Kata org; jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman. Maka utk kesekian kalinya Geng2 Boyan tlh merancang utk bercuti ke Kuala Lumpur & Melaka. Yeap! Setelah peristiwa percutian di Langkawi last year yg mmg banyak cerita2 + kisah2 tersendiri; utk percutian kali ni sebagai 'penebus' kepada kelemahan2 yg lepas... Dan dgn harapan semoga vacation kali ni akan lbh sukses (ye ker? haha). Nk tahu sukses ke x, kita tgk jew conclusion nyer sebentar lagik ^_^
"yeay! jom jalan2... makan angin & naik angin hehe" Mission : Percutian ke KayEll & Melaka
Date : 4 Jun 2009 (Khamis) - 6 Jun 2009 (Sabtu)
Crew : 1) Aku (Paling cool dlm geng nih hehe)
2) MatYed (a.k.a Along; Playboy beriman haha)
3)PakMan (a.k.a AbgDuda; AbgGersang; ManJanda dsb. hehe)
4) CikNannas (a.k.a Cikgu Kecik; Baby; Juara Tidoq kihkihkih)
5) McLeen (a.k.a MakCik Gemos mcm FaraFauzana haha)
6) Ridz (a.k.a MissPoliceGurl; PakGuard) - *join our group time kat KayEll nnt.
4 Jun 2009, seperti yg dirancangkan sepatutnya rombongan Cik Kiah ni bertolak kul 3.00am. namun atas sbb2 yg x dpt dielakkan terutamanya melibatkan 2 org makcik (CikNannas & McLeen) yg sure akan lambat bangun, maka sesi bertolak ditunda ke 5.00am. Dan seperti yg dijangka, mmg lmbt pun, terutamanya bila melibatkan CikNannas si kaki tidoq yg paling berjaya abad ini. Tunggu dia je dh makan banyak masa huhu... Sbb tu la starting vacation ni sengaja dilambatkan sbb apa2 hal pun mmg akan lambat jugakk haha. Dan yg pasti org lelaki jugakk yg lbh berdisiplin kuikuikui.
Perjalanan ke KayEll mmg lancar. AlhamduLillah. Tanpa apa2 masalah yg berat2; seperti time vacation kat Langkawi dolu2 bila tayar belakang keta ak tiba2 pecah di kilometer Gurun, Kedah. Selamat la ianya masih boleh dibaiki dan sejak itu la bermulanya episod ngeri percutian di Langkawi. Hehe awal2 lagi dh bagi petanda insiden akan menjadi lagi 'bagus' selepas itu, tapi masing ketegaq (degil) jugakk maka terima la akibat vacation paling 'best' di Langkawi nun. Huhu namun, kali ni nasib lbh baik sbb smuanya berjalan dgn elok2 saja sampailah ke KayEll.
Sampai KayEll terus ke ke KLCC. Masuk Aquaria, melawat ikan2 sambil2 berkenalan dgn anak2 ikan CikNannas. Hehe jgn marah yer CikNannas, gurau je. Emm tp bg ak, melawat Aquaria sgt2 berbaloi sbb byk tarikan kat situ dan pastinya lebih menarik dr Underwater World kat Langkawi nun. Byk benda bleh tgk dan yg paling cool pastinya terowong ikan tu. Sgt mengasyikkan; seolah2 pengunjung2 berada di dalam laut, menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut yg ada kat situ secara live!
TIPS: Guna Kad Mesra Petronas dapat 10% discount utk tiket masuk. Kalau ada Student Card pun leh dapat xtra discount.
"cutenye jerung nih... CUTE???"
"lonely turtle... huhu" Sementara nak tggu Ridz sampai dr Negori Sembilan, kami smua lepak2 kat FoodCourt KLCC. Dan bila Ridz sampai, terus gi shopping. Emm time nih para jejakawan smua mula la dok pening kepala sbb makcik2 yg kaki shopping tu mula memenatkan mereka. Cis! Sangat meletihkan bila melayan sekor2 shopping sbb kat Penang pun ada smua tu. Stakat Vincci, Padini, BodyShop, Butik LV, dll smua bersepah2 kat Penang. So, perlu ke nk shopping lagi kat KLCC nih. Tu la pasalnya kalau bawak stok2 makcik gi tempat mcm tu, kaki shopping betoi. Huhu... kejap lagi ada la yg akan naik angin. Haha yg tu ak hold dulu sebab lepas ni akan ada carta utk sapa2 yg naik angin.
