Thursday, May 28, 2009

3 BuDaK MeLaYu... TeRuS MeLaKaR KeJaYaaN

seperti yang disiarkan dlm akhbar Utusan Malaysia; Khamis, 28 Mei 2009 :

Modal, ilmu terbit filem bermutu

MiMPi PuN JaDi iSu...



pada pendapat ak, xda isu sgt pun. lagipun benda ni timbul bukannya secara sengaja; sekadar perbualan dan sembang2 kosong sesama member berkenaan persoalan "adakah mimpi mempunyai warna?"

ak hormati smua pendapat org, they said something from what they believe and experienced. ada pihak yg mengatakan mimpi tidak berwarna (grey scale, b/w, noir, dll.), malah ada juga yg mengatakan mimpi diorg berwarna. so which one yg betul sebenarnya ni? pada ak smua jawapan betul. sebab mimpi ni subjektif and almost unexplainable. xda tanda ukur pun yg bleh measure mimpi tu bagaimana even dlm konteks how it happens, the colours and so forth. smua ni mcm makanan la, let say ak amik 1 kek coklat. maybe org leh kata kek coklat tu sedap, kek coklat tu x sedap, kek coklat tu manis, kek coklat tu pahit dan sebagainya. bergantung kepada persepsi org melalui pengalaman dan citarasa yg tersendiri. smua hal ni sgt subjektif.

so, kalau korang nk kaji dgn lebih lanjut- ak menggunakan method survey melalui Yahoo!Answer sbb ia adalah pendapat dr seluruh dunia and still growing with the feedbacks, compared to books yang akan 'beku' ilmunya melalui 1 jangkamasa kajian sahaja. what i got is, most of them seems to say that dreams really have colours.

ha... nk tau dgn lebih lanjut? klik kat links yg di bawah ni for further study and answers:

1) Artikel 1
- Encik Erman Maharam yg send kat ak via email. thanks En.Erman sbb sudi kongsi ilmu pasal benda ni.

2) E-Journal
- source yg hampir sama dgn artikel atas, but more specific yet more friendly to read.

*kalau ada masalah nk download/view file2 kat atas ni, pls inform me via shoutbox atau email ak and tinggalkan contact email korg. nnt ak send secara personally ok, tq.

emm... jawapan yg ak dapat pasal benda ni:
i) bagi yg slalu dpt mimpi tanpa warna (itam putih, greyscale, noir dll.) adalah sbb dlm idup dia slalu experience imej2 hitam putih. mcm kalau slalu tgk tv tanpa kaler, benda tu mcm 'dirakam' dlm otak and akan dipancarkan semula semasa bermimpi. lazimnya org2 lama yg dolu2 tgk citer hitam putih kat dlm tv.

ii) berbeza lak bagi yg slalu dpt mimpi berwarna (colourful). diorg lbh byk experience imej2 berwarna dlm kehidupan diorg, so leh la potraykan dlm mimpi. lazimnya generasi2 lepas tv hitam putih slalu leh dpt mimpi berkaler.

iii) kalau yg experience kedua2 condition ni, maknanya slalu ada variant antara imej hitam putih and kaler2 dlm idup dia. maybe org ni ska tgk citer P.Ramlee and at the same time ska tgk MTV.

iv) but... but... but.... smua ni sgt2 la subjektif, dude! mcm yg ak kata td la, xda equipment pun yg leh measure whether benda ni betul, salah, betul+salah dan sebagainya. mungkin memori2 yg ada dlm palaotak pun leh influence keadaan mimpi tu. mcm trauma ker, halusinasi ker... anything can happen. let say, dia ska karaoke, maybe dlm mimpi dia dok berangan jadik artis. atau dlm tiap2 hari asyik bz dengan keja, mungkin dlm mimpi akan jadi lebih sesak dgn keja, atau dia mimpikan sebuah lapangan taman yg indah as counter kepada kesibukan idup dia... atau dia x mimpi langsung! emm... xda jawapan yg pasti kan?

so, ak harap lps ni xda la lagi 'isu' pasal mimpi yg akan timbul. kalau da anything that comes up, smua tu bleh dibawa berbincang and x salah untuk meluahkan pendapat dan idea asalkan ia bermanfaat untuk diperdebatkan ^_^ (hehe sgt2 rasional+ positive minded)

"AMAN"

MeRiNDui... BaLai SeNi LuKiS NeGaRa

"jom jalan2 kat Balai Seni Lukis Negara (BSLN)"

ntah kenapa tiba2 ak leh teringat pasal Balai Seni Lukis Negara. maybe dh terlampau bosan bercuti, tgh lepak2 then terus terpikir andainya masa ni ak tgh lepak2 kat situ. emm... mengimbau kenangan, for the first time ak p sana dgn iringan Encik Aidi dan member2 ak yg lain- utk subjek Eksperimentasi Karyawan.

"welcome to the gallery"

satu perkara yg ak amat respek kat En.Aidi, beliau suka jalan2. tp bukan jalan2 kosong ja, smua tu ada makna yg tersirat yg perlu diteroka oleh minda pelajar2 yg pernah mengikutinya. sungguh, walaupun secara biasa nampak mcm xda apa2 la sgt, tp secara luar biasanya, smua tu meninggalkan memori indah+ pengetahuan+ pengalaman yg sgt2 priceless. itulah istimewanya En.Aidi; menjadikan kehidupan di luar bilik kuliah sebagai 1 medium terbaik untuk pengajaran & pembelajaran secara tidak langsung. hehe bukanlah lain2 pensyarah tidak istimewa, masing2 ada kelebihan namun mungkin ak yg belum 'tersedar' ttg mereka.

"walking on the stars... actually reflection lampu kat tiles, cool eh?"

okay, berbalik kpd citer BSLN, ak agak hairan kenapa En.Aidi bersungguh2 nak ke sana. tp bila dh sampai situ, baru ak tahu kebenarannya. u must see urself! kat situlah terkumpulnya khazanah2 seni yg hebat; ak rasa sgt teruja seolah2 di situ terkumpulnya resolusi kehidupan di dunia dlm mcm2 warna dan bentuk fizikal- smua di situ. bagaikan dewan yg penuh dgn cerita sang pengkarya, ekspresi mereka ttg kehidupan- diceritakan melalui hasil seni lukisan yg sungguh menarik perhatian.

