Thursday, July 5, 2012

Sembang Agama | "Perang" Nisfu Sya'aban


Jangan Cemari Keindahan Islam & Menguji Kekuasaan ALLAH SWT


Mohon Maaf.
Aku tak sepatutnya menyentuh bab-bab agama terutamanya agama Islam. Kerana Aku takut. Takut tersalah cakap, akan membawa kepada kemudaratan. Sedangkan Aku sebagai yang beragama Islam pun takut untuk bercakap tentang Islam, apatah lagi orang lain dari agama-agama lain; apakah kapasiti mereka untuk membicarakan berkenaan sesuatu yang mereka tidak tahu (?)
Baiklah. Ilmu agama Islam yang Aku ada bagaikan zarah debu yang dibelah tujuh; setiap satu dibelah 77; dan setiap belahan lagi dibelah 777...hinggakan tiada lagi belahan. Satu belahan itu ditabur ke laut; itulah perbandingan ilmu Aku dengan bijaksana-bijaksana Islam yang lain. Jadi, dengan rasa rendah diri Aku mohon maaf andainya hujahan Aku selepas ini penuh kekhilafan -dan hukumlah Aku dengan memberi tunjuk ajar dan membawa Aku ke jalan yang benar...

Aku terpanggil untuk berbicara tentang "Perang" Nisfu Sya'aban bersempena bulan Islam yang mulia ini. Bersempena dengan rahmat Illahi dalam bulan yang disebut-sebut antara bulan-bulan Islam termulia; ada pula anasir-anasir yang juga beragama Islam (mungkin) cuba untuk mencemar kemuliaan bulan Sya'aban; yang pada Aku adalah perbuatan paling melampau! 

Share -tanpa kajian ilmu & dapatan yang tepat boleh menjadi FITNAH!


Betulkah Share Ini?
Aku pasti ramai di antara kita yang pernah mendapat Sharing semacam gambar kat atas tu; terutamanya dalam Facebook. Begitu juga Aku; sekurang-kurangnya 10 kali gambar ni 'menghiasi' Wall Aku. Tapi tak sepantas itu untuk Aku klik Share juga -sebab Aku takut kalau-kalau tersilap Share hal-hal agama Islam, boleh jadi syirik mahupun menghina agama Aku sendiri. Korang tak rasa takutkah? Dengan sekali klik Share, kawan-kawan korang dalam Facebook yang seramai berbilion tu boleh mendapat hebahan yang sama salahnya?? Dan korang juga telah contribute untuk menyebarkan fitnah kepada berbilion kawan-kawan korang tu??? Terfikirkah kesan dan akibatnya??? Sekurang-kurangnya dosa-dosa yang bakal ditanggung sendirian & dosa-dosa mereka yang lain. Sebab itulah kita disarankan untuk menuntut ilmu yang benar berdasarkan al-Quran & Hadith daripada guru-guru yang benar jalannya. Kalau rasa ilmu tu tak cukup, jangan sesenang hati hebahkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu. Ini peringatan untuk Aku juga. Dan sama-samalah kita membetulkan akidah kita.


Penafian Pertama. Masih Keliru -kerana Tiada Penghujahan.



"Perang" Bermula.
Kemudian, muncul pula Sharing seperti kat atas ni yang menafikan sabda Rasulullah SAW itu; setelah berbilion dihebahkan kepada kawan-kawan kita. Yang ni pun Aku tak klik Share juga -dengan alasan yang sama; sebab Aku takut. Dan ilmu Aku belum cukup lagi. Kena kaji lebih lagi. Dan mengkaji ilmu juga mengambil masa.
Aku terfikir juga. Apakah kejadahnya semua ini? Ada Hadith palsu yang sewenang-wenangnya disebarkan oleh kawan-kawan kita; secara membuta-tuli Share pada kadar "I tak pastilah... I cuma Share jewww.."!! Habis tu, kalau tak tahu, kenapa mudah-mudah Share. Sebab itu akaun Facebook kamu? Dan kamu berhak?? Berhak menjadikan Islam sebagai platform untuk menunjukkan kamu "beragama Islam" sedangkan cara kamu itu SALAH??!!

Penafian Kedua. Masih belum kukuh hujahnya... Dan suruh 'Share' juga... Aduii!


"Perang" Berterusan.
Tidak cukup dengan penafian pertama; muncul lagi Share yang terus juga menafikan Hadith itu. Okay. Sekarang dah jadi "2 lawan 1". Namun, ketika rancaknya dua penafian dilakukan, masih ada juga antara kawan-kawan kita Share Hadith yang serupa. Mungkin mereka masih belum dapat hebahan tentang penafian itu. Mungkin. Tapi, Aku masih tetap dengan pendirian, belum masanya lagi untuk Share apa-apa. Perasaan takut itu masih ada. (Gila ko tak takut?! Benda-benda agama ni bukannya main-main, beb!). Zaman sekarang banyak orang dah tak endah hukum agama segala. Main redah ikut suka hati mereka. Sebab tu zaman sekarang dah tak mustahil akan timbul ayat-ayat al-Quran palsu, Hadith-hadith palsu; yang akan menjadi 'makanan' mereka-mereka yang jahil (atau degil taknak belajar ilmu agama!)

