salam untuk semua.
aku sebenarnya dh malas nak merungkai kisah2 lama & menjenguk kembali ke masa2 lepas, semata2 utk membuatkan aku lebih kuat menghadap masa depan [?], walaupun pada hakikatnya x begitu. malah makin menjerat aku dgn kesakitan yg belum pun pasti bila kan reda dan sembuh jua... baru semalam aku terpandang gambar2 persandingannya. bodohnya aku! sengaja juga aku view walaupun aku tahu akhirnya yg nak meraung hanyalah aku sorg2 kat sini... bodohnya aku! sengaja membiarkan hati aku bagaikan disiat2 setiap kali memandang gambar itu. bukan kerana cemburu atau sebagainya... tapi aku x boleh x jujur dgn diri aku. perasaan yg bukan dikawal aku ni makin pantas luluh dalam libasan belati duri yg bisanya hnya aku sendiri yg tahu & tanggung... aduh! bodohnya aku! semalam aku sengaja mencari nahas lagi...
menambah sakitnya hati aku bila ada pula cakap2 yg mengeji, menghina & mengkritik diri aku kerana sengaja x menghadirkan diri dalam majlis perkahwinannya... pantas mereka menghukum aku seumur hidup semata2 aku x menjejak ke majlis itu & 'meraikan' bersama. aduhaii... malang betul...! kau x berada di tempat aku, semudahnya kata2 kau melabelkan aku itu ini...kalau kau berada di tempat aku apakah kau tahu apa yg aku hadap selama ini???
lagu Pelamin Anganku Musnah - Azie; aku rasakan dapat menceritakan keadaan aku semasa itu dan semasa sekarang. kebetulan pula, nama penyanyinya seakan2 dgn lagunya juga seakan2... tp biarlah... biar keajaiban lagu ni menceritakan...
Pelamin Anganku Musnah - Azie
"...hayati lirik ini, antara kau memahami apa yg aku sedang lalui..."
so, kepada mulut2 jahat, mulut2 jahanam, mulut2 lahanat, mulut2 longkang, mulut2 loji, mulut2 celaka, mulut2 seangkatan dengannya; harap ko faham apa yg tgh aku hadap selama itu & selama ini. jgn pandai sedap hati sedap mulut je kau kutuk2 aku & hukum2 aku x memasal. gunakanlah akal kau yg cetek dan hati kering gurun sahara kau tu utk faham serba-sedikit lirik lagu ni, sekurang2nya terbukak sikit minda kau yg sempit tu. aku bajet pasti kau bahagia dgn life kau sekarang & jgn sesekali menyesal kalau pada satu hari kau juga akan hadapi kesukaran yg aku alami, di saat itu aku harap kau akan lbh tahu bersyukur...
notaTangan: terkilan dgn segolongan manusia... kau bukannya Tuhan utk menghukum sesiapa, kerana kau pun bukannya sempurna. skurang2nya tolong simpati dan jaga hati org lain juga... kerana kau x hadapi kesusahan itu, jgn igt kau akan terlepas dari mendapat ujian2 yg lain. waktu itu, tolonglah jadi 'manusia'!
2 comments:
bmw..best man win..hahaha sbo la abg pesal..da ttulis jdoh dia da smpi..
hehe tu kisah lama lah...parut pun dh xda kesan2 lg dahh...mmglah best man win...aku suka dgn jodoh dia. cuma bila masih ada cakap2 yg dok mengungkit, mmg sengaja tempah nahas la dr aku tu... tp xda apalah... smua dh ok ;-)
Post a Comment