"idung sapa paling panjang haha"

ak hampir terlupa betapa ak memuja seni lukis ketika dulu. sejak ak mengenal pensel dan warna, ak dh mula mengabadikan hidup ak utk seni lukis. time kecil2 lukis kat dinding umah (haha), x kena marah beb! malah hasil seni ak tu dibiar menjadi mural kat dinding tu. supaya ak boleh sentiasa melihatnya walaupun dilampaui masa. then ak masuk tadika, cikgu plak suruh ak masuk mcm2 pertandingan melukis dan mewarna sampai la ak kat sekolah menengah. tup2 semakin lama kehangatan ak pada seni semakin pudar. tambah2 bila ak dgr ramai org kata seni ni xda masa depan. bila selalu diajuk dengan pemikiran yg sebegitu, maka jadilah ia sebagai persepsi ak pd seni... huhu sedih siot. walhal, kebenarannya yg xda masa depan tu adalah mereka yg tidak percaya pada kehidupan dan sentiasa menuding jari mencari salah orang lain. rezeki Tuhan dah tentukan, x kira la bidang seni ka, kejuruteraan ka, biologi ka, fizik kimia ka, smua ada rezeki masing2- hanya org yg x mau melihat masa depan saja yang xkan ada masa depan huhu!

"nice painting! 1 of the most adorable art in the gallery"

patutlah En.Aidi sgt2 meminati seni lukis, sebabnya ia sungguh menenangkan. dan ak merasainya. di BSLN tu ak rasa sgt2 tenang. seolah2 hanya ak sahaja yg berada di situ bersama2 lukisan. ak merasakan bagai kembali ke zaman2 dahulu yg mana ak melihat diri ak yg masih kecil menconteng kanvas2 lukisan sebebas2nya. dan kebebasan itulah yg membuatkan ak terasa sangat2 luhur dan mendamaikan.

malangnya masa terhad ketika itu. ak hanya sempat menghargai lukisan2 tu sekadar sepintas lalu. tp ak x kecewa, sebab ianya tetap pengalaman yang pasti akan melekat dalam memori ak. mungkin 1 hari nnt ak boleh pergi lagi utk appreciate seni itu ke tahap yg lebih bagus.

seni itu indah... dan keindahan itu adalah utk mereka yg tahu menghargai.

untuk En.Aidi, terima kasih sbb berkongsi pengalaman ni... dan terima kasih juga sbb sudi belanja kitaorg makan2 kat situ. caya lah, moga2 dimurahkan rezeki lagi. amin.

Tuesday, May 26, 2009

MaaFKaN CiNTa


"Cinta, sudikah kau memaafkan aku?"

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Buat satu masa ini, aku berada dalam keadaan yang membingungkan, yang tidak pernah aku terbayangkan sebelum ini. Sudah jelas lagi nyata, benda itu yang salah, namun masihkah ada lagi ruang untuk menerima kesalahan itu?

Aku berhadapan dengan situasi yang mana F sudahpun berjaya membongkarkan hal kekasihnya yang berselingkuh di belakang pengetahuannya; berpacaran dengan sahabat baiknya sendiri. Namun, setelah berkobar-kobar kemarahan F, yang terpacul di bibir F adalah kemaafan untuk A; kekasihnya yang sudah curang itu? Sementelah betapa kuatnya cinta F pada A, namun bukankah ianya kini satu tragedi. Aku hanya terpaku tanpa apa-apa jawapan.

Sebelum ini, aku begitu kuat mengatakan "salah tetap salah". Tidak guna lagi membetulkannya dengan alasan perkara itu boleh dibetulkan lagi. Akhirnya keadaan ini sedikit-sebanyak menggegarkan pegangan aku itu. Namun, aku masih tidak boleh digoyahkan. Aku cuba mendapat lebih pandangan melalui sahabat-sahabat aku yang lain: ManJanda, CikguKechil dan MatBunga.

ManJanda; walaupun telah tewas di medan cinta hampir kesekian kalinya, kerana sikapnya yang suka berfoya-foya; mengatakan bahawa beliau akan tetap menerima kekasihnya yang curang andai beliau sudah memaafkannya. Alasannya mudah, kerana cinta dan kemaafan. Namun, andai pisang berbuah dua kali, beliau akan 'menendang' kekasihnya itu.

CikguKechil, sejak menjadi cikgu ni pandangannya selalu berlainan daripada biasa. Sudah matang mungkin. Walaupun masih comel (perasan!) and still be my baby, ahaks! Beliau mengatakan kadangkala bagi sesetengah perempuan akan berhadapan dengan situasi sukar membuat pilihan. Hal ini berkenaan dengan soal hati, sungguh rumit untuk dihuraikan. Hanya tuan empunya badan yang tahu betapa sukarnya untuk deal dengan soal hati ini. Jadi, jangan salahkan sesiapa jika dalam percintaan bertemu gelora; biarlah masing-masing berusaha dalam menyelesaikannya. Hujan bukannya sepanjang musim, panas pasti kan muncul jua.

MatBunga pula lain pandangannya. Lebih tegas namun tetap berlembut hati. Jika berlaku situasi sedemikian, beliau akan tetap juga memaafkan. Namun hubungan selepas itu pastikan tidak lagi seperti biasa, akan wujud 'lain'nya.

