Sunday, September 26, 2010

kisah budak lelaki & cinta

salam untuk semua.

aku menulis artikel pada hari tanggal 25/9/10 seolah2 mcm tarikh keramat bila ada sesetengah manusia mengalami fasa baru dlm hidup mereka. termasuk aku, tarikh keramat ni seolah2 satu hari yg istimewa, yg ak xdpt nk raikan bersama, namun cukuplah sekadar doa2 bahagia. ok. kali ni aku nak bercerita ttg kisah seorang budak lelaki dengan cintanya pada seorang budak perempuan. xda kena-mengena dengan sesiapa, namun maybe secara kebetulan plot2 cerita ni bermain2 di kepalaotak aku. huhu. ok. jom masuk panggung!



tajuk: cerita budak-budak x payah ada tajuk laa...

cerita ni bermula pada zaman 1990an, zaman kaler kuning-kekuningan tu & manusia2 masih mengamalkan rukun hidup tradisional di kampung2. semua hidup dalam harmonis. jiran-jiran dianggap saudara & jalinan kekeluargaan sememangnya sangat kuat. termasuk budak lelaki & budak perempuan ni. mereka hidup berjiran, selang beberapa langkah dari rumah masing2. bermulanya perkenalan mereka masih samar2, namun sejak kecil dh berkawan baik. budak perempuan tu mengaji al-Quran di rumah budak lelaki, bergurukan Tok  budak lelaki tu. kemudian berganjak ke alam tadika bersama. masing2 tetap berkawan, namun kadang2 tetap bersaing utk menentukan siapa yg terbaik. bermula dalam pengajian al-Quran, kelebihan budak lelaki ni bilamana Tok beliau seorang guru al-Quran. maka lebih pantas menguasainya. sedangkan anak2 murid yang lain agak kelambatan, sbb sesi pengajian hanya sekali sehari di waktu siang sahaja. namun, budak lelaki pun ada egonya. beliau mengambil mudah, xnak bersungguh2, selalu xnak mengaji. maka budak perempuan itu berjaya meninggalkan jauh pengajian beliau ke hadapan. bermula dari situ, budak lelaki terasa tercabar. maka hubungan baik mereka kadang2 bersilih saing untuk menentukan siapa yg terbaik.

di sekolah rendah x banyak bezanya. budak lelaki menjadi sangat nakal sedangkan budak perempuan itu tidak terlintas langsung dalam perhatiannya. budak lelaki menjadi romeo seawal darjah 1, melamar rakan sekelas yang lain. seorang pacar yang urban, namun akhirnya terpisah jua. namun ketentuan tetap ketentuan. budak lelaki ini menjadi pasangan untuk budak perempuan itu dalam drama cinderella, pementasan di sekolah paling diperkatakan dalam sejarah memori pelajar2 di situ. namun, semuanya sekadar kawan. x lebih dari itu. malah, sesi bergaduh kadang2 menjadi lebih teruk bila mereka duduk bersebelahan meja secara berpasangan. sering x sependapat sudah menjadi perkara biasa. sehinggalah ke darjah enam bilamana budak perempuan dilantik menjadi ketua murid sedangkan si budak lelaki hanya sebagai penolong ketua murid sahaja. walaupun dalam rantaian sejarah, tidak pernah dalam 1 tahun pun beliau tidak memegang jawatan sekurang2nya sebagai ketua kelas. namun mengapa pula jawatan tertinggi dlm sekolah menjadi sandaran budak perempuan itu. menambahkan dendam & ego budak lelaki ini. sifat bersaing menjadi makin membakar, tercenderung menjadi antara permusuhan yang diam. budak lelaki tenggelam dalam dendam. lebih2 lagi bila sang guru menyebelahi budak perempuan itu. 

menginjak ke sekolah menengah, budak lelaki langsung tidak menghiraukan budak perempuan. masing2 membawa haluan. iya. mencari hala tuju sendiri, apatah lagi berada dalam kelas yang berlainan. tak banyak beza pun, namun setiap kelas cuba mencambahkan persaingan merebut takhta elit. masing2 tetap bersaing. budak lelaki dengan karenah hidupnya, cuba menyemai cinta juga antara pelajar2 yang lain. namun, hampa. x ke mana pun. budak lelaki hanya memandang budak perempuan yang makin jadi perhatian semua. seorang pengawas, cantik dalam kelompoknya yang tersendiri, menambah2kan kebencian di hati budak lelaki. sehinggalah meningkat ke tingkat menengah atas, entah bagaimana takdir memainkan peranan. budak lelaki menjadi perhatian guru2 di situ. bersama memikul tanggungjawab sebagai pengawas juga atas lantikan baru. bersama juga dengan budak perempuan menempuh pelbagai tanggungjawab termasuk dalam perwakilan ke pelbagai pertandingan debat. kerjasama yang terjalin menyemai hubungan yang lebih baik. tiada lagi permusuhan, mungkin tidak lagi dalam waktu itu.

