ntah kenapa tiba2 ak leh teringat pasal Balai Seni Lukis Negara. maybe dh terlampau bosan bercuti, tgh lepak2 then terus terpikir andainya masa ni ak tgh lepak2 kat situ. emm... mengimbau kenangan, for the first time ak p sana dgn iringan Encik Aidi dan member2 ak yg lain- utk subjek Eksperimentasi Karyawan.
satu perkara yg ak amat respek kat En.Aidi, beliau suka jalan2. tp bukan jalan2 kosong ja, smua tu ada makna yg tersirat yg perlu diteroka oleh minda pelajar2 yg pernah mengikutinya. sungguh, walaupun secara biasa nampak mcm xda apa2 la sgt, tp secara luar biasanya, smua tu meninggalkan memori indah+ pengetahuan+ pengalaman yg sgt2 priceless. itulah istimewanya En.Aidi; menjadikan kehidupan di luar bilik kuliah sebagai 1 medium terbaik untuk pengajaran & pembelajaran secara tidak langsung. hehe bukanlah lain2 pensyarah tidak istimewa, masing2 ada kelebihan namun mungkin ak yg belum 'tersedar' ttg mereka.
okay, berbalik kpd citer BSLN, ak agak hairan kenapa En.Aidi bersungguh2 nak ke sana. tp bila dh sampai situ, baru ak tahu kebenarannya. u must see urself! kat situlah terkumpulnya khazanah2 seni yg hebat; ak rasa sgt teruja seolah2 di situ terkumpulnya resolusi kehidupan di dunia dlm mcm2 warna dan bentuk fizikal- smua di situ. bagaikan dewan yg penuh dgn cerita sang pengkarya, ekspresi mereka ttg kehidupan- diceritakan melalui hasil seni lukisan yg sungguh menarik perhatian.
ak hampir terlupa betapa ak memuja seni lukis ketika dulu. sejak ak mengenal pensel dan warna, ak dh mula mengabadikan hidup ak utk seni lukis. time kecil2 lukis kat dinding umah (haha), x kena marah beb! malah hasil seni ak tu dibiar menjadi mural kat dinding tu. supaya ak boleh sentiasa melihatnya walaupun dilampaui masa. then ak masuk tadika, cikgu plak suruh ak masuk mcm2 pertandingan melukis dan mewarna sampai la ak kat sekolah menengah. tup2 semakin lama kehangatan ak pada seni semakin pudar. tambah2 bila ak dgr ramai org kata seni ni xda masa depan. bila selalu diajuk dengan pemikiran yg sebegitu, maka jadilah ia sebagai persepsi ak pd seni... huhu sedih siot. walhal, kebenarannya yg xda masa depan tu adalah mereka yg tidak percaya pada kehidupan dan sentiasa menuding jari mencari salah orang lain. rezeki Tuhan dah tentukan, x kira la bidang seni ka, kejuruteraan ka, biologi ka, fizik kimia ka, smua ada rezeki masing2- hanya org yg x mau melihat masa depan saja yang xkan ada masa depan huhu!
patutlah En.Aidi sgt2 meminati seni lukis, sebabnya ia sungguh menenangkan. dan ak merasainya. di BSLN tu ak rasa sgt2 tenang. seolah2 hanya ak sahaja yg berada di situ bersama2 lukisan. ak merasakan bagai kembali ke zaman2 dahulu yg mana ak melihat diri ak yg masih kecil menconteng kanvas2 lukisan sebebas2nya. dan kebebasan itulah yg membuatkan ak terasa sangat2 luhur dan mendamaikan.
malangnya masa terhad ketika itu. ak hanya sempat menghargai lukisan2 tu sekadar sepintas lalu. tp ak x kecewa, sebab ianya tetap pengalaman yang pasti akan melekat dalam memori ak. mungkin 1 hari nnt ak boleh pergi lagi utk appreciate seni itu ke tahap yg lebih bagus.
seni itu indah... dan keindahan itu adalah utk mereka yg tahu menghargai.
untuk En.Aidi, terima kasih sbb berkongsi pengalaman ni... dan terima kasih juga sbb sudi belanja kitaorg makan2 kat situ. caya lah, moga2 dimurahkan rezeki lagi. amin.
No comments:
Post a Comment