Bagi aku pula, mungkin lebih kasar dan kejam dari MatBunga. Mengikut pengalaman, aku lebih suka menghukum kerana itu adalah titik noktah bagi segala-galanya; terutamanya melibatkan soal hati yang akan membelenggu hidup manusia sekiranya jawapan-jawapan bagi soalan itu tidak diketemu. Bagi aku, pasangan bercinta sudah matang dalam menentukan kehidupan dan percintaan. Seandainya mereka tidak cukup kuat, jangan bercinta. Hanya orang yang kuat sahaja akan meneruskan cinta. Jadi, tiada alasan lagi untuk menjadikan 'keliru' sebagai penyebab. Bullshit! Kalau sudah disedari awal lagi berselingkuh, apakah mungkin senario yang sama akan berulang? Seandainya ikhlas pasangan itu, dia pasti tidak akan mengkhianati pasangannya. Itu sekadar pendapat aku sahaja, dan mungkin orang lain mempunyai madah yang berlainan...

Aku hanya berkata-kata. Mungkin aku patut menjadi lebih pemaaf. Kerana manusia acapkali melakukan kesilapan, dan sebagai manusia, aku harus bertoleransi dengan kelemahan itu.

Adakah kerana cinta itu buta, maka seringkali terpijak duri nan luka? Maka, maaf menjadi pengubatnya?

Atau manusia yang lazimnya membuat silap. Manusia tidak sempurna. Oleh itu maafkan saja?

... Mungkin selepas ini aku perlu menjadi lebih lembut hati berhadapan dengan insiden yang semacam ini. Memaafkan cinta.

Saturday, May 16, 2009

BuKaN XNaK ToLoNG "oRG KiTa"...


kali
ni ak nk bercakap ttg soal yg sensitip sket, iaitu berkenaan dgn "org kita". atau nk bahasa yg lbh mudah org malaYou a.k.a meLayu. cukup2 klise bila ak slalu dibahasakan dgn ayat, takguna jadi malayou kalau xnak tolong org malayou. ayat yg cukup sindir namun menjengkelkan bagi aku. sbb slalunya bila "org kita' yg mengatakan mcm tu pasti ada motif terselindung terutamanya utk menjaga isi perut sendiri sbb "org kita" kan terkenal dgn 'keikhlasan', 'wangi hati', 'adab sopan' dan sebagainya... fuh! berkias habess ak nih, ya la demi menjaga hati org kononnya. tapi bila hati sendiri, dipijak2 oleh "org kita" jugak huhuhu.

pedulilah apa yg "org kita" akan kata. dh muak dgn kata2 manis sampaikan yg bathil pun disangka baik sbb kebodohan "org kita" itu sendiri. bukannya x selalu "org kita" dipijak oleh "org kita" jugak, susah sgtkah nk mengaku kenyataan, walaupun pedih; truth is always the truth.

oraite, kali ni sengaja ak nk bagi alasan kenapa ak dah TAKKAN tolong "org kita" lagi especially dlm bisnes- sbb "org kita" mmg 'bijak' berniaga sampaikan ak naik muntah dengan 'kebijaksaan' mereka (note: ayat2 dlm '---', sila baca secara reverse psychology okay!)

"truth may hurt, but hurt is the taste of feeling..."
kes 1
-"org kita" kalau berniaga mmg rajin menipu. tp tipu kaw2 secara terang2an sampaikan bleh trace. apa kebodohnya "org kita" ni, mmg la dlm bisnes ada pusing2, tp xyah la sampai reveal benda2 tu. ni pun 1 hal, kalau "org mereka" leh tipu sampai juta2 dollar, "org kita" lak setakat ratus2 ja, tu pun dh berlagak mcm bagus!
- my father wat house renovation, then pakai la kontraktor "org kita" kononnya dgn alasan nk bantu perniagaan "org kita" la. last2 projek x jalan, then bagi mcm alasan2 kononnya next time leh siap. tp still gak amek masa berbulan2, even smua bahan dh beli. sejak tu hilang terus kepercayaan kitaorg kat kontraktor "org kita"; if pakai kontraktor "org mereka" kompem leh siap in just 2 weeks... see, "org kita" gak pandai menipu tp still menunjukkan kebodohan. sbb lepas tu sure xda sapa dh yg nk amek kontrak mereka, sedangkan "org mereka" leh untung selalu sbb byk job yg akan masuk.

kes 2
- "org kita" for sure mmg x pandai jaga hati customer. seriously, dude. cuba g kedai "org kita" leh siap layan x layan lagik tu. nak nak pulak kalau kedai tu ada tv, dok tercongok dpn tv tgk sinetron indon sedangkan customer dok ramai yg beratur. x kebodoh namanya tu, bukannya tv tu yg nk bayar kat diorg, customer la yg akan hulur duit beli barang, BODOH!

kes 3
- "org kita" kalau berniaga, yg tokey tu la yg paling besar kepala. leh plak dok berlagak boss kat kaunter, tau nk kira duit saja. sedangkan kedai tgh ramai org, xdanya dia nk pedulik. biaq customer menunggu, janji duit dlm cash counter tu tetap kena abes kira, then berangan la kaya raya (kononnya laa... x kaya2 jugakk!!). berbanding dgn "org mereka", tokey tu la yg paling byk wat kerja. siap layan customer elok2, pesan dlm 5minit, terus amek barang bayar kat kaunter. sbb tu la ak lagi ska g kedai "org mereka" coz lagi cepat dan x buang masa, then tokey2 dia la paling peramah mengalahkan staff. rasa mcm duit yg keluar kat kedai tu sgt berbaloi... lain sangat dgn "org kita"... tokey mcm sial!

kes 4
- "org kita" paling pandai dlm bab bersembang. berdekah2 sembangnya. sanggup x layan customer sbb bersembang saja. mcm la leh dpt projek berjuta2 dollar. last2 ke politik jugak terjunnya, bukannya dapat duit pun. ak cukup pantang bila guna khidmat "org kita", lagi banyak bersembang dr siapkan kerja. apakejadahnya bodoh "org kita" nih?
- smlm ak g expo "org kita", then tertarik ngan gerai komputer. tgh plan nk replace komputer, so kira cam kompem la, pulak tu gerai "org kita", berkobar2 support "org kita" beb! last2, tukang jaga gerai tu dok bersembang dgn kawan2 dia. lain2 staff tgh dok lepak kat kerusi malas. cess! mmg pemalas rupanya "org kita" ni. lama gak ak berdiri kat dlm gerai tu, x dilayannya ak. kalau x sah2 leh dpt cash rm 1k gerai tu. then ak fed-up terus blah sambil menyumpah2. aiseyy... sampai ke tahap itu ke bodohnya "org kita"?