When The Guru is Spoken! 


"Pendamai". (?)
Itu Aku tak pasti. Cuma bila Tuan Guru yang lebih arif dalam soal agama Islam 'bersuara'; Aku rasa keyakinan itu ada. Ustaz Azhar Idrus membidas penyebaran Hadith palsu itu. Maknanya "3 lawan 1". Maknanya dah sah-sah pihak penafian yang menang! Jadi yang salahnya adalah Hadith palsu itu. 

Jadi, henti-hentikanlah mencemar kesucian bulan Sya'aban dengan kehodohan yang sebegini. Sayang beb. Akidah kita boleh terkorban dengan cara yang paling mudah; hanya Share dan kita turut sama menyebarkan fitnah. Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita, dan kita turut berusaha membetulkan kesalahan itu. Dan inilah antara satu cara dan usaha Aku dalam membetulkannya...

Ibu, Anak & Ilmu Islam.
Aku bertanyakan (berbual-bual) dengan Ibu Aku tentang perkara ini. Beliau melahirkan rasa sedikit kecewa. Kerana teknologi zaman anak-anak muda masa kini pantas berlaku kekhilafan, kesalahan & kemungkaran; yang akan mencemarkan agama Islam; dengan hanya satu klik. Ibu Aku mengulas juga "niat baik" orang yang menyebarkan Hadith palsu itu; katanya, hanya hebahan saja sama ada melalui percakapan atau pesanan sahaja tidak cukup, seandainya kita tidak beramal mengikut jalan yang betul. 
Ya. Aku sangat setuju dengan ungkapan Ibu Aku itu. Islam itu sememangnya mudah. Tapi kita tidak boleh mengambil mudah tentang Islam. Apakah dengan Share sahaja dapat memadamkan dosa seseorang? Apatah lagi mengharamkan api neraka untuknya?? Ya. Zaman ini wujud golongan manusia yang hanya goyang kaki mengharapkan syurga; sedangkan diri sendiri tak berusaha ke arahnya. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang lebih baik imannya. InshaALLAH..

Dan Yang Paling Kelakar.
Semalam. Ramai orang dari kawan-kawan Facebook Aku memohon maaf bagai nak rak kerana Nisfu Sya'aban -bulan Islam; yang mana buku baru tentang amalan dibuka bagi setiap manusia. Bagi Aku, memohon maaf sememangnya elok. Tapi apakah hanya pada ketika ini? Hari-hari lain tak boleh meminta maaf? Bukankah dalam Islam menganjurkan kita harus meminta maaf & memberi maaf sebelum masuk tidur (setiap hari)? 
Ermm... Aku rasa lah, benda ni dah jadi macam trend! Sorang buat, semua pakat-pakat nak buat. Lepas tu buat secara umum pulak tu; maksud Aku secara 'senang' post kat Wall sendiri bagi semua orang baca -dengan alasan, mereka dah lepas 'tanggungjawab' memohon maaf kepada kawan-kawan mereka. Beb! Kalau betul-betul ikhlas, minta maaf secara peribadi. Seorang demi seorang. Ataupun lebih manis, secara bersemuka atau panggilan suara. Itu barulah minta maaf! Sanggup mereka nak buat macam tu?? HeHe. Confirm akan sedikit susah, maka cara minta maaf 'kuno' ini tak akan berlaku. *ketawa*
Kalau setakat post kat Wall Facebook, lepas tu anggap 'kerja' dah selesai -maka konsep itu sangat-sangat silap! Kalau semua nak mudah, ingat nanti time mati post kat Facebook minta tolong? Ataupun paling 'keji' kalau ditanya Tuhan, "apakah dah minta maaf dari dosa-dosa sesama manusia?" Nanti dijawabnya, "sudah.. Dah post dalam Facebook pun." *senyum*

Semoga Kita Semua Peroleh Keberkatan & Dijauhi Kemungkaran. Amin.

Satu Harapan.
Aku berharap (juga berdoa) semoga "Perang" sebegini tidak berlaku lagi. Cukup-cukuplah.. Jangan menambah usaha-usaha "mereka" yang cuba menjatuhkan Islam. Aku tidak mahu kawan-kawan Aku yang Aku sayang dan anda juga menjadi "sebahagian" daripada mereka...




HCA : Bukan niat berbicara seolah-olah Aku betul kesemuanya... Ia juga adalah peringatan untuk diri sendiri juga, kerana Aku insan kerdil. Hidup dalam dunia yang luas.

HCA2 : Ohya. Sebelum orang lain fire Aku kerana Aku juga banyak 'minta maaf' dalam blog ini; bukan secara seorang-seorang, TAPI secara 'umum'... Ingin dijelaskan dengan rendah diri, Aku tidak tahu pada siapa Aku bersalah dalam blog ini; Dan jika anda terasa Aku bersalah -beritahu Aku kerana Aku tidak tahu. Dan Aku akan Private Message kamu untuk mohon maaf itu. Adil kan?


"Salam Nisfu Sya'aban untuk Semua Umat Islam Seluruh Dunia"


No comments: