![]() |
Terkilan.
Itulah ungkapan pertama Aku tatkala Aku melihat Share ini di Facebook. Terkesima pun ada juga. Kerana secara normalnya, Aku masih tak mampu mencari sebab kewajaran "Kenapakah boleh wujud perkara sebegini?" Apakah yang sebenarnya mereka (sesetengah 'orang kita') berfikir??
Isu pokok ialah bilamana gambar wanita-wanita timur tengah (Arab, mungkin) sedang mengangkut tong gas -dan ia telah tersebar dengan medium Tag dan Share di Facebook. Sememangnya satu kebiasaan, benda-benda sebegini pantas tersebar sehingga ke Wall picisan Aku yang tidak popular ini. Okay. Itu bukanlah satu masalah mengenai gambar terbabit. Tetapi, yang menjadi halnya adalah apabila ada 'bijaksana-bijaksana orang kita' yang membandingkan wanita-wanita Arab ini dengan wanita-wanita Melayu di Malaysia! Dan yang paling menariknya, yang mengutuk wanita-wanita Melayu itu adalah wanita-wanita Melayu kita sendiri. Penyokongnya juga adalah wanita-wanita Melayu juga!
Aku menjadi agak marah! Sangat-sangat marah! Kalau wanita-wanita Melayu ini boleh merendah-rendahkan kaum kerabat mereka sendiri, agaknya pengkhianatan apa lagi yang boleh mereka lakukan selepas ini?!! Apakah mereka lupa, wanita-wanita Melayu yang 'lemah' ini jugalah antara yang melahirkan mereka ke dunia dan membesarkan mereka sehingga mampu klik Share dan Tag dalam Facebook?
![]() |
Caption 'bijak'! Bukan nak mengaibkan si polan, tapi nak menyedarkan isi hati supaya kalis kehodohan dan kebodohan. |
Ini komen Aku dalam Gambar itu :
: Awasi statement2 sebegini, ya. Ingatlah ada antara "perempuan melayu" itu yg melahirkan kita ke dunia. Jd, jgnlah buruk sangka pd mereka.. Ingin dikongsi pengalaman Aku bersama2 wanita2 Arab, ada antara mereka yg gagah perkasa. Tapi budi bahasanya? Akhlaknya bagaimana? Harus dikaji hukum Syiah & Sunnah, pada masa itu, engkau (tukang bg pendpat) pasti akan menyesal mengkagumi wanita2 Arab ini. Tidak dinafikan ada wanita2 yg lemah fizikal, namun kuat akalnya.. Dan begitu sebaliknya. Namun haruslah bersyukur kerana setiap kejadian Allah SWT punya matlamat, maksud & hikmat tersendiri.. :-) Wallahualam.
Dan sekurang-kurangnya Aku dapat Like yang agak tinggi untuk komen ini. Tetapi bukanlah Like yang Aku kejarkan, tapi amarah dalam kalam yang Aku lemparkan supaya 'mereka' berfikir!
Apakejadahnya Semua Ini?!
Aku masih kurang faham. Lantang mereka (orang-orang kita) membandingkan dan merendah-rendahkan wanita-wanita Melayu dengan wanita-wanita Arab. Rasanya wajar Aku hempuk kepala mereka ini ke dinding supaya lebih bijak berfikir. Membandingkan wanita Arab dengan wanita Melayu bagaikan membandingkan antara gajah dengan kancil. Sesuatu yang TIDAK boleh dibandingkan! Tidak wajar sama sekali. Walaupun kedua-dua kelompok ini 'manusia' -namun implikasinya tidak sama. Gajah dan kancil; sama-sama binatang juga. Tapi membandingkan kedua-duanya adalah sangat cetek akal. Ianya memang tidak punya setara untuk dibandingkan dalam faktor yang serupa iaitu 'kegagahan'. Sudah jelas pastinya kancil akan kalah. Jadi mahu dibandingkan apa lagi?
Antara 'Gajah' dan 'Kancil'.. Mana satu yang korang pilih? HaHa. |
Kenapa Aku Berkata Begitu.
Wanita Arab membesar dalam persekitaran yang berbeza dengan wanita Melayu. Kebanyakan mereka terdedah kepada peperangan, kesempitan hidup, faktor suami yang rata-rata berkahwin lain, rukun kekeluargaan yang ketat, peraturan hidup yang menyekat, dan sebagainya. Faktor-faktor sebeginilah yang membantu mereka menjadi lebih kuat, gagah dan gasar. Sedangkan wanita Melayu membesar dalam persekitaran yang berbeza sama sekali. Apa perbezaannya tak perlulah dijelaskan di sini, kerana semua sedia maklum Melayu tulen ada rukun hidup yang berperaturan, adat dan tatasusila terpelihara. Maka sebab itulah wanita Melayu lebih 'lemah-lembut', namun kaya budi bahasa dan bijak melaksana keluarga. Persoalan yang mudah, apakah kita sebagai orang Melayu dan berketurunan Asia; mahu wanita yang gagah dan kasar berbanding wanita yang lemah-lembut dan penuh belaian? Tepuk dada, tanya akal! Bersyukurlah dengan 'kelemahan' yang kita ada, kerana itulah yang membuatkannya istimewa.