kes 5
- lagi 1 pasal "org kita", diorg agak x bersungguh dlm wat keja. seriously, sgt2 lembab! ak pn x paham kenapa, sedangkan customer bersungguh2 nak bayar khidmat diorg.
- ak g servis keta kat kedai "org kita". huh! alasan support "org kita" la kononnya... baik giler ak nih, walaupun sering dikecewakan oleh "org kita". x serik2 gak. tp last2 ak gak yg bodoh. *toing! kena kat ak balik!* mcm yg ak agak, "org kita" mmg lembab, wat kerja mcm sial. nk ja ak guna kepakaran mekanikal ak, then fix sendirik keta tu. then amek spanar terus g ketuk kepala "org kita" termasuk la tokeynya yg mcm sial walaupun berserban seolah2 baik sgt. tp mulut tetap puaka! nak nak ak ambil mancis, then bakar je bengkel yg gah mcm proton servis tu walaupun servisnya totally hancuss! hahaha brutalnya ak... astaghfiruLlahalazimm...

so, apa alasannya lagi kalau ak mmg xnak tolong "org kita". bukannya ikhlasnya hati ini yg harus dipersoalkan, tapi sejauh mana kebodohan manusia yg akan dijadikan ukuran. cukup2lah asyik ditipu oleh "org kita", lebih pedih bila mengetahui kebenarannya. kalau nk tipu, biarlah sampai tidak tahu, dan itulah namanya bijaksana.

emm... bkn xnak tolong "org kita", tapi kebodohan mereka yg tidak layak ditolong!

maaf, sedikit emosi.
ak sygkan "org kita" dan masih terus percaya... ada "org kita" yg lebih baik...

Thursday, May 14, 2009

BeRaPa KaLi NaK CaKaP...HaTi2 KaT JaLaNRaYa!!!


baru
je dlm post yg sblm ni ak ada menceritakan ttg kemalangan kat jalanraya dan aspek berhati2 kat jalanraya. tup2 berlaku jugak kat tempat ak, even kat depan umah ak pun.

begini citernya, pagi tu dlm kul 7am ak dikejutkan dgn bunyi dentuman yg amat kuat. bunyi yg kuat tu mampu mengejutkan ak dr tido, dan ak bajet mmg bunyi kemalangan. then ak dgr teriakan my mother memanggil ak dari luar. sah, mmg kemalangan pun. dan ak jangka mesti ada yg mati sebab bunyi tu mmg kuat beb, sampai kat sekolah rendah yg jaraknya 500m dari tempat kejadian pun leh dengar. ak yg agak2 mamai pun keluar la, dan ak x sangka watak2 yg terlibat dlm kemalangan tu adalah sepupu ak sendiri (ladydriver, 23). mengikut citer my mother, LD keluar simpang kat depan umah ak TANPA melihat kiri dan kanan, and terus blah. kebetulan ada motorsikal (ladybiker,18) yg x sempat elak lalu menghentam keta tersebut. nasib baik la LB x cedera parah, even dia dah melambung sbb direct langgar keta tu... emm, mmg nasib baik sgt la. sbb kalau ikut logik, budak tu kurang2 pun akan patah kaki atau tangan.

nampak mcm eksiden yg biasa2 jer, tp bagi ak mmg sgt2 x biasa! x pernah dlm sejarah idup ak ngan family ak eksiden akibat KELALAIAN SENDIRI! mmg real cuai dengan terserlahnya. kalau wat kajian kes pun, dah sah2 sepupu ak yg salah. ak mmg x suka carik salah orang sbb nobodys perfect kan, tp dlm kes ni ak mmg bengang nk mampos! serious cakap, ak mmg marah giler sbb LD wat salah kerana kecuaian. idup ni mn leh cuai beb, kalau berhati2 kompem xkan cuai punye. sblm ni my mother cakap LD mmg kuar simpang x pernahnya nk slow, selamba jer speed up- yg ak bajet xkan 'sempat' tgk kiri kanan pun. so bila dh sampai masa, kecelakaan mesti akan berlaku jugak sbb kelalaian tu. cis! mmg celaka pun. imagine, ak baru bangun tido dh kena hadap benda2 mcm ni, maunya x hangin. redha2 gak, tp sbb benda tu boleh elak, thats y ak marah sangat2!!!

then, pagi tu terpaksa la setel kes kemalangan tu. nasib baik jugakla, LB tu antara sedara-mara ak jugak. so leh la setel tanpa melibatkan polis. n nasib baik sgt2 LB x luka walau sikit pun. Allah SWT Maha Berkuasa. tp malu jugak la keluarga ak, sbb dah jadi kes ngan sedara-mara sekampung. aduss! never happen in history, and smuanya tercalar kerana kelalaian.

"....emm, no komen la..."

my mother dh bagi nasihat, next time hati2. tapi kalau dh degil xnak dgr nk wat mcm mana... huh! insiden tu mmbuatkan ak leh wat kesimpulan ttg karakter2 perempuan, antaranya la...

1) Perempuan Jenis Lembut (sangatt...)
- jenis ni kalau eksiden kompem menangis, trauma tahap gaban. leh terbawak2 sampai sehari dua hingga bertahun2 lamanya.
- bagi kes trauma, kompem x kan berani drive lagi dh. sbb istilah 'badi' akan sentiasa berlegar2 dlm idup dia.

