Wednesday, July 4, 2012

WTF! Balaci-Balaci Infinity Downline!!??



Byknya duit korang.. Bagus2. Bleh jahit satu2 buat kain kapan masuk dalam kubur!!

Aku agak mungkin ada di antara anda yang pernah melihat gambar-gambar seperti kat atas ni. Ataupun sekurang-kurang pernah ditag oleh rakan-rakan anda di Facebook. Tak cukup seorang, seorang lagi akan ajak anda "melabur" dalam business mereka. Dan bilamana anda mempersoalkan business ni (dengan niat untuk mengetahui lanjut, sbb yg akan melabur itu adalah DUIT ANDA); anda mungkin akan dicemuh oleh mereka dengan alasan anda tidak "secerdik" mereka yang mampu menjana pendapatan RM5000 dalam sehari. Atau mungkin nasib anda lebih baik -mereka akan terus memujuk dan memujuk "duit" anda supaya keluar dari pegangan anda ke dalam kocek mereka... Menarik, bukan?

Iklan sebegini dh byk sgt dlm Facebook. Betul kan?



Aku terpanggil untuk "membicarakan" soal ini dengan perasaan yang sangat-sangat marah! Sungguh. Kalaupun selama ini Aku hanya tengok saja & memandang sepi perilaku-perilaku "balaci" seperti "mereka"; namun kali ini Aku tak mampu lagi menahan amarah -bila semakin hari, Wall Post Aku di Facebook dicemari dengan iklan-iklan sampah yang menyuruh Aku menyertai delegasi "mereka" dan menjadi busuk seperti "mereka". Busuk dari segi akhlak, perangai, motivasi dan pemikiran. Come on, lah! Takkan sebegitu desperate korang untuk mencari wang?!! Paling membakar jiwa sanubari Aku, bilamana kini "mereka" begitu berani dan mencemar kesucian agama Islam, al-Quran & Hadith; semata-mata untuk menjadikan business "mereka" itu "Halal" dan berpaksikan kepada kebenaran. Ermm... Sejak bila medium Islam, al-Quran & Hadith boleh dijadikan sumber keuntungan??!!

Aku ni bukanlah cerdik-pandai dalam bab-bab agama Islam. Jauh sekali pandai juga dalam soal perniagaan. Sekurang-kurangnya Aku tak punya apa-apa kelayakan pun dalam jurusan Business Administration. Okay. Aku akui sedikit jahil berbanding mereka yang mahir berniaga. Cuma, dari segi pemahaman Aku yang sekelumit ni, Aku tahu dalam perniagaan kena ada macam ni:

#Urusan Jual-Beli.
#Ada akad yang sah. (kedua-dua pihak setuju dengan syarat urusan jual-beli tanpa paksaan & curiga).
#Ada produk/ perkhidmatan. (lagi bagus kalau "produk" itu real).
#Tiada unsur paksaan. (pujukan yang melampau hingga menggunakan penipuan/ selewengan).
#Tiada unsur penindasan. (yakni tiada penipuan semata-mata untuk meraih keuntungan sebelah pihak).
#Nilai urusniaga yang rasional. (harga produk berpadanan dengan nilai produk -tiada pembaziran)

... Itulah antara fahaman cetek Aku tentang perniagaan. Lebih senang faham; perniagaan tu macam Aku pi Tesco beli kicap, bayar harga kicap & Aku pakai kicap tu selama sebulan; Aku puas hati -sebab Meggi Mee Aku lebih sedap dengan rasa kicap. Tanpa unsur-unsur paksaan. Tanpa penipuan. Dan kedua-dua pihak puas hati (win-win situation)!

Tapi untuk business semacam Infinity Downline ni, macam tak berapa clear konsep perniagaannya. Yang Aku tahu, bayar RM100 kat Upline, lepas tu cari orang ramai-ramai untuk bayar kita balik RM100 dengan alasan "join business"! Apakejadahnya itu???!!! Konsepnya macam; Aku perlu menjadi "orang dalam Tesco (dengan membayar yuran RM100)" untuk beli kicap kat Tesco, kemudian promote "keahlian kicap" tu untuk semua orang pakai kicap yang sama; dan akhirnya tiada lagi orang yang akan beli kicap -sebab semua orang pakat-pakat makan kicap! Chantekkk!!!

Dah sah2 mcm skim piramid. "Org Atas" terkincit, beratus-ratus "Org Bawah" dpt tahi! WTF!!
*Imej ini disedut dr Facebook sorg "Balaci Infinity Downline"*
*Mungkin dia x fhm apa itu 'Skim Piramid'... Buat research & study yer, dik!*



Yang peliknya, "perniagaan" Infinity Downline ni tak ada konsep penjual-pelanggan -Oleh yang demikian, takda rotation yang akan menjadikan perniagaan itu berjalan secara infinity. Jadi, di manakah "infiniti" dalam Infinity Downline ni??. Dan akhirnya, apabila semua pakat-pakat join business, takkan ada lagi pelanggan (sila baca = Mangsa) yang akan menggunakan Infinity Downline -business ini akan terkubur secara sendirinya. Jadi, mereka yang akan untung adalah orang Upline dan yang akan rugi orang Downline. Sungguh-sungguh celaka "perniagaan" seperti ini!