"lunch! nyumm nyumm... bbq wantan mee+ soup+ coke" Then, bila agak2 dh petang, terus ke kondominium dekat Dynasty Hotel. Yg ni thanks to CikNannas sbb sudi provide penginapan. Dan atas usaha beliau, kitaorg dpt tempat tido yg sgt2 selesa. Thanks gurl, u r the best! Lepas sesi berebut tempat tido, then kitaorg bersiap2 utk sesi Nite@KayEll. Plan asal nk g Uptown kat Cheras & Danau Kota. Shopping lagik! Hehe tp kat sini smua jejakawan la yg akan berkuasa beb! Tempat2 mcm tu la yg patut shopping sbb bukan smua benda tu ada kat Penang. Paling best bundle, T-Shirt yg korg xkan dapat kat KLCC, accessories dll. Bila dh round kat Uptown Cheras, smua dh pakat2 pancit; kecuali org tu yg tiba2 leh plak bawak pakwe sendirik g Uptown. Bersemangat nih nak p Danau Kota jugak2; walaupun ada je kejap lagi yg akan makan tayar spare keta Waja ak sbb dh wat onar kat geng kitaorg. Well, ak xnak cakap banyak, tuan empunya badan sendiri mau pk la. Akan ak celotehkan lagi hal ni kat segmen PostMortem!
"good morning kayell..." 5 Jun 2009, pagi2 dh bertolak ke Melaka. Kali nih terus check in kat Hotel Apartment Village Paradise kat Ayer Keroh, Melaka. Sebelah Zoo Melaka je. Thanks to CikNannas again sbb provide penginapan nih. U r the best, walaupun pagi2 tadi hangpa smua (bebudak pompuan a.k.a makcik2) bangun lambat!!! Jenuh jejakawan yg berdisiplin dok kejutkan hangpa, namun hampeh! Nasib baik x simbah air je; sbb jejakawan sentiasa baik hati & berdisiplin (caya la!).
"welcome to malacca" Kali ni, hotel pun lbh kurang mcm kat Langkawi jugak. Like haunted sgt2. Sbbnya seolah2 hnya rombongan kami saja yg menginap kat situ. Ada blok2 hotel yg usang, swimming pool yg under cleaning, rumput lalang yg tinggi menjulang dan persekitaran yg sgt2 sunyi. Hanya suara kami yg bergema. Mcm villa purba yg ditinggalkan. Risau betul, takut2 nnt esoknya kami bangun kat tempat lain plak. Hehe. Selamat la interior bilik apartment tu elok, berbeza sekali dgn kat luaq tu. Dan apa lagi, time utk memfreshkan diri sebelum ke acara seterusnya.
"view dr menara taming sari. cool!" Next, kami terus ke Bandar Melaka. Waktu tu dh agak2 petang dh. Parking kat Dataran Pahlawan Shopping Mall; DAN itulah merupakan kesilapan ak yg kedua haha. Apa lagi kalau bukan sengaja membawa makcik2 nih ke arena shopping sekali lagi. Mmg hampesh betol! Terpaksa la melayan makcik2 yg gila-influenza a-shopping yg berjam2 tu. Mcm biasa; barang2 yg bleh dijumpai kat Penang, yg tu jugakk la diorg dok sibuk shopping kat sini. Apa kes?! Sbb tu la org slalu kata pompuan ni ada 9 nafsu 1 akai... Ahaks!
"menara taming sari dalam kelam" Sbb dh byk BUANG MASA, so aktiviti melawat terpaksa dipendekkan. Hari pun mau gelap maa, mau melawat apa kejadahnya lagi. Time ni terserlah la muka2 sentap! Haha. Tapi xpa, sbb lps tu leh g Jonker Street Night Market utk shopping lagi. Ak sempat la carik barang2 aksesori + 1 replika pedang bengkok yg dibuat dr kayu. Emm... susah nk jumpa kat Penang, dan sbb tu la ak x kisah beli je. Lain plak dgn CikNannas, beliau telah membeli set terompah RM100. Ak pun x paham la logiknya beli benda alah tu sbb terompah org wat g jamban je. Ahaks! Pelik2 dgn org pompuan ni... 1 akai je. Wahahaha... >_< Then, bila dh smua org kepenatan tahap maksimum, masa utk balik hotel & rehat.