2) Perempuan Jenis Tabah (sangat2!)
- snang cakap jenis yg xda perasaan.
- kalau dlm kes umah tangga, walau kena baling dgn mangkuk tandas still jugak akan setia kat suami sampai ke mati.
- kalau dlm kes eksiden, buat selamba saja. dan xkan mengajar beliau apa2 pengajaran pun. tetap degil mcm selalu.
- orang kata; hati kering.

dan, LD tergolong dlm kategori ke2. fuh, x menangis pun. respek siot, sbb kalau ak dh langgar org kompem berderau darah sampai ke otak. tp LD lek2 saja. bila ak tanya dia kata xda masa nk trauma sbb sibuk dgn keja. emm... sbb lepas kemalangan tu dia leh g keja mcm biasa tnpa ambik cuti. sangat tabah! huhuhu

next day, my mother ak cakap LD still wat perkara yg sama, kuar simpang xnak slow2. berderau darah ak dgrnya, hangin jugakla. xkan la sampai nk ada nyawa melayang baru nak insaf dan ambik pengajaran! hari tu jugak my mother bagi ceramah khas kat dia, moga2 berubah la. jangan sampai kena naik turun mahkamah baru nk menyesal...

emm... ada sebab kenapa org dolu2 kata; biar lambat asalkan selamat... hati2 dlm idup, hati2 di jalanraya.

Tuesday, May 12, 2009

JoM JaLaN2... LaNGKaWi 2009


"langkawi2009... here i come, yeay!!!"

yeay! dh cuti semester, itu je yg ak pk utk penghujung semester4 ni. blum pun smpat ak plan apa2 aktiviti time cuti nnt, my father dh awal2 plan utk cuti2 kat Langkawi. yes, another Langkawi trip utk tahun ni... haha walaupun tahun lepas dh pegi ngan geng2 boyan ak tu. trip ni short je, 2 hari 1 malam- sgt2 short utk sebarang aktiviti, unless meluangkan masa all day bersama family kat sana, including family akak ak. weee... adakah trip ni akan jadi trip yg best? hehe belum tahu lagi, nnt ak citer serba sedikit okay.

"senyum seindah suria... aiks! jari sapa yg nakal tu?!!!"

so, short vacation ni, utk hari pertama terus gi Gunung Mat Cinchang utk naik kereta kabel dgn round island sket2. mlm tu mcm biasa, shopping!!! next day pun shopping gak. huh! dah sah2 bawak 2 org perempuan dlm family ak, mcm bawak 2 bijik bas- smua shopping saja yg jadik fokus utama. haha... well, kali ni x melawat byk tempat sgt, ada la sket2 mcm Tanjung Rhu dan Dataran Lang (wajib tuh...). lain2 mcm agak boring, so smua plan terus jadik jelajah utk shopping. *boink!

"menggapai awan... yahoo!"

ak rasa xyah kot citer tempat2 yg menarik kat Langkawi tu. kalau nk tahu gak, google je kat internet, berlambak2 info yg akan kuaq. lagipun kat malaysia ni dh mmg byk tempat2 yg best, kat langkawi pun sama- bleh lakukan mcm2 aktiviti, cuma kena pandai rancang perjalanan, cari tempat2 yg nak ditujui dan nikmati keriangan bercuti. tu je... sbb kalau x plan, kompem percutian akan jadik berterabur; mcm percutian ak ngan geng boyan tahun lepas haha. hazab la, sbb nk cari tmpat tido pun payah! so, utk percutian kali ni, ak nk tebus balik saat2 keciwa yg lepas2 tu ahaks!

"peace no war, okay! oraitee...!"

kat sini ak senaraikan beberapa pengalaman dan pemerhatian ak kat Langkawi tahun ni:

1) yezza, oleh sbb family ak pakai voucher tiket yg kami dpt kat kaunter kereta sewa; maka kami hanya bayar harga tiket utk kereta kabel Gunung Mat Cinchang sebanyak rm15 instead of rm30. yeap! since mamat2 kat kaunter kereta sewa ada 'contact' ngan mana2 tempat lawatan, so diorang leh dpt harga murah. Tips: diorang slalu tnya nak gi mana2 tempat, so diorg akan offer tawaran tiket2 yg murah mcm tu. so pandai2 la nk deal ngan diorg. murah giler beb, dah jimat byk kos kat situ. kalau diorg x inform, tanya je, kompem leh dpt voucher tu. emm... ada gak voucher utk Underwater World dgn harga discount, tp kami x ambik coz dh pernah pergi. mcm boring la plak...

"memikirkan masa depan...errr...jodoh? *haha"

2) ak sgt2 respek ngan pelancong asing kat sana. smua sgt2 la bersopan dan beradab. ada sekumpulan mat saleh yg nk tnya ttg 1 tmpat yg we'all x tahu. walaupun mcm tu, diorg still hormat kami & ucap terima kasih. org malaysia nak wat mcm tu? sorry naik lorry la... haram susah nk jumpa! sbbnya ak berani kata mcm tu, baca no3.

"laypark kat hujung udara..."

3) my mother ternampak duit mamat melayu tu tercicir kat kaunter, so my mother pun bagitau la mamat tu. apa yg jadik? dia dgn selamba ambik duit tu dan blah mcm tu je... bukanla harap sgt nk ucap terima kasih, tapi ni senyum pun tidak! so, mana pergi budi bahasa 'orang kita'? perangai mcm anjing! ak rasa anjing kot lagi elok dari org mcm tu... layak masuk dlm flush toilet ja. bukan susah pun nk senyum!

"jom jalan2!"

4) perkara yg paling menakutkan ak adalah melihat makcik2 yg ghairah bershopping. sungguh, dude! masa ni mcm tgk org yg lupa daratan. slamat la ak dh warning 'gurls united' dlm family ak nih. since kami pun slalu shopping, so xdak la excited sgt. lek2 sudah. tapi, skali tgk makcik2 dari pelbagai negeri tu, naik takut ak. ngeri siot, skali jari ada 10, dgn 10 tu la diorg nk sangkut brg2 shopping bg stiap 1 jari. lepas tu berebut nak beli itu ini, mcm dh xkan wujud keesokkan harinya. kalau kiamat pun rasanya kompem diorg xkan sedar. sebabnya ak kata mcm tu, akak ak dh ambik set sudu garfu kat situ, then dgn selamba makcik2 ni akan ambik seolah2 bukan milik sapa2. sangat hanjeng gak perangai mcm tu... thats why la ak kata takut, kang bleh ja ada drama tarik2 rambut sbb nk berebut barang. mmg sah2 dtg dari hulu mana ntah, kampung dlm hutan kot sampai dh hilang adab sebagai manusia... dunia...dunia...!

