alhamduLillah...tahniah la utk anda. tp yng x berapa nk berjaya tu, xpe jgn putus asa utk beusaha tambahkan pahala ok =)
kali ni aku nak bercerita ttg cara aku sambut raya. yezza! sblm ni ak mmg main blasah je sambut raya, xda proper sgt pun. tp utk thn ni,ak cuba juga celebrate. sebabnya? emm...maybe sbb ak dh di penghujung pengajian aku di shah alam ni, maka sepatutnya aku mengambil pluang yang ada ni utk merasa 'suasana hari raya' di perantauan. aishh! bukanla bermakna ak x balik raya kat penang langsung, dosa. derhaka namanya tu ahaks! cuma mungkin aku nk merasa bagaimana wat preparation semasa di perantauan, sbb sblm ni mmg x pernah. siyes x pernah. even, x terusik pun hati ni nk beli-belah time raya haha...tapi utk tahun ni lain sket, ikuti pengalaman aku prepare raya di perantauan.
first thing first. kena beli baju raya laa...masalahnya ni first time aku nak beli baju melayu. haha selama ni mak aku je yang uruskan. aku sepatah haram pun tak tahu nak beli pesen mcm mana. asal ada, kira ok la. kalau xda pun xpe. tp memandangkan aku mmg dh kehabisan baju melayu, so kena la beli jugakk. ok. tempat yg aku nak beli baju mesti la jalan tunku abdul rahman. ni pun first time aku g time2 dekat2 raya. selama 3 tahun aku kat keyell ni, haram x pernah pergi pun. tapi sbb nk feel jugakk2 makanya aku g la masa malam weekend. hasilnya? pergghhh!!! ak lebih nampak org daripada brg yg aku nak beli tu. jtar sesak dgn ribuan manusia, sampai aku pun naik fedup nk beli apa2. mau xnya beb, baru je aku nk pegang baju, nk tengok2, tup2 ada la manusia2 yg dok berebut nk pegang sama. apa kes nih? pertandingan sapa cepat dia dapat ke?? huh! ni la first time aku bertemu manusia2 yg semacam tu. walaupun mybe org lain dh biasa, tp aku tidak beb!! tu namanya kurang ajar!!! tolong la beretika time membeli brg. bukannya nk lari pun brg tu sampaikan nk berebut. kalau dh x dpt, anggap je la xda rezki. mudah kan? tp kebanyakan manusia kalau bab sabar ni mmg kantoi. siyes cakap, pakcik2 makcik2 pun bleh terjunam kekantoian mereka ke paras lembah hina-dina. kdang2 yg nmpak 'berpengalaman' pun leh tersasar kesabaran mereka hanya kerana...yes! keinginan yg membuak2. ahaks! slamat la kesabaran aku masih ada, maka xda adegan tarik2 baju ataupun tarik2 rambut haha... "oklah makcik,ambik je la baju tu. saya dah xnak pun." [senyum] so malam tu, aku mmg x beli apa pun. penat tu satu hal juga, bengang pun lagi satu hal. so aku plan later2 je la ak dtg lagi utk beli.
hambikk!!! bergaduh sbb sale!!! tu blom bergaduh berebutt suami tu haha!!!
next plan, aku g siang weekday... best betul. x ramai org. maknanya aku masih ada ruang nk wat pilihan. kalau malam tu aku g dengan 3 org member aku [yg masing2 x beli apa pun haha...ramai sgt2 smpai xleh nk beli!], kali ni aku g dengan sorg member je, Bard sbb dia pun fedup nk g malam2 & weekend haha. kami bermula shopping dr kul 3pm sampai la ke 9pm. perghhh!!! lama siott...so atas panduan yg dia kasi,alhamduLillah, berjaya juga aku membeli sepasang baju melayu [yeay!] kaler hijau+kuning tanah. emmm...xnak kalah dgn warna hijau sbb tetap nk sama dengan 'org tu' haha. dlm kepenatan shopping, sempat jugakk g urut2 kat kerusi urut tu. pergghhh!!! sedapppp...kasi refresh tenaga balik. then bila nk berbuka posa, normally mmg ramai org & xda tempat langsung. so, aku dgn Bard just beli air tin & lepak je kat dataran Sogo. emm...yg best nyer, ramai jugak org lepak kat situ.x kira la apa jenis org tu, pegawai dbkl ke, pangkat ke, darjat ke, semua lepak sekali. nampak best betul, sbb mmg dlm Islam pun xda ukuran darjat. semua sama je di sisi Tuhan Yang Maha Esa [senyum].
best kan kalau mcm ni... =)
lepas shopping2 kat sogo [hehe 2nd round shopping], penat tu usah kata laa...mmg cam nk meletup kaki & kepala haha then bila sampai umah, terus 4flat [pencapaian terbaik lepas shopping haha]. then baru la aku realise, respekk betul kat pompuan nih, leh shopping berjam2 non-stop. kalau aku mmg dh give-up awal2 ahaks! andainya kudrat pompuan tu leh convert ke masakan, confirm dh mampu bukak restoran hahaha...
aahhh...dh give-up.xnak shopping kaw-kaw lagi muhuhuhu
notatangan : raya setahun sekali, x salah berbelanja. tp mesti ada hadnya... jgn smpai lupa pada rezekiNya. itulah tanda syukur =)