Friday, November 12, 2010

pelamin anganku musnah... kecewa lara duka...

salam untuk semua.

aku sebenarnya dh malas nak merungkai kisah2 lama & menjenguk kembali ke masa2 lepas, semata2 utk membuatkan aku lebih kuat menghadap masa depan [?], walaupun pada hakikatnya x begitu. malah makin menjerat aku dgn kesakitan yg belum pun pasti bila kan reda dan sembuh jua... baru semalam aku terpandang gambar2 persandingannya. bodohnya aku! sengaja juga aku view walaupun aku tahu akhirnya yg nak meraung hanyalah aku sorg2 kat sini... bodohnya aku! sengaja membiarkan hati aku bagaikan disiat2 setiap kali memandang gambar itu. bukan kerana cemburu atau sebagainya... tapi aku x boleh x jujur dgn diri aku. perasaan yg bukan dikawal aku ni makin pantas luluh dalam libasan belati duri yg bisanya hnya aku sendiri yg tahu & tanggung... aduh! bodohnya aku! semalam aku sengaja mencari nahas lagi...


menambah sakitnya hati aku bila ada pula cakap2 yg mengeji, menghina & mengkritik diri aku kerana sengaja x menghadirkan diri dalam majlis perkahwinannya... pantas mereka menghukum aku seumur hidup semata2 aku x menjejak ke majlis itu & 'meraikan' bersama. aduhaii... malang betul...! kau x berada di tempat aku, semudahnya kata2 kau melabelkan aku itu ini...kalau kau berada di tempat aku apakah kau tahu apa yg aku hadap selama ini???

lagu Pelamin Anganku Musnah - Azie; aku rasakan dapat menceritakan keadaan aku semasa itu dan semasa sekarang. kebetulan pula, nama penyanyinya seakan2 dgn lagunya juga seakan2... tp biarlah... biar keajaiban lagu ni menceritakan...

Pelamin Anganku Musnah - Azie

"...hayati lirik ini, antara kau memahami apa yg aku sedang lalui..."

so, kepada mulut2 jahat, mulut2 jahanam, mulut2 lahanat, mulut2 longkang, mulut2 loji, mulut2 celaka, mulut2 seangkatan dengannya; harap ko faham apa yg tgh aku hadap selama itu & selama ini. jgn pandai sedap hati sedap mulut je kau kutuk2 aku & hukum2 aku x memasal. gunakanlah akal kau yg cetek dan hati kering gurun sahara kau tu utk faham serba-sedikit lirik lagu ni, sekurang2nya terbukak sikit minda kau yg sempit tu. aku bajet pasti kau bahagia dgn life kau sekarang & jgn sesekali menyesal kalau pada satu hari kau juga akan hadapi kesukaran yg aku alami, di saat itu aku harap kau akan lbh tahu bersyukur...

notaTangan: terkilan dgn segolongan manusia... kau bukannya Tuhan utk menghukum sesiapa, kerana kau pun bukannya sempurna. skurang2nya tolong simpati dan jaga hati org lain juga... kerana kau x hadapi kesusahan itu, jgn igt kau akan terlepas dari mendapat ujian2 yg lain. waktu itu, tolonglah jadi 'manusia'!

Thursday, November 4, 2010

sembang2 propa seorang doktor

salam untuk semua.

entah macam mana aku boleh terbeli akhbar Kosmo utk hari ini; disebab tertarik dengan tajuk utama akhbar itu yang mengisahkan tentang tragedi banjir terburuk di Kedah dan Perlis. timbul rasa simpati dengan keadaan di sana, kerana aku anak jati Pulau Pinang yang hidup serumpun bersama2 negeri terbabit. lebih2 lagi secara rasmi aku bernaung di bawah Kesultanan Kedah Darul Aman. keadaan banjir yang besar melanda negeri terbabit sangat menginsafkan; dan semoga ianya kembali pulih dengan izin Allah SWT. aku juga turut tertarik dengan keadaan pilihanraya kecil pada masa yang sama, dan diharapkan aspek politik berkenaan tidak 'menenggelamkan' kebajikan yang berterusan di negeri-negeri yang mengalami bencana alam...