"thinking..."

5) kalau dtg Langkawi, ak paling ska coklat. yess... brg2 lain ak dh x nmpak dh, melainkan coklat. masa ni la leh shopping coklat sepuas2nya, sbb kalau balik Penang kompem dh xda pluang mcm ni haha. kira dh dpt lesen besar dr my mother, so borong sakan la. ermm... mcm kisses, daim, cadbury mcm dh biasa sgt... then ak jumpa coklat+kelapa. fuh! mmg layann sedap... nnt ak nk carik lagi. chaiyoq2!

"mengintai dari tirai kamar... cheewahh!"

6) lagi 1 kes pasal 'org kita'. mlm tu time nak dinner, pergi la kat 1 tmpat makan ni. makanannya mmg sedap, tp servis mak oii lambat mcm siput babi. bukan emosional sgt, tp byangkan la, dh la ramai org, leh plak ada seorg tukang masak saja. tp itu bukan alasan beb, sbb kat Penang sorg tukang masak leh serve 3 dishes dlm 1 masa je. tu la namanya pro. tapi yg ni, adoii, 1 dish nk makan masa 1/2 jam. kalau dlm family ada 6 org, kira sendirik la. ak kesian kat 1 family yg dtg lewat skest dr kitaorg, siap dgn anak2 kecil lagi. budak2 tu sampai dh tertido sbb tggu makanan lmbat sgt. bila dtg 1 dish, berebut2 nk makan sbb lapar menunggu. dh tu, staff tempat makan tu wat selamba ja mcm x bersalah. sial betul! bagi ak, kalau dh x berdaya nk serve customer, baik jgn buka perniagaan hari tu sbb nnt menyeksa pelanggan yg menunggu... kesian d'oh. bila dh lapar, terpaksa la kena tggu. tapi... takkan la smpai nak jadik mcm tu kan. ni la kiranya bisnes 'org kita' yg mmg x pandai nk jaga customer! mmg mcm sial! dh tu, kalau x sokong 'produk org kita' marahla plak, tp bila dh support mcm ni plak yg kita dpt... what the hell, kan?


"aktiviti paling best... see, im a pets lover ^_^"

7) 1 lagi kejadian masa final shopping kat Pekan Kuah, time tu hujan renyai2. adala couple cina yg ak rasa mmg dtg dr China; tgh nk lintas jalan. time tu traffik tgh sesak & lampu traffik lak warna hijau. diorg dgn selamba nk lintas sambil angkat tangan... apa diorg igt org malaysia ni 'ada' budi bahasa ka? kompem la nk kena langgar kan. tp mmg nk kena langgar pun, dgn motorsikal. mmg dh kena dh kat kaki pompuan tu sampai dia menjerit. slamat la motor tu sempat brek. kalau x dh mmg kojol la awek cina tu. lepas tu terus awek tu jadik mcm org bodoh, kesian pakwe dia dok bawak awek tu ke hulu ke hilir, tp awek tu tetap mcm tu. mgkin kena badi kot. yerla, dh sah2 tadi nyawa dia hampir melayang, mcm ajal yg begitu hampir2 nk tamatkan riwayat hidup dia. lain kali kena la hati2 kat jalanraya. ingat sket, yang pejalan kaki tu bukan kebal. so xyah la nk tunjuk megah hebat sgt time jalan kaki, coz kalau kena langgar dgn basikal sekalipun, yg teruknya kamu sang pejalan kaki kan? so hati2 la...

oraite! ak rasa cukup dulu coretan2 biasa ttg my short vacation kali ni. emm... kalau x silap ak ada kot plan2 lain lepas ni. hehe kaki berjalan betul! insyaAllah, kalau ada lagi 'jom jalan2' ak updatekan okays...

org kata jauh perjalanan, luas pengalaman kan? so x salah kan kalau slalu berjalan2... hee =)

"short vaccaytion yg best! oraite!!"


Sunday, May 10, 2009

PaBiLa KeBeNaRaN BeRSuaRa


"keliru dlm sedar, kenyataan dlm sukar..."

ak sgt takut sbnrnya. takut utk berhadapan dgn situasi yg mana ak perlu menjaga hati byk pihak. smmngnya sukar, bila bermain dgn hati dan perasaan, apatah lagi tindakan manusia slalunya diluar jangkaan. ketakutan itulah yg kadang2 mmbuatkan ak lbh ska utk berdiam saja, and let it be as it suppose to be, 1 tindakan yg x sepatutnya ak buat (ak fikir begitu...) tapi utk berada dlm keadaan slamat itulah jalan yg terbaik.

ak hampir2 kehilangan 'keberanian' ak dlm mempertahankan kbenaran, satu2nya perkara yg paling ak benci krn ak mmg x ska mengalah dlm kebenaran; biar apapun yg terjadi the truth is still the truth! tp kali ni ak tewas juga dgn perasaan ak, toleransi yg menebal membuatkan ak tenggelam, walaupun ia 1 petanda yg baik (yes, tolerate is a good thing!); tp ak tetap x ska menidakkan kebenaran. thats y ak perlukan pertolongan dr Bard dan Shed ttg perkara itu, it seems silly when u need helps for smthing that u can do by your own! akhirnya pertolongan tu semmgnya sgt2 membantu, thanks friends!

baru kejap td ak brani berterus-terang slps rasanya bersalah ak pada Ed. maaf Ed, bukannya ak asyik berselindung, cuma ak sgt2 cuba menjaga hati smua org dan ak xnak hubungan antara Ed dgn Ika berkecai. smuanya gara2 Ika yg menyayangi ak lebih dr bf dia sendiri, aduhhh... situasi yg memeningkan, yg pasti akan meretakkan lagi kaca nan rapuh itu.

