baru je dlm post yg sblm ni ak ada menceritakan ttg kemalangan kat jalanraya dan aspek berhati2 kat jalanraya. tup2 berlaku jugak kat tempat ak, even kat depan umah ak pun.
begini citernya, pagi tu dlm kul 7am ak dikejutkan dgn bunyi dentuman yg amat kuat. bunyi yg kuat tu mampu mengejutkan ak dr tido, dan ak bajet mmg bunyi kemalangan. then ak dgr teriakan my mother memanggil ak dari luar. sah, mmg kemalangan pun. dan ak jangka mesti ada yg mati sebab bunyi tu mmg kuat beb, sampai kat sekolah rendah yg jaraknya 500m dari tempat kejadian pun leh dengar. ak yg agak2 mamai pun keluar la, dan ak x sangka watak2 yg terlibat dlm kemalangan tu adalah sepupu ak sendiri (ladydriver, 23). mengikut citer my mother, LD keluar simpang kat depan umah ak TANPA melihat kiri dan kanan, and terus blah. kebetulan ada motorsikal (ladybiker,18) yg x sempat elak lalu menghentam keta tersebut. nasib baik la LB x cedera parah, even dia dah melambung sbb direct langgar keta tu... emm, mmg nasib baik sgt la. sbb kalau ikut logik, budak tu kurang2 pun akan patah kaki atau tangan.
nampak mcm eksiden yg biasa2 jer, tp bagi ak mmg sgt2 x biasa! x pernah dlm sejarah idup ak ngan family ak eksiden akibat KELALAIAN SENDIRI! mmg real cuai dengan terserlahnya. kalau wat kajian kes pun, dah sah2 sepupu ak yg salah. ak mmg x suka carik salah orang sbb nobodys perfect kan, tp dlm kes ni ak mmg bengang nk mampos! serious cakap, ak mmg marah giler sbb LD wat salah kerana kecuaian. idup ni mn leh cuai beb, kalau berhati2 kompem xkan cuai punye. sblm ni my mother cakap LD mmg kuar simpang x pernahnya nk slow, selamba jer speed up- yg ak bajet xkan 'sempat' tgk kiri kanan pun. so bila dh sampai masa, kecelakaan mesti akan berlaku jugak sbb kelalaian tu. cis! mmg celaka pun. imagine, ak baru bangun tido dh kena hadap benda2 mcm ni, maunya x hangin. redha2 gak, tp sbb benda tu boleh elak, thats y ak marah sangat2!!!
then, pagi tu terpaksa la setel kes kemalangan tu. nasib baik jugakla, LB tu antara sedara-mara ak jugak. so leh la setel tanpa melibatkan polis. n nasib baik sgt2 LB x luka walau sikit pun. Allah SWT Maha Berkuasa. tp malu jugak la keluarga ak, sbb dah jadi kes ngan sedara-mara sekampung. aduss! never happen in history, and smuanya tercalar kerana kelalaian.
my mother dh bagi nasihat, next time hati2. tapi kalau dh degil xnak dgr nk wat mcm mana... huh! insiden tu mmbuatkan ak leh wat kesimpulan ttg karakter2 perempuan, antaranya la...
1) Perempuan Jenis Lembut (sangatt...)
- jenis ni kalau eksiden kompem menangis, trauma tahap gaban. leh terbawak2 sampai sehari dua hingga bertahun2 lamanya.
- bagi kes trauma, kompem x kan berani drive lagi dh. sbb istilah 'badi' akan sentiasa berlegar2 dlm idup dia.
2) Perempuan Jenis Tabah (sangat2!)
- snang cakap jenis yg xda perasaan.
- kalau dlm kes umah tangga, walau kena baling dgn mangkuk tandas still jugak akan setia kat suami sampai ke mati.
- kalau dlm kes eksiden, buat selamba saja. dan xkan mengajar beliau apa2 pengajaran pun. tetap degil mcm selalu.
- orang kata; hati kering.
dan, LD tergolong dlm kategori ke2. fuh, x menangis pun. respek siot, sbb kalau ak dh langgar org kompem berderau darah sampai ke otak. tp LD lek2 saja. bila ak tanya dia kata xda masa nk trauma sbb sibuk dgn keja. emm... sbb lepas kemalangan tu dia leh g keja mcm biasa tnpa ambik cuti. sangat tabah! huhuhu
next day, my mother ak cakap LD still wat perkara yg sama, kuar simpang xnak slow2. berderau darah ak dgrnya, hangin jugakla. xkan la sampai nk ada nyawa melayang baru nak insaf dan ambik pengajaran! hari tu jugak my mother bagi ceramah khas kat dia, moga2 berubah la. jangan sampai kena naik turun mahkamah baru nk menyesal...
emm... ada sebab kenapa org dolu2 kata; biar lambat asalkan selamat... hati2 dlm idup, hati2 di jalanraya.
No comments:
Post a Comment