aku menyelak sehelai demi sehelai berita di dada akhbar. sejujurnya aku tidak suka membaca akhbar. sungguh! disebabkan kebanyakan pengisian akhbar dipenuhi dengan berita2 yg memilukan seperti kes bunuh, kes pembuangan bayi, kes jenayah, kisah politik2 busuk dan sebagainya yang sedikit-sebanyak mempengaruhi 'keindahan' hari2 aku. lebih baik tidak tahu berita2 yg sebegitu. ermm... hal yang semacam ini seolah2 mencerminkan mentaliti masyarakat malaysia yang masih di tahap... [ermmm anda faham2 sendirilah ya.] kalau boleh aku pun tak mahu memikirkannya. jijik!

antara artikel yg pernah tersiar dlm Kosmo!

dalam aku mentelaah berita, tiba2 aku terpandang 1 artikel mengenai sebuah filem pada 1 muka surat penuh. ya! aku rasa semua pasti dapat meneka. filem 2 Alam yang digembar-gemburkan saban hari oleh Dr. Rozmey, malah aku agak hampir setiap hari muka dia sahaja yang ada dalam akhbar Kosmo. yup! antara salah satu sebab mengapa aku tidak suka akhbar, sbb penuh dengan propaganda & iklan2 busuk. hehe bahasa yang agak kasar, maaflah. tiba-tiba aku teringat tentang sesuatu... cakap2 seseorang ttg DDR & 2 Alam ni... aku tersenyum sendiri. kata2nya masih terngiang2 di telinga.

2 Alam = DDR = Dr.Propah

"...aku bukannya apa. sebagai salah seorg yg terlibat dlm industri perfileman ni, aku terpanggil nak komen pasal dr.propa ni. sebabnya, dr.propa ni dh mula buat gangguan dalam industri kita. bayangkan la, dia dok canang filemnya laku rm40juta...kau gila rm40juta??? x realistik langsung! lepas tu dok propa lagi dengan kualiti filemnya yang bagus, cerminan budaya, bla..bla..bla.. walhal dia seolah2 dok tipu semua org dengan fakta2 yg ntah dari mana kutipnya. ckup2lah membadutkan diri depan masyarakat. nanti masyarakat benci!! lagipun dulu dia dah membelakangkan Finas dan mengutuk skim wajib tayang. last2, jilat balik ludah tu. dia tu kalau x faham ttg filem, belajar! jangan tunjuk pandai & berlagak sombong. lepas tu beli iklan kat akhbar, tulis tinta ttg filem dia, kononnya bagus sangat. walhal ayat2 dalam artikel tu pun berterabur... ntah mana etika penulisan yg dia belajar ntah. sangat2 memalukan. lebih2 lagi dalam industri perfileman malaysia yang tak segah mana ni, dh la industri kita masih di tahap suam-suam kuku, nak banding dengan negara2 jiran pun masih x menentu hala tuju...pulak tu muncul pula badut kosmetik yang dok canang filem dia dengan fantasi2 yang masih jauh kesahihannya...kemudian jual label 1 malaysia, kononnya kalau x sokong filem dia, maka x patriotik la gamaknya..."

aku hanya tersenyum. bersemangat betul org tu mengkritik ddr dan 2 alam. kadang2 bila fikirkan, betul juga. aku sendiri baca tinta dia dlm kosmo, mempromosikan filemnya. x salah. aku akui itu mungkin strateginya. tapi bila terbaca ayat2 yang tunggang-langgang, dan berdekah2 mendabik dada kononnya filem itu sgt2 superior, maka aku pun turut terpana dengan rasa jelik. emm...tp xtahulah. sbb masih x tgk lagi filem tu bagaimana. mungkin melalui laman2 ini [blogger2 yg dh tonton lbh awal] amy ikram, tonton filem, ajami hashim, boleh memberi sedikit input ataupun hint; bagaimana rupa sebenar filem 2 alam ni. mereka lebih arif, mungkin juga punya signifikan apabila berhujah ttgnya...