Ed seolah2 xdpt terima bila Ika 'berselingkuh' di belakang dia. ak faham perasaan dia tu, dan ak bimbang Ed akan menuduh ak sbg watak jahat dlm hubungan 3segi ni. sbb tu ak nk diamkan diri saja, biar ianya senyap tanpa ak perlu berhadapan dgn sebarang kemungkinan. lagipun ak bukannya suka Ika tu, honestly. sebagai kawan2 saja. cuma Ika yg salah faham kebaikan ak. ak sygkan persahabatan dgn Ika dan ak juga sygkan persahabtan dgn Ed. bila terbabit dgn soal hati, tiada siapa2 yg salah, Ika berhak menyayangi sesiapa saja. cuma mungkin caranya sahaja yang tidak betul... dlm masa yg sama, masih menjalinkan hubungan dgn Ed. sedangkan Ed itu kawan baik ak.

kebuntuan yg melanda mmbuatkan ak susah nk pilih jalan penyelesaiannya. selamatlah ada Bard dgn Shed, masing2 berpendapat ak patut beritahu Ed ttg keadaan yg berlaku diluar pengetahuannya tu. dan ak berani berbicara ttg perkara itu dgn Ed. mujur juga Ed memahami walaupun kemarahan, kekecewaan mmg sgt2 terserlah tadi. 1st time ak nmpak Ed sgt2 terasa hati; mmbuatkan ak sgt2 rasa bersalah sedangkan mmg bukan salah ak pun. keberanian ak berhadapan dgn smua itu muncul slps ak mendengar dr pihak Ed ttg betapa sayangnya dia dekat Ika. dan disebelah pihak Ika, ada sedikit bercanggah yg ak dapat; setelah sblm ini ak selalu menjadi tempat Ika meluahkan perasaan. perbandingan yg ak buat menampakkan pihak Ed lebih berada di kelompok yg benar... maka ak terus dgn keputusan utk berterus-terang kepada Ed saja.

ak dah cuba nk slamatkan hubungan Ika dgn Ed, tp nampaknya Ika sgt2 terpesong hingga derhaka pada Ed; maka keputusannya pasti sudah jelas. selamatlah, Ed juga memahami situasi ak dan tidak menyalahkan ak. sekurang2nya dia lebih percaya pada persahabatan ak dgn dia, berbanding rasa sayang bercampur kecewanya pada Ika. ak sgt2 menghargainya, kawan!

walaupun x selesai sepenuhnya, tp at least ak dh boleh menarik nafas lega. 1 beban dh habis; bila akhirnya ak berani meluahkan kebenaran. dan ak sgt2 rasa bersalah kat Ed sbb x beritahunya awal2 lagi; sekurang2 selepas Ika berani bertindak meluahkan rasa hatinya tu. maaflah, kerana ak sgt2 keliru dlm gelora persahabatan dan cinta, hinggakan ak dh x nampak mana arah kiblatnya... namun, kebenaran tetap kebenaran dan tiada sesiapa pun yg mampu menafikannya.

ak harap perkara ni akan selesai secepat mungkin atau sekurang2nya tidak lagi menambah masalah dlm idup ak yg sememangnya dh sarat dgn mcm2 hal ni. aduii... inilah parahnya cinta, bila kebaikan yg menjadi taruhan, pasti tergadai kasih sayang.

huh! bahayanya...

Tuesday, May 5, 2009

CiNDeReLLa, CiNTa HaTiKu

baru2 ni ak sempat bersembang2 dgn member lama ak, yakni classmate ak di sekolah rendah yg dh agak lama ak x jumpa. itupun secara x terancang bila kami berjumpa semula di KL, maka kesempatan masa itu digunakan sebaiknya utk catch-up cerita2 yg ak sendiri dh terlupa.

maka bermula la jejak2 kasih member2 lama, nama2 yg ak dh x berapa ingat- tp berkat insiden2 kelakar, sedih dan kenangan2 tu, ak dh mula trace kisah2 zaman bebudak dulu (hehe bukanla bermakna ak dh tua sgt2, masih muda trang tang tang lg okay, jgn jeles bila umur ak berenti kat no.21 saja haha-). paling ak dh terlupa sgt pastinya pasal kisah Cinderella ini...

emm... kisah cinderella. dongeng zaman kanak2 yg famous, sampai akhirnya jadik seperti sebenar2nya dlm idup ak. mau xnya, citer tu pun sekadar fairy tales yg membuatkan bebudak berangan2 kononnya ada putera dan puteri, dan angan2 tu la yg mmbuatkan kanak2 terus 'hidup'. emm... zaman skrg dh xda kot feeling yg mcm tu, abes2 kuat pun citer wonderpets, pondok2 ala nabil lu pk sendiri la, tom2 bak pak aznil dan sebagainya yg lbh menjurus utk menjadikan budak2 dh x tentu arah utk berangan jadik popular dlm tv. kalau nk dibandingkan dgn fairy tales- ak rasa daya imaginasi bebudak pastinya akan lbh cergas utk berfikir berbanding kau menyanyi, menari then tergedik2 atas pentas mcm monyet x skolah- ak berani kata mcm tu sbb kalau ak jentik budak2 zaman skrg kompem lebam sampai masuk icu berbanding bebudak zaman dulu siap pakai rotan 1 inci pun still lek2. sbb tu bdk2 zaman dulu kalau jatuh pokok pun still bleh idup!

haha melalut la plak. ok ok, berbalik kat citer fairy tales tu, ak pasti ramai yg tahu citer dia mcm mn, ada mcm2 watak dan sebagainya. cuma bila citer tu akhirnya menjadi pementasan kelas ak zaman sekolah rendah dulu, ianya bagai 1 lagenda bila ia berlaku julung2 kali dalam sejarah sek. dan pementasan tu melibatkan ak 1 kelas, x pasti darjah berapa, maybe darjah 3-4 kot. tgk! ak sendiri pn dh lupa, kalau member ak tu x ingatkan kompem ak akan terlupa terus. so, bayangkan la bila ak selalu kata takdir penentu segalanya, then ia mmg kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa tu. guess what, ak diberi watak sebagai putera dan si dia diberi watak sebagai Cinderella. so, bermulalah episod cinta dalam pementasan tu...