![]() |
Gagah serba-serbi.. Ini yang kita nak? |
Pengalaman Bersama Wanita Arab.
Okay. Sekadar perkongsian pengalaman. Aku bukanlah punya pengalaman yang sebegitu luas dalam mengendalikan wanita-wanita Arab. Namun, Aku punya juga sedikit pengalaman dengan mereka dari pelbagai lapisan sosial dan taraf kerja. Menguruskan mereka memang menyuntik pelbagai pengalaman menarik. Betul. Kadang-kadang ianya di luar telahan dan anggapan awal Aku. Dan wanita-wanita Arab ini adalah wanita-wanita Islam.
Semanis-manis wajah mereka, sekasar-kasar perilaku yang tidak dijangka. Sungguh! Kasar dari segi bahasa dan gaya, kadang-kadang membuatkan kesabaran Aku tercabar juga. Namun, harus Aku akui, itulah resam wanita Arab. Pakaian mereka bersopan, namun tidak bagi budi pekertinya. Jika itu yang dibanggakan oleh 'bijaksana-bijaksana orang kita' melabelkan wanita Arab unggul, Aku rasa sangat memualkan dan hampir termuntah! Mereka hanya tahu bercakap dan melontar pendapat, sedangkan yang merasai sendiri dapat mengetahui segala-galanya. Jangan sesekali membodohkan diri di hadapan masyarakat dengan pendapat-pendapat dangkal tanpa berfikir dalam.
Tidak cukup dengan bahasa fizikal yang kasar, ada juga antara wanita-wanita Arab ini meminta Aku menemani mereka untuk 'berparti' di kelab. Bayangkanlah, bertudung litup labuh, namun nafsunya... Sebesar-besar fizikal kasar mereka juga. Aku terpaksa menolak dengan cara terbaik kerana profesional. Jangan terjerat dalam kerja dan kerjaya sendiri; walaupun bidadari yang menggoda sentiasa meliuk-liuk di hadapan mata. Mungkin itulah bahananya apabila wanita-wanita Arab ini terkeluar dari 'penjara' kehidupan mereka di negara sendiri, apatah lagi bila berjauhan dengan keluarga dan suami. Inikah yang dibanggakan oleh sesetengah 'orang kita'?
![]() |
Arab agak terkenal dengan 'Belly Dancer'.. Apakah? |
Itu belum lagi ceritanya bila Aku berhadapan dengan kerabat lelaki-lelaki Arab. Seandainya golongan wanita sebegitu sifatnya, golongan lelaki lebih istimewa. 'Kahwin satu malam', 'permintaan untuk tidur bersama wanita Melayu'... Dan yang ajak Aku 'date' sekali. (Dia ingat boleh wat kenduri berjimak secara berjemaah agaknya..!) Aduhh! Pengalaman yang paling berharga bilamana berhadapan dengan mereka yang dikatakan 'Islam' terkuat di dunia. Fuh! Memanglah iman Aku tak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan alim ulamak; tapi Aku juga tahu beza antara benda-benda yang pelik-pelik dan jijik seharusnya dijauhi.
Tidak Relevan!
Aku cuba memahami juga sesetengah pendapat 'orang-orang kita' tentang wanita-wanita Melayu zaman kini.
"Aaahh! Mustahil ada wanita Melayu sopan santun zaman sekarang bro.. Semua yang ada dah rosak akhlak! Gedik lebih saja laa.."
Sebenarnya yang rosak itu adalah kamu, wahai pemberi bahas!
Oleh sebab kita selalu berkata sebegitulah, ramai wanita-wanita Melayu yang terbabas. Betul tu, bro! Dari tuduh, cakap macam tu, baik fikir dan ajak mereka menjadi lebih baik. Nak pujuk kena ada cara, nak bimbing kena ada bahasa dan ilmunya. Itulah namanya bijak, bro!
![]() |
Gadis Melayu. *sekadar gambar hiasan* |
Ingin dijelaskan. Wanita Melayu adalah wanita yang punya adab, tatasusila dan bijak pekertinya. Itu wanita Melayu. Lain-lain yang mengaku wanita Melayu; kalau pakaian macam Lady Gaga, rambut ala-ala Nicki Minaj, gaya macam Lindsay Lohan mabuk di tengah jalan, liuk bahasanya macam lirik 'Stupid Whore"... Maaf! Anda tak layak mengaku Melayu. Mungkin anda keliru antara Melayu dan MeLayu. Itu bukan penjodoh kata yang sama ya! Sila betulkan minda anda wahai wanita-wanita mengaku Melayu di Malaysia. Kita punya adab, peraturan, adat, dan tatasusila -dan tak susah pun nak ikut sebenarnya. Kalau nak jadi Melayu, itulah dia!
HCA: Siapa bilang gadis Melayu tak menawan..? *senyum*
HCA2: Maaf jua andainya ada yang terasa 'pedas'nya. Bukan semua wanita Arab itu tidak baik. Cuma ceritakan berapa banyak antara kita punya 'pengalaman manis' bilamana berhadapan dengan pelancong-pelancong Arab.. Fikir-fikirkanlah. Kalau kita tak tegakkan keutamaan kita, siapa lagi? *senyum*
No comments:
Post a Comment