"aku & kenangan itu..."
"hehe penginapan yg sunyi, sepi & ..." 6 Jun 2009, pagi2 dh check out. As always, gurls are late again!!! Aiyohh... sgt2 x berdisiplin, lambat mcm siput; jejakawan jugakk yg bagus. Ahaks! Then aktiviti terakhir adalah lawatan sblm bertolak balik Penang. Tempat 1st adalah Taman Buaya Melaka, hehe tempat sanak-sedara jejakawan la. Tak salah kan kalau melawat adik-beradik, bleh la merapatkan silaturrahim. So, bleh la tunjuk kat makcik2 tu buaya darat yg original selain buaya2 jadian yg sentiasa cool nih kihkihkih.
"bersama teman2 lama haha" Next, g Taman Rama2 Melaka. Ak rekomen tempat ni selain Zoo Melaka, sbb ia mengandungi bermacam2 haiwan lain selain rama2; alt kepada zoo yg sedia ada. Lagipun tempatnya agak padat, so x letih kalau nk mlawat. Ak dh pernah pegi sblm ni, dan bagi ak this place is better than zoo. Antara tempat yg best adalah bilik ular yang mana ada ular idup tanpa sangkar dan pengunjung bleh masuk terus ke dalam bilik tu. Hehe mcm idup bersama ular plak; ada kot dlm 20 ekor. Ada berani? Abg Duda jugakk yg takut haha! Kalau McLeen & Ridz terus pengsan kot.
"rama2 oren & bunga kuning... match!"
"ikan2 & anak2 ikan... uiks?" Lepas aktiviti terakhir kat Taman Rama2, terus blah dari Melaka dan singgah kat Sremban utk antar Ridz. Then, direct terus ke Penang dan sampai dlm kul 12am. Huh! Letih teramats sbb ak yg dok drive. Hehe tp mmg patut pun mcm tu, sbb ak dh serik nk bagi CikNannas drive. LadyDriver mcm CikNannas mmg crazy, selamba cipan jew bawak keta seolah2 destinasinya adalah kubur! Siot tul. Terus ak x percaya lagi dan biar je ak bawak sendirik. Akibatnya, kat Bukit Jalil ak nampak jalan jadik 2 lapis, then bila sampai umah CikNannas ak mcm 'terbang'. Hehe.
Okay2. Kalau dolu2 org kata; kalau x pahit bukan tongkat ali la namanya... Tapi kali ni ak nk kata; apa la percutian kalau xda org yg bebai kan... Hehe tau ke apa maknanya 'bebai' tu. Org Penang kata bebai tu bermaksud naik angin, marah, merajuk, piss-off, dll. Emm... org g jalan2 naik keta, dia g jalan2 naik angin plak. Apa kes?! Berikut adalah Carta Naik Angin sepanjang vacation kali nih... Hehe layann~
1) Tangga pertama pastinya tetap milik PakMan a.k.a AbgDuda. Masih mengekalkan takhta tanpa menurunkannya sedikit pun sejak vacation kat Langkawi aritu. Hehe paling cepat naik angin, seawal kat KLCC lagi. Sbbnya makcik2 ni bershopping sehingga lupa daratan dan lupa bakal2 suami nih (ops!), menyebabkan PakMan menjadi sgt2 bebai. Haha antara ayat2 paling popular "sumbat jer..." Sumbat apa tu AbgDuda? Lucah 18sx tul fikiran dia hehe...
2) Naib juara adalah CikNannas. Budak ni bebai sbb x cukup tido. Haha, org lain lek2 je, dia yg lbh2. Kalau pasal tido budak ni mmg juara, so bila mahkota ketiduran tu terganggu, mmg menganggu emosi beliau. Tips nk date ngan beliau, bawak bantal. Kalau dia merajuk, sorong je bantal. Kompem selesai masalah rumahtangga. Hehe
3) Tempat ketiga adalah Ridz. Beliau ni akan bebai kalau lapar. Ahaks! Mcm singa kelaparan. Sgt2 berbeza kalau tgk kat fizikal. Lepas makan terus happy dan tingtong balik. Haha ak paling respek pompuan nih sbb kalau bab kawan2 mmg no.1.