Sedihnya, yang ramai-ramai join Infinity Downline adalah adik-adik, gadis-gadis yang comel-comel belaka. Kebanyakannya budak-budak IPTA & IPTS. Sedih la, dik. Patutnya belajar tinggi-tinggi, pemikiran pun kenalah tinggi, akhlak pun kenalah sama tinggi. Sekurang-kurangnya bijak la sikit bila berfikir. Tapi yang sedihnya, bodoh pula makin bertingkat-tingkat. Bila orang tegur kesalahan, taknak mengalah. Dik, bukannya jatuh maruah kalau salah. Itu normal. Lepas buat salah, perbaiki kesalahan tu dan jadi orang yang lebih baik. Hidup ni mudah andai tahu caranya. Takpayah susah-susah nak pakai ayat-ayat al-Quran semata-mata kerana kamu tu Islam dan nak membenarkan segala kesalahan. Come on, laa.. Bila Aku ajak berbincang (berdebat) tentang crossover agama dan perniagaan, tahu pula jadi pengecut. Block Aku. Delete Aku dari Facebook. Sebab tahu benda tu salah la menjadikan kau pengecut, dik! Muka cun, tapi bodoh bertingkat-tingkat pun takguna juga...

Snapshot "Usik-usik Manja" Aku terhadap sorg "Balaci ID"
*Diorg pun xtahu apa yg diorg wat, mengikut saja telunjuk kapitalis mentekedarah duit org!*
*Sebab itu aku panggil *balaci* -ikut saja tanpa berfikir baik-buruk..*



Sebenarnya Aku bukanlah anti-Duit. 
Sungguh lah. Duit itu penting juga. Tapi takda lah sampai Aku memuja-muja duit hingga letak selonggok duit atas komputer sambil pose-pose cute! Nampak sangat perilaku macam musibat dan diperhambakan duit!! Beb, orang-orang kaya raya yang sejati takkan tunjuk dia ada banyak duit. Dia duduk diam-diam je. Tapi bila beli Bentley, bayar cash (kau ada?!)! Bukannya macam monyet-monyet yang baru seminit jumpa duit, lepas tu berangan-angan macam kaya giler dan pose gambar dengan duit. *Yang ni Aku ketawa kuat-kuat*. Orang makan gaji kerja kerani, kumpul duit setiap bulan pun mampu beli rumah banglo. Kau Infinity Downline, tipu orang suruh bank-in RM100 dalam akaun kau; dan bila kawan-kawan kau habis dalam Friendlist, kau ternganga sebab putus pendapatan. Itu namanya Business??? Betapa kurang cerdiknya dikau...

Dan paling Aku pantang bila ada "kawan-lawan" menggunakan persahabatan dengan "kawan-kawan" untuk mengaut keuntungan. Agaknya muka Aku ni ada terlekat not RM100?? Atau nilai persahabatan Aku hanyalah RM100??? Cukup keji pemikiran sebegitu! Ada juga yang boleh delete friendlist semata-mata kerana "kawan" itu tidak join skim Infinity Downline!! Betapa ceteknya akhlak kau, dik.
Dan itulah yang membuatkan Aku bertambah-tambah benci kepada "balaci-balaci" Infinity Downline!! Kawan yang baik sepatutnya membantu kawan yang lain; dan bukannya "memerah" duit diorang demi poket sendiri. Itu konsep persahabatan yang salah tu, bro! Patutnya campak je kawan sebegitu ke dalam lubang najis.. Kejis sangat tu ada kawan macam tu...

Okay. Aku harap lepas-lepas ni takkan ada lagi "balaci-bodoh" yang akan promote business haramjadah ni kat Aku. Seriously, dude, duit itu mainan kapitalis Barat. Kalau kau Islam beria-ia tunjuk perasaan untuk kebebasan Palestin, dengan alasan pembebasan sesama Islam -takkan kau sanggup menggunakan agama Islam untuk menipu saudara sesama Islam??!! Dah tu siap kaut keuntungan dari orang-orang Islam lagi tu. Manusia parasit Israel jenis apa kau ni?? Islam itu syumul. Zaman kesucian Islam, orang boleh kerja jaga kambing biri-biri dibalas dengan upah roti dan susu -zaman itu tiada duit pun. Orang Islam tetap maju juga. Malah lagi tebal agama Islam dalam hidup mereka. Jadi, kenapa jadikan duit seolah-olah "segala-galanya memerlukan duit"??? Itu silap besar!

Untuk maklumat lanjut tentang "perniagaan-perniagaan" sampah seperti Infinity Downline ni, Aku banyak merujuk kepada Blog Aidid Muaddib (klik nama blog untuk pautan). Di situ banyak info-info tentang penipuan-penipuan dalam "perniagaan" terutamanya Multi Level Marketing (MLM).
Perhatian juga: Blog itu banyak menggunakan bahasa kasar yang mungkin menyinggung perasaan sesetengah pembaca -menunjukkan betapa marahnya beliau kepada "penipuan"! Yang penting adalah isinya...kalau anda berani, baca!



HCA : Cari duit untuk sedekah kepada yang memerlukan duit... Kerana rezki itu milik Allah SWT. Dikongsi sesama manusia dan tak semua rezki itu milik kita walaupun kita mengenggamnya..! Duit kita adalah hak mereka yang berhak. *senyum*




No comments: