entah macam mana aku boleh terbeli akhbar Kosmo utk hari ini; disebab tertarik dengan tajuk utama akhbar itu yang mengisahkan tentang tragedi banjir terburuk di Kedah dan Perlis. timbul rasa simpati dengan keadaan di sana, kerana aku anak jati Pulau Pinang yang hidup serumpun bersama2 negeri terbabit. lebih2 lagi secara rasmi aku bernaung di bawah Kesultanan Kedah Darul Aman. keadaan banjir yang besar melanda negeri terbabit sangat menginsafkan; dan semoga ianya kembali pulih dengan izin Allah SWT. aku juga turut tertarik dengan keadaan pilihanraya kecil pada masa yang sama, dan diharapkan aspek politik berkenaan tidak 'menenggelamkan' kebajikan yang berterusan di negeri-negeri yang mengalami bencana alam...
aku menyelak sehelai demi sehelai berita di dada akhbar. sejujurnya aku tidak suka membaca akhbar. sungguh! disebabkan kebanyakan pengisian akhbar dipenuhi dengan berita2 yg memilukan seperti kes bunuh, kes pembuangan bayi, kes jenayah, kisah politik2 busuk dan sebagainya yang sedikit-sebanyak mempengaruhi 'keindahan' hari2 aku. lebih baik tidak tahu berita2 yg sebegitu. ermm... hal yang semacam ini seolah2 mencerminkan mentaliti masyarakat malaysia yang masih di tahap... [ermmm anda faham2 sendirilah ya.] kalau boleh aku pun tak mahu memikirkannya. jijik!
![]() |
antara artikel yg pernah tersiar dlm Kosmo! |
dalam aku mentelaah berita, tiba2 aku terpandang 1 artikel mengenai sebuah filem pada 1 muka surat penuh. ya! aku rasa semua pasti dapat meneka. filem 2 Alam yang digembar-gemburkan saban hari oleh Dr. Rozmey, malah aku agak hampir setiap hari muka dia sahaja yang ada dalam akhbar Kosmo. yup! antara salah satu sebab mengapa aku tidak suka akhbar, sbb penuh dengan propaganda & iklan2 busuk. hehe bahasa yang agak kasar, maaflah. tiba-tiba aku teringat tentang sesuatu... cakap2 seseorang ttg DDR & 2 Alam ni... aku tersenyum sendiri. kata2nya masih terngiang2 di telinga.
2 Alam = DDR = Dr.Propah
"...aku bukannya apa. sebagai salah seorg yg terlibat dlm industri perfileman ni, aku terpanggil nak komen pasal dr.propa ni. sebabnya, dr.propa ni dh mula buat gangguan dalam industri kita. bayangkan la, dia dok canang filemnya laku rm40juta...kau gila rm40juta??? x realistik langsung! lepas tu dok propa lagi dengan kualiti filemnya yang bagus, cerminan budaya, bla..bla..bla.. walhal dia seolah2 dok tipu semua org dengan fakta2 yg ntah dari mana kutipnya. ckup2lah membadutkan diri depan masyarakat. nanti masyarakat benci!! lagipun dulu dia dah membelakangkan Finas dan mengutuk skim wajib tayang. last2, jilat balik ludah tu. dia tu kalau x faham ttg filem, belajar! jangan tunjuk pandai & berlagak sombong. lepas tu beli iklan kat akhbar, tulis tinta ttg filem dia, kononnya bagus sangat. walhal ayat2 dalam artikel tu pun berterabur... ntah mana etika penulisan yg dia belajar ntah. sangat2 memalukan. lebih2 lagi dalam industri perfileman malaysia yang tak segah mana ni, dh la industri kita masih di tahap suam-suam kuku, nak banding dengan negara2 jiran pun masih x menentu hala tuju...pulak tu muncul pula badut kosmetik yang dok canang filem dia dengan fantasi2 yang masih jauh kesahihannya...kemudian jual label 1 malaysia, kononnya kalau x sokong filem dia, maka x patriotik la gamaknya..."
aku hanya tersenyum. bersemangat betul org tu mengkritik ddr dan 2 alam. kadang2 bila fikirkan, betul juga. aku sendiri baca tinta dia dlm kosmo, mempromosikan filemnya. x salah. aku akui itu mungkin strateginya. tapi bila terbaca ayat2 yang tunggang-langgang, dan berdekah2 mendabik dada kononnya filem itu sgt2 superior, maka aku pun turut terpana dengan rasa jelik. emm...tp xtahulah. sbb masih x tgk lagi filem tu bagaimana. mungkin melalui laman2 ini [blogger2 yg dh tonton lbh awal] amy ikram, tonton filem, ajami hashim, boleh memberi sedikit input ataupun hint; bagaimana rupa sebenar filem 2 alam ni. mereka lebih arif, mungkin juga punya signifikan apabila berhujah ttgnya...
walaupun kadang2 aku agak 'cemuih' [meluat, menyampah : dlm bahasa utara] dgn propa ddr, namun dari segi lain aku melihat ianya seorg usahawan yang bagus. iya, usahawan melayu. agak x manis bila org melayu tak sokong org melayu kan... entahlah. aku malas berhujah ttg itu. ikut sajalah... [senyum kelat!]. [jadi lepas ni jgn sapa2 tuduh atau mengata aku x patriotik pada nusa dan bangsa aku k.] cuma bila ddr asyik membadutkan diri, ia seolah mencalar imej dan sekaligus industri perfileman yang gah itu. mungkin itu antara perancangan ddr, bilamana makin org benci, makin mendesak2 org nk kutuk2 dia di pawagam, so conclusion nya, org akan tgk jugakk filem dia. nice try, doctor! you are using human weaknesses to apply your business skills. i like! yup. manusia lebih mudah tewas dgn emosi, dan secara tanpa sedar that desire mendorong manusia melakukan ikut kata hati; walhal itulah yang sebenarnya dikehendaki oleh pihak yang satu lagi. bijak kan strategi ini. good job!
kat sini aku sertakan trailer filem 2 alam tu. at first glance, it seems to be dramatic. but, bila baca review2, xlah pulak sebegitu perginya hala tuju filem ini. hehe...bila dh jd student filem ni, tgk citer2 kat panggung pun dh x mcm org biasa. sgt2 x best. jadi org biasa seronok, sbb leh tgk semua filem tanpa prejudis dengan pemikiran yang zero. so dapatan filem tu akan menjadi lbh 'ikhlas'... hehe [wink].
notaTangan: hehe...secara tidak langsung, aku pun seolah2 sedang mempromosikan filem 2 Alam ni... [ketawa].tp just a thinking, if korg nk tahu mcm mana feelnya naik kereta f1, kenapa x cubanya sendiri? hehe get what i mean? [wink]
No comments:
Post a Comment