walaupun kadang2 aku agak 'cemuih' [meluat, menyampah : dlm bahasa utara] dgn propa ddr, namun dari segi lain aku melihat ianya seorg usahawan yang bagus. iya, usahawan melayu. agak x manis bila org melayu tak sokong org melayu kan... entahlah. aku malas berhujah ttg itu. ikut sajalah... [senyum kelat!]. [jadi lepas ni jgn sapa2 tuduh atau mengata aku x patriotik pada nusa dan bangsa aku k.] cuma bila ddr asyik membadutkan diri, ia seolah mencalar imej dan sekaligus industri perfileman yang gah itu. mungkin itu antara perancangan ddr, bilamana makin org benci, makin mendesak2 org nk kutuk2 dia di pawagam, so conclusion nya, org akan tgk jugakk filem dia. nice try, doctor! you are using human weaknesses to apply your business skills. i like! yup. manusia lebih mudah tewas dgn emosi, dan secara tanpa sedar that desire mendorong manusia melakukan ikut kata hati; walhal itulah yang sebenarnya dikehendaki oleh pihak yang satu lagi. bijak kan strategi ini. good job!

kat sini aku sertakan trailer filem 2 alam tu. at first glance, it seems to be dramatic. but, bila baca review2, xlah pulak sebegitu perginya hala tuju filem ini. hehe...bila dh jd student filem ni, tgk citer2 kat panggung pun dh x mcm org biasa. sgt2 x best. jadi org biasa seronok, sbb leh tgk semua filem tanpa prejudis dengan pemikiran yang zero. so dapatan filem tu akan menjadi lbh 'ikhlas'... hehe [wink].



notaTangan: hehe...secara tidak langsung, aku pun seolah2 sedang mempromosikan filem 2 Alam ni... [ketawa].tp just a thinking, if korg nk tahu mcm mana feelnya naik kereta f1, kenapa x cubanya sendiri? hehe get what i mean? [wink]

Black Suit on the Road, 2010

salam untuk semua.

sedang aku menyelongkar beberapa helaian kertas untuk mencari data-data & maklumat tentang thesis [poyo jer...haha], tetiba aku terserempak dengan satu helaian kertas berconteng2 arang nih. hehe i remember. kertas ni aku conteng2 masa kelas dokumentari aritu [hehe sorry en.Khairulfazi... tgh cari2 idea... =p]. masa tu kalau x silap aku in the middle of first half of 2010, dalam bilik en.Norman; bila semua student tgh perah otak cari idea untuk menerbitkan filem dokumentari [haha...yer la tu! igt aku x nampak beberapa makhluk sedang sibuk bergossip & ada jugakk yg kecundang dengan filem2 screening doku yg nyata amat membosankan hingga ke tulang belikat! kan, Falique? muahaha..!] dalam menconteng2 kertas tu, tiba2 teringat ttg sesuatu & dtg inpirasi nak wat poem. so, tercurahlah idea utk create 1 poem ttg...


Black Suit on the Road

I am try to avoid,
doesn't mean that I hate.
So, I won't feel the lost.
And the lonely it takes.

The wonder and respects
as the remain cakes.
Left behind for the thoughts
and the motion that created.

One of the crowd,
he is the only everyone talked about.
Black suit on the road
and the path that he choose.

Silent on the night.
He stand out to fight.
He is on his black suit.
Yes. The one who I salute.

[Norman's Room, 2010]

hehe gila x aku time tu, org tgh sibuk2 belajar, aku sibuk2 cipta poem. tp inilah antara memori2 yg tinggal sementara aku masih di situ. lagipun kadang2 memori itu yang mengajar aku untuk jadi 'manusia', so aku x pernahnya nak menyesal mengalami semua tu.

notaTangan: kalaulah dia boleh nampak segala2nya yang sedang berlaku dalam fakulti, apakah yang akan difikirkannya... en.Norman, your students really miss you. [senyum]