salam untuk semua.
semakin org berbicara ttg isu perkauman & racist, semakin aku terpanggil utk bersembang2 ttg bab ni dlm kotak penulisan aku. hehe bukannya sengaja nak membangkitkan isu panas, cuma bila bijak-pandai asyik bercerita ttg sejarah & golongan muda pula lantang bersuara memekik konteks-konteks nasionalisme, maka aku rasa ada bagusnya bila semua orang kembali kepada asalan kita. [wahh!!! baikk punya introduction haha]
![]() |
what? we cannot be friends anymore?? why??? |
ok. aku cuma nak bercerita ttg pengalaman raya aku tahun ni. ermm...x banyak sangat yang menarik, tp tetap seronok menyambutnya di rumah sendiri di Penang. dan antara kunjungan yang paling bermakna pastinya lawatan keluarga Mei Lin sempena raya ke rumah aku. yup. Mei Lin adalah keluarga berbangsa Cina, yang selama ni aku sudah lupa tentang mereka. Kisahnya bermula bila dahulu arwah datuk aku pernah menjaga seorang budak Cina di kuala. tp bukanlah jaga sepenuhnya, sbb time tu parents budak cina pun ada lagi. cuma arwah datuk aku suka singgah kat rumah diorg & bawa anak-anak diorg jalan-jalan. kalau x silap aku, time tu aku masih kecik lagi, g jalan-jalan naik moto,ronda-ronda keliling kampung, so, secara x langsung hubungan antara arwah datuk aku dgn keluarga cina tu menjadi sangat baik, sampaikan anak-anak diorg dah anggap datuk aku tu cam keluarga sendiri. benda ni berlarutan sampai entah berapa lama, aku sendiri pun dh agak-agak lupa. sebab arwah datuk aku pun dah lama meninggal dunia, termasuk ayahanda dan seorang anak lelaki keluarga tu. hubungan pun terputus di situ; tiada lagi kunjungan keluarga masing-masing...
![]() |
young man always have the old days. remember! |
Tahun lepas, entah macam mana, mak aku terjumpa dengan bonda keluarga tu kat pasar (if x silap laa). then, mak aku tegur & tanya pasal Mei Lin. menariknya bermula dengan pertanyaan tu, malam harinya keluarga Mei Lin terus dtg kat rumah aku; membawa bondanya sekali. Mei Lin pun dah berkahwin & ada seorang anak lelaki. Bonda Mei Lin sungguh-sungguh nak bawa juga anak dia jumpa keluarga aku...Dan pada tu, bermula la mereka bercerita tentang kisah-kisah Tok Mat (panggilan arwah datuk aku) dengan keluarga aku; suatu benda yang jarang-jarang kitorg berbual tentangnya...Yerlah, bila bercakap ttg orang2 tersayang yang telah tiada, sayu pula. sbb tu jarang berbicara. tapi bila sesekali berbual ttgnya, rasa istimewa pula. seolah-olah kenangan dan pengalaman tu kembali hidup dalam ingatan. rasanya lama juga parents aku & family Mei Lin bersembang malam tu, dan aku fikir mungkin ianya akan berakhir di situ juga.
Tapi sangkaan aku meleset bila raya tahun ni, keluarga Mei Lin berkunjung lagi. Dan hubungan baik pun berlaku sekali lagi. Entah kenapa, aku seronok juga melayan anak Mei Lin tu, walhal time dulu-dulu aku la yang sangat-sangat jeles & confius bila arwah datuk aku baik sangat dengan keluarga diorg terutamanya dengan "bebudak Cina" yang menjadikan arwah datuk aku sebagai antara saudara mereka. Hehe anak Mei Lin sangat nakal & sangat berbakat. Kenapa aku kata macam tu? Sebab dia sangat-sangat tertarik dengan Lappy aku dan asyik sangat bermain dengannya. Pandai gerakkan mouse dan main applications, walaupun first time belasah je. Haha aku bajet mesti dia x pernah pakai pun kmputer ataupun rumah diorg xda komputer. Tapi Mei Lin mcm tertarik bila tgk anak dia tu berminat dengan teknologi ni, so dia tanya aku "Boleh tak dia pakai benda tu?" Hehe aku pasti lepas ni mesti Mei Lin terus beli kmputer untuk anak dia. Then aku realise; ouhhh....agaknya mcm ni kot bebudak Cina deal with it. Kalau bab pelajaran, mmg parents akan support habes2an & diorg akan serious about it. Ahaks! Sesuatu yang jarang2 ada dalam komuniti Melayu [kan?].
Ahaks! Ok. Sebenarnya aku bleh nampak keindahan dalam hubungan yang sebegitu. Persetankan dengan perbedaan budaya atau apa-apa sahaja. Kita ni manusia beb, semuanya sama. Kau berlainan bangsa, darah kau warna lain ke? Xda maknanya!! Haha so, kenapa kita perlu wujudkan perbezaan2 yang mcm tu. Ermm...differences is created by human itself, so why us to follow? Isu perkauman sebenarnya adalah agenda untuk kepentingan masing-masing [capitalism] & kenapa pilih yang haluan yang teruk tu, if u can hidup dalam suasana yang harmoni happily with other people. Yang penting respect each other, tu je [yeah!]. Kalaulah semua orang leh hapuskan prasangka buruk, buang segala kepentingan diri & hormat antara satu sama lain [dan lain2 sifat yg elok] insyaAllah, mesti dunia akan jadi a better place...
Selamat Hari Malaysia
Say No To Racist!
No comments:
Post a Comment