4) Nombor empat adalah McLeen. Akan bebai kalau lapaq. Mcm Ridz gak, sbb tu dah makin gemok skrg nih. Tips nak bagi dia happy, 'bebas'kan dia! Faham x maksud 'bebas' tu? Emm... berikan dia ruang utk wat apa yg dia ska.
5) Nombor lima menjadi milik MatYed. Walaupun selalu lebih cool dr bebai, tp kdang2 bila angin kus2 sampai, mmg xleh elak. Hehe skala bebai mula mencanak bila kat Uptown Cheras. Why? Emm... Biar tuan empunya badan yg tahu bila geng dh mula berpecah disebabkan dot dot dot.
6) Haha perlu ke nombor last nih. Kihkihkih ok la, nak fair kan. Ak la yg last but not least. Bebai bila ak lapaq, letih, ngantuk, panas dan kes dot dot dot tu. Tp ak cool ja. Hehe cool ker? Merasa air-cond dlm bilik sampai tahap beku tetap x dpt nk tahan kemarahan ak. Dlm mesyuarat sebelum tido dan luahan perasaan yg kaw2 punya sblm melelapkan mata. Kesian PakMan & MatYed dengaq ak ceramah haha!
Oraite! X smua benda tu sempurna termasuk la vacation nih. So, utk kali ni sengaja ak wat post-mortem supaya next vacation akan menjadi lebih2 baik dan begitu la seterusnya. Nak tahu apa bebelan ak lagi? Check this out!
i) Next time kena wat tentatif program yg lbh detail. Sbb xnak buang masa tanpa apa2 aktiviti yg menarik termasuk la SHOPPING tanpa had. Paling kena baiki time bangun tido especially gurls! Next time wat agreement, sapa2 lambat bangun kena sponsor makan the whole day. Haha x kecuali sapa2 termasuk la Tuan Sponsor Hotel tu sendirik. Sbbnya, makcik ni la yg paling liat-kerbau nak bangun tido.
ii) No more PERSONAL agenda! Seriously, terutamanya utk org tu yg dh 2x wat onar dlm geng nih! Please la, jangan jadikan serampang 2 mata for u utk bervacation ngan kawan2 sambil date dgn bf. U igt org lain suka u wat mcm tu??? Lain la kalau u pergi sendiri, then jgn libatkan org lain. Yes! Maybe bf u tolong tunjuk arah so whatever, BUT it doesn't mean u can go to him just like that. At the same time drag us INTO it! Hallo... kita g vacation sama2 then y nak pecah2 group. Makbapak u kasi kitaorg tanggungjawab utk jaga u time vacation ni, u bukannya budak2 lagi leh wat sesuka hati. Org lain pun couple gak la, ada ke kitaorg bawak couple kitaorg then abuse our time together? Lain la kalau bf u mesra alam, like treat us like a human, not a statue at the lake park, right? So, do I care? Yes! Because u just ruining my feeling, my sweet time and all the thing that I care! I'm sure others felt the same; at least, but me being honest about the thing that happened AND should not be happen again! If not, just leave us for not joining our group again! I'm totally felt sorry for u dear, totally disoppointed! Ni kira bahasa paling sopan ak guna, pakai bahasa Inggeris lagik; sbb ak mmg xtau nk maki dlm bahasa penjajah tu. Kalau x, in Bahasa MalaYou, this phase should be really ugly and could be rated 18SG ^_^
Ak rasa cukup dulu dengan 2 post-mortem. Sbb kalau ada perkara2 berbangkit akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Geng2 Boyan nnt. Hehe ak rasa panjang sgt dh post ak kali ni. Actually, ni la yg paling simple, sbb kalau ak detail lagi kompem banyak sekuel kena wat, letih plak nak baca.
So, persoalannya; berjayakah vacation kali ni? Bagi ak.... sendirik mau ingat, sendirik mau rasa la. o_0 *Dan utk CikNannas, sekali lagi terima kasih banyak2 sbb sudi arrange our vacation dgn baik sekali; susah-payah beliau wat research & reservation. Pendapat ak, sepatutnya beliau diberi authority utk tentukan tempat2 yg beliau nak pergi melawat dan bukannya diketepikan sehingga menjadi mangsa kepada kesalahan org lain. Next time Nanna, u got my words! Thank you.
"this vacation...succeed!"