dan yg paling ak xleh nk pk logiknya kat mana, citer tu seolah2 wujud plak dlm kehidupan ak. mcm mn ak bleh kata mcm tu? oraite, let me explain. katakanlah watak2 ibu tiri n kakak tiri dlm citer tu sbg cabaran n dugaan2 dlm perhubungan cinta yg terjalin, then watak2 lain sebagai penghias keindahan perjalanan cinta tersebut- cthnya, pari2 sbg harapan dlm cinta, pedati kuda dr labu sbg perjalanan dlm idup yg singkat, kasut kaca sbg simbol cinta, jam 12 mlm sbg tempoh anda mmbuat kputusan yg singkat sama ada nk teruskan cinta atau lepaskan saja... dan begitulah seterusnya. see, ianya mmg kena-mengena dgn kisah hidup smua orang kan?


"cinta bagaikan kasut kaca... sungguh rapuh, namun berharga..."


cuma bagi ak mgkin x seindah fairy tales tu. ya, ak pasti takkan jadi mcm tu. sbbnya bila cinderella lari meninggalkan kasut kaca, putera hanya menyimpan ia tanpa bertanyakan empunya kasut tersebut. sbb putera takut kalau dipulang semula kasut tu, cinderella akan menjadi puteri semula dan mencari putera yg lain. putera beranggap, salah puteri cinderella juga bila dia berani dtg ke istana, menyemai cinta bersama putera- last2 pergi meninggalkan putera seorg diri. walaupun kasut kaca tertanggal, dia x berpatah-balik utk mengambilnya smula. andai cinderella kembali mengambil kasut itu, pasti akan bertemu semula dgn putera dan hidup bahagia selamanya... akhirnya dlm kisah yg mcm ini, putera sekadar memendam rasa dalam sangkar istananya- hnya mengenang wajah dan cahaya di mata cinderella... sedangkan cinderella juga begitu, mengetahui siapa gerangan putera, namun tetap takut nak bersemuka dan menerima kenyataan cinta... maka, cerita ini masih tiada penghujungnya.

putera hanya menanti cinderella- tidak mencari, krn putera takut cinderella akan melarikan diri lagi... seperti berakhirnya detik malam hari.

BiDaDaRi MeNGeJuTKu DaRi LeNa...


pernahkah anda mengimpikan bhw 1 ketika akan ada seorg bidadari yg paling anda puja, syg, kasih, cinta...dan bermcm2 perasaan yg mmbuatkan anda ingin si dia berada di samping anda setiap masa; mengejutkan anda dr tidur dgn lemah-lembut berbisik di telinga...? 1 perkara yg hampir2 mustahil, tp tetap akan berlaku seandainya si dia mmg di ditakdirkan milik anda. bagaimana pula jika bidadari itu hanya bersinggah cuma, dan pergi meninggalkan impian yang hampa? masihkah akan terus berharap impian/mimpi menjadi nyata?

mungkin itulah yg terjadi semalam... agaknya la, sbb ak x pernah pun termimpi nk jadi mcm tu. spt biasa, ak mmg slalu tido siang; wlaupun its a bad habit, yeah, tp time tu agak2 lps hujan, so what do u expect? tido la yg paling nikmat beb dlm hawa udara yg suam2 sejuk tu. ak pn set la alarm (haha sempat siot, sbb nk bgn before maghrib), then bye2 kpd alam fana ni.

tup2 ak terdengar suara sayup2 kat luar, suara yg terlalu biasa ak dgr dan ak nk dgrnya lagi. nyaring, mersik... persis Lagu Pohon Beringin spt dlm citer bawang merah tu. ak cuba mengamati suara tu, ya! mmg betul tekaan ak, mmg suara si dia. tp buat apa dia dtg ptg tu kat umah ak, and at the same time 'mengejutkan' ak dr tido?

ak terus terjaga. itulah 'alarm' yg paling bermakna dlm idup, satu 'alarm' yg sungguh indah xkan disamakan dgn yg lain. siapa yg x terpana, kalau sang bidadari yg dipuja, muncul dgn suara indah lalu menyapa halwa telinga sehingga terjaga? itulah detik yg 'gila-ah-best' dlm idup... mmbuatkan ak x buang masa, bingkas bangun dr ranjang beradu. sebutannya yg berucap namaku terus mmbuatkn mata ak segar semula.

ak terus menyapa bidadari itu. dh lama jugak ak x renung wajahnya, ayu mcm biasa- atau lebih ayu dari selalunya. semakin hari, semakin elok paras wajahnya... hehe agak melampau gak bayangan ak nih, tp itu hanyalah memori kisah lama yg makin ak lari, makin ia mengejar tnpa henti... ak lihat dia semakin kurus, berbanding saat dia bahagia dulu2 tu... mungkin sakit, mungkin hati dia yg sakit, mungkin parah, mungkin jiwanya yg rebah... ak tak tahu. dan kalau boleh xnak ambiktahu, sbb bila dh ak smakin ambik berat, makin berat pula ak nk melepaskan kenyataan...

emm... biarlah, dh namanya pun kisah lama. sama ada bidadari tu bahagia atau x, bukan lagi urusan ak. hanya harapan saja la, agar si dia bahagia dgn pilihan & idup dia... aihhh, bidadari yg lazimnya sakti pun pasti kan kecundang gak dgn cinta. mungkin sayap syurganya dh lama patah, lalu merana la jawabnya... emmm... ak akan lbh berharap dia suka menjadi 'manusia'...

aish! bagi insan yg mcm ak, asyik garu kepala memikirkan rona2 idup yg mcm2 gaya ni. xnak lagi memenatkan kepalaotak memikirkan kesedihan, hanya menikmati kebahagiaan yg sedia ada. kalau selalu susah hati pun x guna, hayat manusia mcm ak pula sgt2 terhad, jadi kan lagi bagus kalau nikmati kebahagiaan dan rahmat yang Tuhan berikan, ye x?

bidadari...