pertemuan yang selalu menjadikan budak lelaki makin tertarik dengan budak perempuan. jujur hatinya melamar si dia menjadi kekasihnya. namun belum sempat, diberi kata putus pula. si budak lelaki hanya diam. selama itu hanya diam, namun masih tetap berkawan dengan budak perempuan seolah2 tiada apa yang berlaku. namun diam budak lelaki menjadi tersangat parah & akhirnya memakan diri. budak lelaki juga tidak menyangka, laksana gunung berapi, makin terpendam makin memakan sanubari. dia sendiri tidak pasti apakah yang berlaku, tapi begitulah...kekecewaan sememangnya bisa membuatkan seseorang menjadi 'orang lain' & dendam itu akhirnya bertukar menjadi penerimaan yang tiada sesiapa pun tahu. hati lelaki itu mati.

budak lelaki hanya melihat budak perempuan menjalinkan cintanya dengan org lain. pelbagai orang. namun mengapakah tiada peluang untuknya? kadang2 budak lelaki bingung apakah yang budak perempuan itu cari, apakah lelaki2 ini sekadar pengisi hati? budak lelaki juga memahami. di kala lamaran itu, budak perempuan sudah menjadi milik orang lain. dia juga memahami, tiada lagi ruang di hati budak perempuan itu. walaupun sekelumit pun. namun ada juga yang tidak difahami budak lelaki itu... budak perempuan tak mahu sahabat sejak kecilnya dikecewakan, dilukai seandainya budak perempuan x mampu memberi cintanya kepada budak lelaki itu. lebih baik lupakan sahaja hasrat untuk cuba berbahagia bersama... namun apakah budak perempuan itu tahu, segala2 yang dilakukan selama mereka berkenalan adalah kerana kuatnya kasih sayang budak lelaki itu untuk dia. x pernah pun si budak lelaki meminta balasan, hanya keikhlasan berkawan mewarnai hidupnya. tapi, semuanya makin terlambat... masa makin suntuk untuk berubah. apatah lagi bila 'dendam' budak lelaki perlahan2 memakan diri & menghilangkan identitinya.

masih punya kenangan. budak lelaki banyak bersama budak perempuan, walaupun tiada sebarang hubungan istimewa. bagi budak lelaki itu, persahabatan juga punya keajaibannya, dan biarlah dirinya sahaja yang tahu hal itu. selama budak lelaki cuba mendekati budak perempuan semata2 ingin mencuri sedikit kebahagiaan bagi dirinya... pementasan drama kemerdekaan, bergandingan dalam editorial majalah sekolah & juga pernah bersama bergandingan dalam pengacaraan hari guru; menambah 1001 kenangan manis buat lelaki itu. sehinggalah apabila budak lelaki nekad meninggalkan zaman sekolah ke peringkat diploma, keadaan sudah berubah secara total.

budak lelaki sudah tidak sama lagi. dia dah menjadi bukan dirinya lagi. sebarang perempuan dijadikan sebaran dendam. beliau memancing cinta2 mereka dengan sifat naifnya, namun akhirnya melepaskan mereka terkontang-kanting dalam derita kecewa. budak lelaki berasa puas walaupun tidaklah gembira dengan segala perbuatan. hatinya dah mati. mayat cintanya sudah lama kebumi. apakah masih punya sisa2 kasih sayang untuk cintanya bersemi...? yang tinggal hanyalah kepalsuan dalam kehidupannya. pernah budak perempuan meminta kembali bersama, namun budak lelaki sudah tidak dapat berkata apa. semuanya sudah terlambat. sangat2 terlambat. dalam masa itu, untuk memutar kembali waktu sudah menjadi terlalu mustahil. budak lelaki sudah hilang cintanya, apakah mudah menggali kembali sedalam pengebumian itu...? namun budak lelaki tidak menipu, dia masih sayangkan budak perempuan. cuma, keadaan sekarang sudah tidak sama lagi...

hari berganti hari... umurnya sudah mencecah separuh abad. hati budak lelaki itu sudah mereput. tiada lagi nurkasihnya. yang tinggal jalan2 hitam yang jadi langkah2nya berjalan. namun, beliau tidak pernah lupa pada budak perempuan itu. apatah lagi bilamana budak perempuan itu sudah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya. mungkin, penamat budak lelaki di situ. namun, dalam kamarnya masih terlekat gambar si dia & masih tersemat dalam dompetnya... 

Sambil tersenyum memandang potret itu, "selamat pengantin baru."

[tamat?]

terngiang2 lagu ini menutup tirai panggung...



notatangan: sekadar suka2 mencari ruang & peluang dalam menulis kisah yang bukan2...hehe. ohya! kepada yg telah, sedang atau akan datang melangsungkan perkahwinan, selamat berbahagia hingga ke akhir hayat okay. dikurniakan segala rezeki & kenikmatan yang baik2 dunia dan akhirat... diri ini sekadar menumpang bahagia kalian, sejuk mata memandang & sejuk juga hati yang mendoakan... [senyum].

No comments: